Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 28, 2010

Kisah..

4 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil



Kisah..
Definisi yang mana manusia punya cerita..
Ada manis dan pahit..
suka duka itulah cerita..
Punya usul setiap yang empunya..
Campakkan segala jiwa dan rasa..
Luah perihal semuanya..
Mungkin bukan pada manusia..
Tapi pada Tuhan yang maha Esa.

Manusia,
Punya hati yang lahirkan rasa,
Tiadanya hilanglah warna dunia ini,
Tapi ingat jangan pernah sekali ikutkan ia selamanya,
Kerna ia mampu sesatkan jiwa umat bernama macam kau manusia.

Satu jiwa,
Kian lepuh dan reput,
Dimamah peristiwa yang pasti duka,
Ditoreh perlahan-lahan,
Sedikit demi sedikit,
Akhirnya dalam berlubang hasilnya,
Perih terseksa,
Namun apa daya untuk melawan,
Terima sahaja dalam-dalam,
Bagaikan mati rasa.

Satu jiwa,
Berusaha berkorban apa sahaja,
Demi manusia yang dia suka,
Tidak pernah dibiarkan manusia itu sengsara,
Susah jauh sekali dicampakkannya,
Kesenangan bagi memudahkan manusia,
Itu selalu jiwa selitkan pada musababnya.

Satu jiwa,
Dilakukan segala yang terdaya,
Dipastikan usahanya berjaya,
Tanpa ada mata yang melihat,
Tanpa ada hati menghargainya,
Semuanya tak perlu,
Diikhlaskan hatinya,
Biarlah manusia mengata kerjanya sia-sia,
Tapi apa yang diusahakan demi buat manusia gembira,
Dengan pegang satu kata agar manusia itu miliki rasa,
Rasa yang pasti dunia idamkan,
Bahagia selamanya.

Satu jiwa,
Bila akhir sudah tiba,
Segala sudah terlaksana,
Jasad mengundurkan segala rasa,
Pergi bukan maksud tak suka,
Tapi pergi dengan bermakna,
Menitis tanda gembira,
Agar manusia terus bahagia dengan usaha,
Pastinya ia bukan sia-sia,
Walau bukan untuk hati,
Diikhlaskan segalanya pada dua jiwa,
Agar jelas tersenyum di wajah selamanya.

Satu jiwa,
Sunyi dan menyepi,
Tiada yang memandang barangkalinya,
Biarkanlah semuanya,
Kecil menghilang entah ke mana jangan ditanya,
Itu kesudahan jalan yang dipilih,
Hanya menunggu takdir masa,
Tamat ,tubuh terkulai,
Lenanya lama tak terhingga.

p/s- Ini hanya sebuah kisah. Setiap manusia pasti ada menyimpannya. Tidak ingin berbicara kerana takut kelak hina rasanya. Dan manusia itu jangan sekali pernah mengharapkan penghargaan. Setiap perkara hendaklah diikhlaskan. Jika kau ditertawakn,jangan sekali menyerah.Teruskan berjuang tanpa mengira masa. Tamat.!

-emil-

December 25, 2010

Awak..

