Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

February 04, 2011

CERITA DARI SEORANG INSAN,

4 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil






Satu saat bila hati terbuka,

mata terpana,
jiwa rasa gusar dan getarnya,
bila bertentang dengan jiwanya.

Cuba tanya pada diri,
kenapa dan mengapa,
Tapi tiada jawab juga,
Org kata itu anugerah tuhan pada hambanya,
Aku redha dengan ketntuannya.

Mencuba dengan niat belajar,
Sedar aku kini rupanya,
Dia ajar aku erti bahagia,
Beri makna hidup yang sempurna,
Dan aku katup satu ayat janji padanya,
Aku milik dia selamanya.

Cinta,
Kau besar maknanya,
Ada suka dan duka,
Tercipta dari segenap jiwa,
Istimewa ciptaan dari yang Maha Esa,
Aku buak limpahkannya pada satu nama,jiwa dan rasa.


Cuba tanya pada diri,
kenapa dan mengapa,
Tapi tiada jawab juga,
Org kata itu anugerah tuhan pada hambanya,
Aku redha dengan ketntuannya.

Hari ini jatuhnya aku,
Tapi dia tetap ada,
Menghulur jiwa memohon agar dia jadi sebahagian dariku,
Aku suka sepanjg masa,
Dia buat aku ketawa tak kira masa,
Kata dia asal senyum dipipi tak lekang dimatanya,
Dia akan tetap buat aku gembira,
Padam segala perih sakit jiwa.

Di sini,
Di satu saat,
Tika dia jatuh,
Aku hanya mampu lihat,
Tak mampu ku laku apa-apa,
Hanya doa dikala sujudku pada yang Esa,
Jangan kau ambil dia dari ku,
Kerana hidupku tanpanya,
Tiada erti selamanya.


Kata laki sebelum dia pergi,
Katanya jauh tak terkira,
Tapi hati ini tetap pada haknya,
Ceritakan pada dia,
Sampaikan salamku,
Bahawa dia insan paling ku cinta,
Tiada tara bandingnya,
Di dunia mahu hari kelak disana,
Dia rusukku selamanya.



February 02, 2011

TINTA MUKA BUMI ANBIYA'

1 celoteh di sini.


  • Khabar ini diambil dari seorang insan bernama fifi di mana sahabatnya sedang berada di Mesir. Yang mana khabarnya di media tidak serius sepertimana berita yang sebenar. Harapan siapa yang membaca kita ramai-ramai berdoa agar rakyat Malaysia di sana selamat dan juga krisis ini selesai dengan amanya. Insya Allah.
*************************************************


By Amirah Farhana Roslan on Tuesday, 01 February 2011 at 18:01
assalamualaikum..

ana tahu ramai yang cuba mintak update dari ana tapi ama mohon maaf sebab skarang ny ana baru ada peluang untuk mencoret sedikit sebanyak keadaan yang berlaku di bumi anbiya' mesir..

ana cerita sekadar yang ana tahu..

ana berada di tanta mesir selama seminggu..tujuan ana ramai yang tahu..untuk pergi menyambung pelajaran di sana..tapi baru beberapa hari ana di sana, terjadi beberapa rusuhan di sana sini..di tempat ana sendiri, tanta tak berapa teruk..rusushan kecil2 tapi malam2 memang nampak la pakcik2 arab protek kami dengan pegang parang n kayu sebab takut ada pencuri yang ganggu rumah2..siang2 memang aman..tapi bila malam kami kene perintah berkurung from 4pm to 8am..

ana masih ingat bile ada seorang sahabat ana bagi amaran pada ana dan kawan2 selepas solat jumaat pada jumaat lepas (28/1/2011),jngn keluar kerana mereka akan buat riot di seluruh negeri..nah!petang itu kami dikenakan perintah berkurung..still, kami teruskan juga sebuah program pada malam itu...pagi esoknya,akhawat dari cairo datang ke rumah kami..di situ kami dapat berita perintah berkurung diawalkan dr 6-8 kepada 4 to 8..akhawat cairo ny semua da risau sebab tak boleh keluar..jadi mereka bermalam la di rumah kami..

malam itu,program diadakan oleh akhawat2 ini..ana serta seorang lagi housemate anak seedang masak makan malam ketika itu..serta merta kami dengar kekecohan berlaku di luar..kami jenguk ke luar tingkap..nyata ade aksi kejar mengejar dengan parang dan kayu di tangan..kami takut..program di dewan bawah rumah kami di hentikan..semua akhawat cairo naik ke atas rumah kami ..lampu kami padamkan..takut rasanya..dan tibe2 kami dengar seperti tembakan di lepaskan..mungkin gas  yang dilepaskan..malam itu ade kami tak boleh tidur..mana taknya..terdengar bunyi gun shot n macam ade letupan yang sangat kuat sebanyak tiga kali..kami hanya mampu beristighfar panjang.takut rasanya..hati mahu menangis sebab jauh dri keluarga..tapi di tahan..sebab tahu orang di mesir sangat kuat

esoknya akhawat dari cairo pulang..mereka ada menelefon..kata mereka mereka nampak kereta kebal di kiri dan kanan jalan sepanjang menuju ke cairo..dan bermacam ura2 kami dengar..sampai tak tahu yang mana hendak dipercayai atau tidak..

