Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 11, 2010

Titi kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil




Tengah hari itu aku jalan kaki, panas matahari jangan cakaplah. Bahang sangat rasanya.
Aku main jalan sahaja. Tiada arah tuju. Fikiran aku buntu.
Ramai manusia disekeliling aku. Aku lihat mereka ada yang sibuk dengan kerja. Berlari sana-sini. 
Mungkin itu rasanya bila bekerja untuk mencari mata sepencarian. Mereka golongan yang berusaha. Ada diantara mereka yang ada dikalangan ibu bapa kita. Rajin kata hati aku. Aku respek manusia macam ini. Mereka punya pendirian. Tergenang detik dimana aku pernah melihat kedua ibu bapa aku berusaha demi membesarkan aku. Bersusah payah mereka mencari rezeki untuk aku. Paling aku ingat dia pernah kata pada aku, wang dan harta bukan segalanya tapi hati,budi,usaha dan ilmu itu yang utama.
Sebak rasa di jiwa bila teringat kisah lalu.
Tetapi apa yang aku lihat bukan semua manusia seperti itu,mereka kebanyakan datang dari golongan yang bapak aku sendiri pernah perihalkan mereka itu orang yang berakal. Mata aku kabur seketika. Aku lari mencari tandas awam untuk mencuci mata. Haish macam mana ada habuk boleh melekat dekat mata aku ni.
Sampai saja tandas awam itu aku temui manusia baru. Gelagat yang buat aku lebih kabur tentang manusia yang berbilang ragam ini. Selesai mata aku dicuci,pemandangan masih kabur dengan kelihatan remaja berusia belasan tahun malahan ada yang lebih kecil dari itu sedang seronok menghisap sebatang rokok. Satu rokok dikongsi sepuluh orang. Wah ini betul-betul jimat. Ini mesti sebab harga minyak naik dan tiada subsidi yang diberikan pada perokok. Ok cukup.  Aku agaklah tersentak sedikit. Sentap kata orang,memikirkan ibu bapa mereka yang berusaha sungguh-sungguh di medan perang keringat memerah rezeki untuk diberi kepada anak mereka. Suasana kabur seperti itu belum habis lagi sampai aku tiba di pusat membeli belah. Tak habis lagi haish. Rabun ke aku ni. Tup tap celik terus. Wah banyak sungguh manusia baru dan kecil. Remaja yang manusia gelarkan. Bersepah sana-sini berbilang jantina dan warna. Inikah anak-anak yang ibu bapa mereka bagai nak rak bekerja untuk mereka. Aku tidak kisah pandangan pada mereka yang sudah berumur puluhan. Yang ini belasan. Bangku sekolah pun masih belum mereka lepaskan. Aku lihat ada yang pegang ribu riban not kertas yang bernilai dari poket. Ada yang berpeleseran sambil berdua-duaan. Cinta monyet,tak kisahlah jangan sampai kau jemput syaitan jadi kadi kau sudah. Aku tunduk lalu melangkah keluar.

Perut aku berbunyi tanda lapar. Huih aku segera pergi warung yang berdekatan. Aku bukan manusia yang terlalu memilih melainkan kebersihan. Bukan tak ada warung yang bersih pun kan. Kalau tak ada dah lama dia orang bungkus sebab majlis tahan. Lain lah kalau macam manusia yang aku pernah kenal tentang yang mereka selalu jaga 'standard'. Sampai sahaja dekat warung aku pun makan lah. Duduk sahaja sampai dua orang budak yang aku anggarkan usia mereka 11 atau 12 tahun. Pakaian mereka sangat kusam. Tapi muka mereka aku lihat penuh bersih dan suci. Mereka tanya" abang nak minum apa?" Agak terkejut dengan pertanyaan itu. yelah dengan usia yang agak mentah aku lihat mereka belajar tentang erti kehidupan. Selesai makan aku pun nak blah dari situ. Sebelum aku beredar aku pergi kearah budak itu,ingin hulurkan sedikit not sebagai bantuan atau sedeqah. Tiba-tiba manusia kecil itu mengeluarkan kata"bukan abang dah bayar ke tadi. abang tak payah susahkan diri. Lagipun itu duit usaha abang. Mak ayah saya tidak pernah mengajar saya untuk memohon sesuap nasi tanpa usah. Begitulah yang dapat aku rungkaikan apa yang si kecil itu berkata. Aku tergamam bagaimana ajaran kedua ibu bapa mereka dapat mematangkan budak seusia kecil itu.