7 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil




Awak..
Saya tahu saya dah buat salah dengan awak..
Saya tahu saya buat awak kecewa..
Saya faham awak tak salah pun..
Saya kesal sangat tapi semua tu saya tak minta wak..
Saya bukan sengaja awak..
Saya manusia biasa yang banyak mengukir kesilapan..
Saya tak sempurna macam insan lain..
Saya tak kuat untuk hidup sorang...
Saya perlukan awak sebagai kekuatan saya..
Tapi biar juta kali saya memohon rayu pada awak..
Saya tahu awak tak akan pernah dengar...
Saya tahu awak dah benci saya...
Saya tahu awak dah tak percaya saya lagi..
Tapi awak..
Ingat tak silap awak pada saya..
Saya tak ingat..
Sebab saya sayang awak...
Saya padam semuanya dalam fikiran saya..
Memang kadang saya rasa pedih sangat...
Demi jaga hati awak..
Saya buang perasaan untuk merajuk atau marah..
Saya tak tahu kenapa awak suka garang and kasar dengar saya..
But tak kisahlah saya tahu awak ni manja sebenarnya..
Awak nak tahu tak sesuatu yang saya pelajari..
Hidup dengan awak memang bermakna..
Awak ajar saya jadi laki yang bahagia,sempurna dan gembira..
Awak tau tak awak lah hati saya yang paling cantik...
Saya rindu dekat awak..
Saya selalu tengok bulan bila rindukan awak..
Kalau tak ada saya akan muram..
Saya rindu nak bercakap dengan awak...
Tapi sekarang macam mana lagi nak cakap..
Awak dah makin jauh..
Semuanya kerana salah saya...
Saya tak terdetik untuk buat macam tu awak..
Saya janji nak berubah dari awal balik..
Tapi bila awak cakap macam tu...
Luluh hati saya..
Saya lelaki kuat tau..
Tapi hari ini saya nangis..
Sakitnya,pedih sangat..
Tajam sangat ayat awak..
Awak..
Saya pernah marah kat awak ke selama ni?
Awak tendang perut saya sebab tak urut awak pun saya diam..
Awak ingat saya dukung awak sampai semput..
Berat macam mana saya pikul sebab sayang..
Saya nak awak rasa diri awak istimewa sangat..
Awak ingat saya buat kek coklat tuk awak...
Awak ingat setiap kesalahan awak saya senang saja maafkan..
Bukan saya nak ungkit..
Saya nak awak paham juga hati saya..
Saya sayang awak sangat-sangat..
Lihat hati saya betul-betul..
Hujan macam mana saya redah tuk beli nasi lemak awak...
Tapi awak..
Semua tu dah berakhir ke?
saya tak mahu..
Saya tak nak jauh dari awak..
Sebab hati saya awak dah curi..
Pedih macam mana awak lukakan saya..
saya tak pernah berhenti cintakan awak...
Even dalam keadaan sekarang...
Saya pun tiada pilihan..
Macam saya pernah cakap kat awak...
Andai saya ini beban awak..
Saya ni yang memalukan awak..
Saya doa pada Tuhan..
Cabutlah nyawa saya dahulu..
Saya minta bukan kerana fikirkan diri saya..
Saya buat sebab awak..
saya nak awak bahagia...
Saya tahu awak boleh berjaya tanpa saya..
Saya tiada makna pun untuk awak..
Saya dah cakapkan apapun berlaku saya akan buat yang terbaik untuk awak..
Sebab saya sayang awak sangat-sangat..
Sebab awak cinta saya bukan di bibir..
Tapi atas denyut nadi saya..
Maafkan saya..

p/s:jangan pernah sekali menyesal kerana cinta. Setiap manusia pasti ada silapnya. Manusia tidak akan melakukan kesilapannya jika tiada usul yang dimula.Tapi sudah resam manusia. Jangan pernah ego untuk berkata maaf. Jadilah manusia yang cantik di luaran dan dalamannya juga. Jadilah manusia yang jika diberi sakitnya dan berjanjilah agar tidak mengembalikannya. Jangan terlalu fanatik dengan kehidupan. Hati dan jiwa manusia perlu disatukan. Agar tidak penah ia terpesong ke jalan mati. Segalanya bermula dari hati. Manusia mengaturkan segalanya..nokhtah.!

-emil-

December 24, 2010

Ratapan..

2 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil






Atas titisan luahan jiwa yang ku tulis..
tiada daya untuk bersuara,..
Hanya jiwa mampu bercerita sendiri..
kerana tiada siapa mampu fahami..

............................


Gelap malam bila ku renung langit,
Batuk kecil memecah sepi,
Sesak dada rasanya,
Akibat sakit lama menghimpit jiwa,
Seksanya tidak pernah berhenti,
Pedih jiwa meronta meminta simpati,
Tetapi tidak pernah siapa dengari.

Perlahan meniti jalan yang panjang,
Bengkak bengkok kadang-kadang,
Penat lelah tetap juga laluinya,
Biar apa pun bala menimpa,
Tabah dan redha,
Mungkin itu dugaan semata,
Tuhan mahu uji barangkalinya.

Jangan pernah ditanya sampai bila,
Ujian datang tanpa diduga,
Datangnya tidak dijemput perginya tidak dihalang,
Tidak pernah aku minta,
Tetapi mungkin hadir kerana aku pernah alpa,
Tapi pada siapa,
Mungkin ramai sudah tidak sedar,
Hidup dalam alam maya,
Tuhan yang satu dekat bila susah  tapi jauh bila senang,
Resam umat bernama manusia.