sejauh yang ana tahu, melalui maklumat2 yang ana dengar dan alami sendiri,internet kami di sekat,penggunaan telefon kami di sekat hingga menyusahkan kami untuk menghubungi keluarga di malaysia..hanya telefon yang  boleh..mesej pula hanya certain2 number yang dapat..cemas juga bila tak dapat nak cntact family..kemudian harga barang naik mendadak,sehingga topup 10 LE boleh cecah 40 LE ...

isnin(31/1/2011), kami dapat arahan untuk ready packing2 barang sebab malaysia da keluarkan kod warna oren menandakan tahap bejaga2..hanya tunggu kad merah je untuk evacuate..tapi,Allah nak bantu ana,ana dapat tiket untuk pulang ke Malaysia lebih awal..alhamdulillah...

ye,seperti yang diberitahu,dengan mata ana sendiri,kiri kanan jalan ana nampak kereta kebal..tentera semua siap pegang senjata..tunggu masa nak tembak je mungkin..alhamdulillah.,Allah jauhkan kami dari pandangan yang menakutkan sepanjang perjalanan kami..

namun dugaan tak berhenti disitu..sampai di airport,ramai rupanya yang stranded sebab fly banyak cancel and delayed..kami sendiri duduk satu hari di airport..hundreds jugak rakyat malaysia yang stranded di airport..ade yang sampai da 3 hari tak makan..

orang begitu ramai nak keluar dari egypt..ana sempat berborak dengan seorang sister dari alexendria..bliau mengatakan keadaan di alex sendiri sangat menakutkan..banyak kedai2,rumah2 yang dibakar dan di bomb,kereta kebal lalu lalang depan rumah,universiti,sekolah ditutup..sehingga beliau mengambil keputusan untuk pulang ke london..

ana dengar juga yang letrik dipotong di beberapa bahagian..wallahu'alam..

ini la ape yang ana tahu..maaf ana mungkin tak dapat cerita secara lanjut..ana  sendiri berkurung di dalam rumah..takut salah langkah keluar..lagipon tu la pesan ayah bonda ana..

skarang waktu ana coretkan titipan ini ana berada di bahrain untuk transit pulang ke malaysia..mngkin ini yang terbaik insyaAllah..

ana seru,doakanlah yang terbaik untuk rakyat Malaysia di sana dan doakan juga untuk hak rakyat mesir..mereka bukan saja2 buat riot..mereka buat riot sebab da lama hak mereka di rampas..dan ana rase semua pemimpin2 patut ambik iktibar tentang perkara ini..moga Allah merahmati yang berhak dan memberi balasan kepada pihak yang berada di jalan batil..

salam dari ana..



 *************************************************



Ya Rabbi,
Mahan sekalian pecipta,
Kau selamatkanlah saudara kami,
Yang berada di tanah Mesir,
Lindungilah mereka,
Tidak kiralah mereka berada di mana,
Kau pertahankanlah mereka,
Dari segala malapetaka dan bencana serta musibah itu.

Hanya Kau Ya Allah.
Tempat hamba bermohon,
Kerana hanya Mu Ya Rabbi,
Yang berkuasa menentukan segalanya.

Amiin.


February 01, 2011

BANJIR

8 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil

Perihal di mana tempat aku belajar. UiTM Segamat mulanya kecoh dengan percik air mulut manusia busuk yang bilang kecoh pilihan raya sana sini. Entah apa mereka laku agaknya ni palit Tuhan beri kat manusia bila asyik sama dunia. Aku hanya mampu melihat dari jauh dengan mata sekadar menjeling. Biarlah.

Entah sejak laku panasnya pilihan raya dekat kawasan Labis tu makin meriah aku tengok hujan merintih rancak. Biarpun sikit kata orang lama-lama akan membukit. Dan akhirnya kini telah pun banjir. Wah. 



Setahu aku air mula naik paras masa hari Jumaat yang mana hujan tak berhenti, aku yang tinggal di hostel asrama UiTM pun masih tak berganjak tunggu keesokan harinya Sabtu. Tiba hari Sabtu, aku nak gerak balik rumah dekat JB sebelum pulan tu Tuhan gerakkan hati aku pergi tanya member yang balik semalaamnya. Dorang kata banjir. Aduh. Aku apa lagi terus amik keputusan gerak ke Tangkak, naik highway sana. Pehh makin jauh and lambat lah sampai. 



Dalam perjalanan tu punya la hujan semeriahnya. Memang tak lebat tapi dia tak reti nak habis agaknya. Menitik-nitik bunyinya. Bayangkanlah kalau dua tiga hari tak dapt tengok matahari langsung. Gila kalau kata tak rindu. Haha. Nasib baiklah aku tak tersekat dengan banjir. Idea bernas before mulakan perjalanan tahu tentang cuaca dan keadaan jalan. InsyaAllah selamat.




  • Aku berharaplah selang berapa hari ni hujan dah mula serik nak turun. Kejap ada kejap ilek. Macam chipsmore. ok lah tu. dah boleh aku basuh baju. Cepatlah kering ya. And air dekat segamat tu cepatlah susut. Kesian aku tengok orang dekat sana. Dan bagi manusia yang ada tanda pelajar UiTM Segamat macam aku pun harap dapat balik sana habiskan study on time. Kami tak mahu extend2. Sebab tak mahu lagi banjir. hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...