بسم الله الرحمن الرحيم
Greeting From Emil
Perihal di mana tempat aku belajar. UiTM Segamat mulanya kecoh dengan percik air mulut manusia busuk yang bilang kecoh pilihan raya sana sini. Entah apa mereka laku agaknya ni palit Tuhan beri kat manusia bila asyik sama dunia. Aku hanya mampu melihat dari jauh dengan mata sekadar menjeling. Biarlah.
Entah sejak laku panasnya pilihan raya dekat kawasan Labis tu makin meriah aku tengok hujan merintih rancak. Biarpun sikit kata orang lama-lama akan membukit. Dan akhirnya kini telah pun banjir. Wah.
Setahu aku air mula naik paras masa hari Jumaat yang mana hujan tak berhenti, aku yang tinggal di hostel asrama UiTM pun masih tak berganjak tunggu keesokan harinya Sabtu. Tiba hari Sabtu, aku nak gerak balik rumah dekat JB sebelum pulan tu Tuhan gerakkan hati aku pergi tanya member yang balik semalaamnya. Dorang kata banjir. Aduh. Aku apa lagi terus amik keputusan gerak ke Tangkak, naik highway sana. Pehh makin jauh and lambat lah sampai.
Dalam perjalanan tu punya la hujan semeriahnya. Memang tak lebat tapi dia tak reti nak habis agaknya. Menitik-nitik bunyinya. Bayangkanlah kalau dua tiga hari tak dapt tengok matahari langsung. Gila kalau kata tak rindu. Haha. Nasib baiklah aku tak tersekat dengan banjir. Idea bernas before mulakan perjalanan tahu tentang cuaca dan keadaan jalan. InsyaAllah selamat.
- Aku berharaplah selang berapa hari ni hujan dah mula serik nak turun. Kejap ada kejap ilek. Macam chipsmore. ok lah tu. dah boleh aku basuh baju. Cepatlah kering ya. And air dekat segamat tu cepatlah susut. Kesian aku tengok orang dekat sana. Dan bagi manusia yang ada tanda pelajar UiTM Segamat macam aku pun harap dapat balik sana habiskan study on time. Kami tak mahu extend2. Sebab tak mahu lagi banjir. hehe.
MOga cepatlah banjir tu surut hendaknyer... amin.
ReplyDeletecuti lah yer??
InsyaAllah cikgu Nizam.
ReplyDeletehaah. cuti raya namanya.
Selamat raya juga ya cikgu.
yup. tempat study saya banjir.
ReplyDeleteeh pic tu bukan lah. tak sempat pun nak snap.
time tu fikir nak balik aje.
ni dari blog kwn2 kampus saya.
hehe.
ReplyDeletesy punya gmbar mana ada cntik mcm itu.
skrg berada di jb sudah. sini pun hujan lagi.
kamu di mana?
haha. insyaAllah. one day who knows.
ReplyDeleteok thx my dear friend. :)