Gah jadi nama bagi manusia,
Tapi bukan semua yang ku rasa,
Gah pada kejayaan ilmu yang dikecapi hebat gegarnya,
Tapi gah pada hidup hanya bersulamkan dunia bahang neraka rasanya,

Terduduk aku rasanya,
Kerna apabila aku jatuh sekejap,
Aku lihat dengan mata,
Sedar dengan jiwa,
Tidak terungkap dengan lidah,
Telah ku korban segalanya,
Tapi dia tidak melihat dengan jiwa dan minda,
Hanya bicara yang keluar dari satu hati,
Tanpa berkongi dengan jiwa,
Hanya keluh dari lidah mereka jadi pemanis jiwa ku.

Aduh, pedih sangat rasanya,
Lemah rasanya nadi ini,
Sendi pun tidak bermaya,
Hanya tinggal harapan agar dia melihat,
Mengapa terjadi yang lepas,
Tidak sakit kalau tidak diseksa,
Jangan mudah memberi jawap,
Tanpa kenang jiwa insan lain yang juga sama bernama manusia.

p/s: setiap manusia pasti ada buat silapnya. Biar sakit bagaimana yang diterima janganlah dikembalikannya. Tabahlah jiwa dan sabrkan lah hati. Kerana tak semua yang punya rasa yang sama.  Tenanglah jiwa,sembuhkanlah ia. Tutup mata perlahan,titiskan segala luahan. Lena...

-Emil-

December 21, 2010

Wahai Wanita

4 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil





Entri kali ini mudah saja. Mungkin tak banyak idea yang berbuah. Maklumlah belum musim buah agaknya. Just kat sini ada lah sikit yang aku nak kongsi yang mana aku tuju khas buat wanita. Bukan untuk aku di sini untuk berlagak baik tapi aku hanya memikirkan Islam tu kan bersaudara. Aku nak sentuh pasal aurat ni. Sebab ramai sangat menentang,oopps salah. Bukan menentang tapi yang menjawab dengan pelbagai alasan. Yelah bagi mereka kalau tak pakai tudung hati baik takpelah. Bak kata Rosnah Mat Aris lah kan tak payah hipokrit bila dah balik haji nak pakai tudung semua tu. Jadilah diri sendiri. Dan tak semua perempuan yang bertudung tu baik. Ok sangatlah tu jawapan. Depan tuhan boleh kau fasih berpetah kata macam tu. 

Macam nilah aurat ni bukan bila dah dapat hidayat baru nak tutup. Bukan bila mak ayah kau suruh. Bukan kerana fesyen. Bukan kerana kau diajar dari kecil. Tapi satu saja kerana pegangan dan suruhan agama kau. Ingatlah kerana ia adalh satu kewajipan. Menutup aurat bagi perempuan bagaikan menjaga perhiasan yang mahal dari emas dan hanya layak dipersempahkan pada isterinya. Tak kiralah kau jahat ke baik. Menutup aurat itu adalah kewajipan. Ingat setiap aurat yang kau dedahkan itu menjadi tatapan manusia ramai. Dan setiap tatapan itu kau mendapat dosa. Tidak kira dalam realiti atau dalam gambar yang kau post dalam facebook dan lain-lain.

Aku kat sini bukan hendak bersyarah. Tapi kerana aku sayangkan orang yang seagama dengan aku. Tapi aku lihat orang seagama aku ni banyak yang tak sayangkan diri. Kau lihat sahaja orang agama lain berebut jaga agama mereka dan ramai muallaf yang ingin belajar Islam. Mereka yang baru mengenal agama Islam lebih sayangkan agama dari orang yang lahir dengan pegangan agamanya. Inilah jangkaan para sahabat nabi dahulu. Subhanallah, betul rupanya.

Permintaan aku satu sahaja,apa yang kau buat ingatlah pegangan agama kau. Kerana ia mencerminkan diri dan agama kita. Nak berfesyen itu boleh. Tiada halangan tapi jangan lah sampai aurat kau dedah kan bagai bersedia nak dibakar api neraka kelak. Tak perlu kau berfesyen sendat bagai sarung kulit nangka dan terlalu moden ala kebaratan. Memang akan ada kata selesa. Tapi depan Tuhan boleh ke berkata begitu. Jagalah akhlakmu saudari. 

