Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

January 25, 2011

INDAH

1 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil



Indah
Saat bilamana aku senyum,
Manusia sekeliling aku ketawa,
Mereka gembira,
Masing-masing punya cerita balik hilai tawa,
Ada gembira ada sedih.

Indah,
Aku olakkan ia jadi satu gambaran,
Pentasan bersama penataan baik,
Walau tanpa lesung pipit,
Tapi satu senyuman itu pasti sudah bawa seribu makna peristiwa,
Dan manusia macam aku,
Sudah sejak azali suka pada gembira.

Indah,
Bilamana terjadi dan berlaku situasi,
Aku pasti tak mahu ia berlanjak sana sini,
Mahu ia kekal teguh macam kerasnya besi,
Kerana esok aku tak pasti,
Adakah ia masih sama berdiri,
Teguh seperti aku rasa pada hari ini.

Indah,
Sebut dalam sampai berpinar mata,
Menitis tanda bahagia,
Senyum tanda suka,
Buang segala duka,
Bunuh segala perih sakit jiwa,
Kerana indah itu ibarat penawar pada manusia,
Gelak tawa tak kira masa,
sedikit alpa pada dunia yang porak peranda.

Indah,
Dalam kelam suram,
Timbul bangkit subur cahaya,
Gelap sayu hiba tak terkira,
Pergi seketika lupa sementara,
Saat suka manusia ceria,
Jadi bentuk senyuman mulus suci,
Aku bentuk rapi jadi hati,
Padat dengan memori,
Damparkan diri jiwa mamparkan isi,
Mata pejam dalam-dalam,
Ketawa sendiri geli hati,
Rindu pada memori saat suka suki,
Berharap ia jangan pernah berhenti,
Walau sedetik kerana ia ibarat dunia sudah mati.

p/s: bilamana aku nukilkan ayat dan huruf ini,aku terkenang satu saat bilamasa aku ketawa. Aku hilang segala duka. Manusia pun pasti punya cerita sama. Boleh kongsi sama jika tiada aral,kerana aku juga minat dan cinta pada cerita manusia yang penuh ragam suka duka. saat jatuh tergolek bangun kembali dan kini tinggi di langit tanpa mendongak dagu dan singgolkan dagu pada ozon dunia. Tiada apa aku cuba berikan tapi hanyalah gambaran saat Indah itu yang buatkan manusia rasa tenang dan aman sentosa. Titik.!



January 19, 2011

HIJAU

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil


Hijau
Satu kata yang pasti manusia akan punya kata pilihan pada warna,
Tak salah aku katakan kerana hijau punya segala peralihan untuknya,
Tapi titik tolak di sini bukan warna ingin aku petah candakan,
Aku hanya ingin mengimbau sejenak,
Kala dulu lamanya yang ku tuju khas pada dunia.

Hijau,
Dulu laman desa tenang dengan kicauan burung,
Unggas rimba bebas melakukan apa sahaja,
Berkocak keli di sungai bermain keanakan bersama rakan,
Indah panorama dan suara alam,
Jelas tenang menyucikan jiwa.

Hijau,,
Luas terbentang bendang di laman,
Sawah padi yang menghijau jadi cantik bila diterap dalam pandangan,
Aku puas dan senyum kecil,
Kerana masih punya lagi hutan hijau dalam dunia ini,
Seingatkan dunia sudah berubah menjadi hutan batu,
Sesak sana sini dan juga situ,
Fikiran manusia jugak terkandas dengan dunia yang tidak mengira waktu,
Mengejar keindahan hati dan seronoknya dunia batu.

Hijau,
Harapan cuma satu,
Agar kau sentiasa kekal sejenak untuk hayatku,
Tak ingin aku hilang saujana pemandangan itu,
Flora ciptaan Tuhan itu indah selamanya,
Tiada tara tandingnya,
Yang bakal aku sebut rindu,
Bilamana aku di hutan batu.





p/s: aku hanya menulis bilamana aku jejakkan kaki pada satu desa yang tak pernah aku dalami. Memang cantik, terus aku mengucap segala puji pada Tuhan yang mencipta alam semesta. Sujud syukur pada Nya kerana lukisan alam ini masih ada lagi rapi tersimpan walau terpencil. Biarlah terpencil jangan perlu sekali ada manusia yang hadir pada matanya duniawi semata.








January 12, 2011

PERIH

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil


Perih,
Siapa yang tidak pernah mengenalinya,
Semua manusia pasti pernah didampinginya,
Tidak pernah sedikit pun pernah melepasi halangan kewujudan ia,
Hanya redha dan terima dengan ketentuan Maha Esa.

Setiap manusia pasti punya definisi hidup yang tersendiri,
Perih dan sengsara,
Mungkin lain perkataan,
Tapi sama maksudnya,
Cuba untuk hilangkan ia,
Nyah kau aku padam,
Tapi tetap tidak berkesan,
Palitnya tercarit kasar,
Calar lekuk dalamnya berbentuk.