Aku berjalan sambil memikirkan tiga situasi tadi. Bukan di tangan tapi di kepala. Waduh,manusia bermacam-macam ragam ya. Dulu masa zaman sekolah aku teringat pada seorang sahabat aku yang susah,pernah terdetik niat ingin menghulurkan wang tetapi dia menolak sambil berkata itu duit mak kau bagi suruh kau makan,tak payahlah kau fikirkan aku sangat. Tahulah aku hidup. Dan sekarang dia sudah pun berjaya melanjutkan pelajaran dekat Mesir. Bidang perubatan. Aku bangga dengan kau lah kawan. Sahabat sampai mati. InsyaAllah.

Aku terduduk termenungkan sesuatu yang bernama kehidupan. Bukan tepi jalan tapi singgah sebentar dekat kedai mamak ini sambil menunggu rakan aku. Otak dan minda aku sedang bergelumangkan sesuatu. Hurm.
Kesusahan hidup mengajar mereka erti kehidupan. Tapi bagaimana pula mereka yang senang. 
Memang tak semua seperti itu. Aku kadang-kadang pun melakukan kesilapan. 
Alah manusia semua punya salah sendiri yang tak pernah mereka pelajari melainkan bila sudah jatuh tersungkur. 

Manusia memang lemah,
Kuat luaran bagi mereka,
Harta menjadi pertaruhan,
Kuasa menjadi amalan,
Yang lemah akan terus ketinggalan,
Ditindas dan dihina,
Tapi jangan hairan sebesar kuasa dan sebanyak harta.
Suatu hari pasti jatuh terlungkup,
Berdarahkah kau ketika itu,
Menangis tidak berlagu,
kerena mereka alpa,
Tapi jangan kau pelik melihat yang susah dan rendah,
Suatu hari pasti diangkat tinggi,
Tersenyum lebar di pipi,
kerana usaha,
Jangan tanya mereka mengapa.
Tapi perhati dan jawab dalam hati.
Sehingga nadi kau tak begerak lagi.




Emil : bukan semua manusia yang aku maksudkan dan tiada kaitan antara hidup mahupun yang mati. hanya cerita berdasarkan pemerhatian untuk dijadikan tauladan. Aku senang dengan hidup sekarang kerana harta. dan aku tidak mahu kehilangannya maka aku tidak pernah sama sekali lupa pada tuhan dan tidak sama sekali cinta akan dunia sahaja. Aku belajar erti hidup tanpa aku pernah bandingkan manusia di dunia ini. susah senang sama sahaja, Yang membezakan ilmu dan usaha. Jika kau kaya harta hari ini kau bukan kaya selamanya, tapi jika kau kaya budi bicara dan ilmu di dada pasti kekal hingga kau berjaya selamanya.

8 comments:

  1. sy suka suasana kg..sngat tenang...
    kg mna tu?
    nice..=)

    ReplyDelete
  2. kg kedah. huhu.
    but this story nt about kg tau.huhu.
    nmpk titi tu.?
    its related to this story.huhu
    btw thx for reading yan.

    ReplyDelete
  3. i see.....dah lame rasa nak pg kedah tp x ksampaian..
    story on how to achieve our goal..that great!!
    ur welcome friends..hehe..

    ReplyDelete
  4. huhu. its abut life friend.
    learning how to aprreciate it.

    ReplyDelete
  5. nice! I like ur writing style mate!

    ReplyDelete
  6. thx kawan.
    hnya pndangn tntg khidupn kini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...