Terakhir sekali aku harap siapa yang baca entri ni janganlah marah. Aku bukan nak bajet baik tau. Ingat. Aku hanya berpesan sebelum aku mati. Sebab mati ini tak kira masa. Macam kawan aku pernah meninggal time dalam kelas sebelah aku. Dia batuk-batuk dan lastly terbaring. Aku ingat dia tidur mengantuk. Last2 dia pergi untuk selamanya. So aku hanya berpesan. Aurat bukan satu permainan tapi ia adalah kewajipan agama Islam. Kalau kau langgar maksudnya kau sanggup lawan Tuhan dan Nabi kau sendiri. Nak dilaknat dan tidak dingaku umat? Renungkanlah.

Mari renungkan video ini. Inilah jawapan kenapa manusia perlu menutup aurat dan bukan cakap angin tau. Dari quran, kalam Allah. Berani tak tutup berani lawanlah tu. Hebat kan manusia.



December 17, 2010

Nadiku..

2 celoteh di sini.


بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil





Suara kisah kita 
Yang sehalus sahutan di mata 
Segala norma yang melena ku 
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu 
Sayunya kerna air matamu


Nadiku bagaikan berlagu 
Nantimu hentikan apa berlaku padamu 
Yang ku temu 
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita 
Yang berbisik gerimis serinya 
Seindah frasa yang damaikanku 
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu 
Leburkan saja ia padaku




December 14, 2010

Hati kecil

2 celoteh di sini.


بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil






Hati,
Berdarah lagikah engkau,
Barangkali tenat agaknya,
Berapa kali agaknya kau sesak begini,
Sedu sedan menghirup nafas,
Tersekat di halkum agaknya,
Sakitkah engkau untuk telan segalanya,
Pedihkah engkau untuk meratapi jiwa manusia.

Hati,
Jika ku tau kau cedera,
Aku pasti ia angkara jiwa dan prasangka,
Kalau dulu tuhan ciptakan aku,
Pasti aku tolak segala jiwa dan rasa,
Musababnya kerna aku tak ingin kau terluka,
Pasti meronta kau terseksa,
Kerana rasa datang tak kira masa,
kau juga yang menahan dan menerima.

Hati, 
Semuanya angkara aku,
Mengguris kau tanpa ku sedari,
calar balar rasa tubuh kau,
Meratapi dalam diam sunyi gelap,
Kau redha tempuhi semuanya,
Semua gara setianya rasa.

Hati,
Tapi tanpa ada mata yang melihat,
Semua beranggapan kau korban hanya sia-sia,
Tanpa sedari kau makin melarat,
Tenat dan nazak kau rasa,
Kesorangan kau tatapi perjalanan kehidupan ini,
Kusam dan kelam jiwa makin jelas terhimpt,
Semuanya hampir berakhir saja,
Tapi kau halangi semuanya,
redah segala sakit,
Anggap semua dugaan yang Maha Esa

Hati,
Maafkan daku kerana membuat kau berjujuran airmata,
Menahan segala duka,
Kerapkali kau terluka,Tapi kau terima segalanya,
Dengan tabah kau meredahnya,
Barangkali kerana kau punya rasa,
Takkan pernah putus asa demi kata,
Rindu selalu kau lafaz menjadi bicara,
Walaupun selalu diremeh di mata manusia,
Kau tetap setia.

Hati,
Aku kagum dengan semangat dan jiwa,
Beban sakit yang kau pikul,
Tidak pernah hilang dan ringan,
Tapi kau tidak pernah merungut pada sapa,
Melainkan pada tuhan yang Esa,
Tidak mahu melibatkan sesiapa,
Takut menyusahkan manusia kelak harinya,
Semua kau redha menerima,
Sebagai ujian Maha Esa,
kau yakin akan semua,
pasti satu hari ada jawapnya.

InsyaAllah.

p/s: nukilan yg aku tulis bukan ku tuju pada siapa. Setiap manusia pasti punya jiwa dan rasa. Pasti pernah rasa luka dan seksa. Yang menanggung semua hati manusia. pedih rasa bagaikan ditikam pisau yang tajam ke dalam badan. Tidak tertahan rasa,ingin mati pun ada. Tapi kerana mengenangkan agama dan keluarga, hidup pasti diteruskan jua. Hargailah apa yang kau ada. Syukuri pemberian Tuhan Yang maha Esa. Jika kau tidak sedari,jangan sesali jika nikmat itu Tuhan tarik suatu hari nanti.