Aduh pasti sakit bila ada luka,
Mungkin titis darah tiada pada zahirnya,
Tapi pasti lahir tanpa diminta,
Membuak-buak buih perih itu datang,
Merempah meruah,
Tiada siapa pasti lari darinya,
Hanya duduk tunduk bersujud,
Mendekati yang Ilahi,
Bersabar dan memohon ihsan dari Ilahi.


p/s: Aku tulis atas dasar liku-liku kehidupan. Aku tahu dunia pasti memandangnya remeh. Tapi bila kau alami ia,aku hanya redha dengan segala ketentuannya. Bagiku mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan aku juga selalu berharap perih itu akan berakhir dengan baiknya. InsyaAllah.




 

January 10, 2011

Maaf..

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil



Maaf..
Hanya satu ucapan aku boleh bicara di sini. Bukan tak mahu blogwalking atau meng-update blog. Tapi dengan keadaan dan waktu di kala sudah memulakan alam universiti agak sibuk sedikit. Tambahan pula aku sedang runsing dengan wireless UiTM aku yang agak busy. Kadang-kadang dah connect boleh disconnect. Bisa membawa aku kepada hampir meletup jantung dan panas baran jadinya. Haha. Cuba sabarlah ni. Mungkin ujian atau agaknya wifi ni ajak aku bergaduh agaknya. Lama-lama malas nak mengupdate. Biarlah. Nanti cuti aku humban semua bicara dan perihal yang lama aku pendamkan. Akhir kata kalau wifi ni dah kamcing ngan aku, InsyaAllah akan aku cuba mengupdate blog ini. Buat masa sekarang dengan rasa panas itu buatkan segala ilham dan idea aku terbantut, so sambung di hari yang lain jika punya rezeki. InsyaAllah.

January 04, 2011

Kalut..

2 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil
Kalut..
Fikiran setiap manusia..
Tidak dapat ditafsir melalui luaran..
Aku titiskan segala pendam rasa itu..
Agar merempah meruah di ruang ini..
....................................

Kalut,
Setiap jiwa lalu punya rasa itu,
Jangan menipu jika bicara tidak kenal pada bahasa itu,
Manusia leka dan lalai dengan masa,
Hanya meniti keindahan semasa,
Mengukir silap dalam bayang separa,
Tidak sedar agaknya mereka.

Manusia,
Sibuk dengan urusan dunia,
Mereka lupa perihal mereka,
Siapa mereka dahulu,
Yang salah semua terbongkang depan mata menadah hukuman yang berjela panjang,
Yang betul kebumi segalanya dalam-dalam,
Hilangkan ia dengan segala kesan bayang-bayang,
Biar satu jejak tiada kesan.

Manusia,
Yang mengajar semua cerita,
Dari tolol jadi cerdik cergas belaka,
Dari bangang yang kebingungan,
Lahir jiwa bijak pandai,
Tapi semua itu sementara sehingga tanah yang dipijak jelas tidak terasa,
Tinggikah langit itu atas sana,
Entah mengapa bagaikan rasa matahari tidak pernah terbenam jatuh ke bawah.

Manusia,
Bila angin bertiup dihalaunya kata sejuk,
Bila panas di halaunya kata bahang,
Tidak dihiraukan rumput sekelilingnya,
Dipijak mereka satu persatu tanpa sedar bayang mereka,
Semalu pula mula mengucup,
Mengundur diri tanda mengalah,
Membiarkan manusia perihal cerita mereka yang selalu tegak,
Tiada bengkok bak tiang besi utuh di pacak.

Manusia,
Bukan ada makhluk ingin menghalang,
Tetapi sekelilingnya sibuk perihal,
Kau tidak pernah bahagia dengan itu,
Takut manusia kenal bahasa nama alpa,
Bila mula leka teman rakib datang menjelma,
Mengendah sahaja apa yang terbentang luas depan mata,
Dikatakan haram hina bila jiwa melihat dan hati terasa.

p/s: kalut cerita jiwa. picisan cebisan hati bila berkata, manusia kah bila dunia ini tidak pandai menilik. Mengukir pernahkan tanpa usul,diterjah tanpa disergah. Suasana berubah tatkala angin terbang meniup daun kering di halaman. Segalanya berubah,tetapi tidak pernah kelihatan. Remeh tanggapan pertama yang disangka, daun kering lama. Apa gunalah. Bila darjat diangkat elakkan tempat kau jauh dari Rabbi. Jangan diharap diangkat dagunya tinggi. Manusia menasihat bukan untuk menghalang tapi hanya sekadar kata-kata peneman. Tapi semua psti kembali dengan cercaan. Entah dunia hembuskan asap karbon dan tenaga negatif agaknya. Hurm. Busuk. 

-emiL-



January 01, 2011

Tahun Baru

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil


Tahun Baru,
Manusia semua punya azam baru,
Azam seiring cita-cita,
Semuanya bagai punya bau kedai,
Kenangan lama menjadi album tatapan yang hanya mampu diketepikan,
Dijadikan pengajaran dan tauladan,
Semua insan pasti punya citarasa masing-masing yang tersendiri,
Perihalkan sahaja dalam hati sahaja,
Berkongsi suka duka dengan jiwa,
Pasti ia tersemat selama di dada,
Beribu luka dan suka diam kaku selamanya,
Mulakan baru dengan langkah baru,
Tersenyum simpul keseorangan. 
Biarlah,manusia.. masing-masing punya citarasa.

Aku bau kedai. Baru agaknya. HAHA.

-emiL-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...