-emil-

December 13, 2010

Hati Dan Perasaan

2 celoteh di sini.
بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil



Hati Dan Perasan satu persaudaraan yang pasti ada pada setiap manusia. Tapi setiapnya pasti ada persefahaman yang tersendiri.  Aku cerita ini pun bukan untuk jiwang karat meleleh dekat sini. Tapi sekadar bercerita tentang apa yang jiwa aku lalui. Saat sekarang yang sangat sukar untuk aku lalui. Hendak bercerita rasanya tak perlu aku libatkan manusia lain. Itu perkataan yang selalu mengingatkan aku. Tidak kira kau rasa apa. Tapi aku pelik manusia ini. Bila kau berjaya suka sahaja kau menghebohnya pada orang. But lain pula bila kau jatuh senyap sunyi sepi. Lain pula bila senang, ramai manusia lupa daratan. Tapi bila susah ada sahaja tempat manusia bertatih mencari teduh. Kadang ada yang member yang tak pernah tegur sangat pun kau sebat mintak tolong tapi bila kau senang orang minta pertolongan kau lupa. 

Manusia ni senang untuk mengeluarkan hukum. Ikut hati mereka berkata. Entahlah,apa yang aku rasa sndiri pun dah cukup pedih. Aku hanya mampu bersabar. Yelah aku tak nampak dan aku tidak boleh menuduh sebarangan. Fitnah namanya. Tapi dalam kesabaran ada hadnya. Sampai bila aku perlu rasa sakit. Hendak aku lepaskan dunia ini baru hilang semua rasa itu? Aku sendiri buntu dan dilema. Aku rasa diri aku terlalu lemah. Mudah untuk dunia memperkotak-katikan aku. Aku cuba melawan tapi aku tak mampu. Aku kawal perasaan aku. Cuba untuk tidak marah dan cuba untuk memahami.

Tapi adakah dunia memahami aku? Adakah aku selalu keseorangan. Aku pikul satu tanggungjawab yang sangat besar dan tidak sekali aku akan melepaskannya dengan dunia yang penuh dengan hebahan keseronokan duniawi. Aku perlu sedar,susah bagaimanapun tidak pernah aku anggap itu adalah beban dalam hidupku. Walaupun kadangkala aku menangis kesakitan tapi aku tidak menyuarakannya. Aku hanya memendam rasa kata pada hati sabarlah. Aku tidak ingin libatkan manusia lain. Biarkanlah aku begini. Bersabar hanya itu kekuatan yang aku ada. Menjerit sendiri dalam hati kecilku.

Hati,
Sabarlah dengan ragam dunia ini,
kadang kau rasa sakit,
tahanlah sedalamnya,
hingga pecah kedalamanya,
kawal jiwa dan minda kau,
agar kau kuat sentiasa,
jauhkan dari segala syak wasangka,
jangan sekali kau pernah libatkan manusia lain,
kerana dunia ini sukar untuk kau fahami,
dan sukar juga bagi dunia tuk fahami kau,
saling bercanggah,
kontra selisihnya di sini,
adatlah,
tidak semua punya rambut sama hitam,
tidak semua punya hati yang sama darah,
tidak semua punya kulit sama warna,
tidak semua punya lidah untuk bersuara yang sama,
masing-masing punya kerenah dan kehendak,
kepentingan yang tersendiri.
Sabarlah wahai diri.
Teguhkan jiwa dan imanmu.
InsyaAllah.


Sekian. Nokhtah.!




P/s: aku hanya mampu bercerita tanpa membawa watak. tapi dengan hanya aku kenal dunia,aku bawa satu sifat dan jiwa menemani aku untuk bertatih perlahan atas dunia ini. Kau tahu itu apa? Sabar dan syukur dengan apa yang aku terima. Aku tidak pernah untuk merungut. Kalau aku susah aku sabar,kalau aku senang aku pun sabar. Tidak perlu terburu dalam hidup ini tapi aku perlukan usaha. Itu jadi pegangan aku. InsyaAllah aku akan terus bersabar. Aku akan teruskan perjalanan dengan dunia yang penuh dengan liku-likunya. Sedari diri sendiri,tiada siapa yang memahami diri kau melainkan kau sendri. Rambut sama hitam tapi hati siapa tahu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...