Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

September 29, 2010

Cinta Itu Dugaan

0 celoteh di sini.
Semua orang pernah bercinta kan. Kalau yang tak pernah lagi bagus. Lagi bes. Korg tunggu kawen je. nanti pandailah korang rasa sndiri. HUHU

Tapi paling aku pelik kejap ada laki cakap perempuan jahat sebab tinggalkan dia,but bile aku online facebook perempuan pulak byak wat status mood sedih meleleh gler cakap laki jhat sebab tinggalkan dia. Macam-macam hal,ada yang tinggalkan sebab orang ketigalah takpun dah tak bersefahaman.

Hurm, dunia memang mcm ni. Kita sebagai manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. kadang-kadang kita slalu nampak silap orang lain tapi kita tak pernah nampak baik dari dia. Dan kita takkan pernah sekali perasan dan menghargainya. Tak kiralah laki atau perempuan.

Sebenarnya laki atau perempuan ini sama sahaja. Cinta yang datang dari hati adalah terdetik nya satu perasaan suka dan sayang serta mengasihi antara satu sama lain. Kadang-kadang cinta yang berpanjangan memang agak bosan dengan cara yang sama,so laki atau perempuan haruslah bertolak ansur untuk sedar dan membuat perubahan tapi bukan dengan memutuskan hubungan. Kan seronok kalau korang kapel sampai tua anak korang tnye "mama and papa before kawen kapel bpe lame?" alangkah bangganya anak anda dan anda kerana berjaya mempertahankan rumah tangga anda dari awal perkenalan.

Tapi bagi pasangan yang putus di tengah jalan,kadang de yang kene kahwin pkse but itu jarang sekali berlaku sekarang. Cuma sekarang ni kebiasaan yang meggugat hubungan adalah dengan kehadiran orang yang ketiga. Betol x?kalau tak percaya tengok berapa byk kapel yang putus sebab ni?

Tapi kalau dah putus pun dah xbole buat apa-apa jugak. Kene terima and redha but ingat jangan sekali buat seseorang itu teraniaya atau seperti dipermainkan kerana setiap titisan air mata dan keluhan hatinya didengari Allah. So kalau boleh jagalah hubungan korg dengan baik,kalau boleh biarlah sampai jinjang pelamin.
The best way dalam hubungan cuma satu je salah sorang kene tolak ansur dan seorang lagi memahami dan menerima. Apa guna kalau kita kapel but the same time kite tak boleh terima pasangan kita seadanya. kita merungut dengan segala tindak tanduknye. Kalau kita sayang orang tu. Kita terima apa sahaja.

Andai dia melakukan silap,nasihatlah. Andai dia sedih,pujuklah dia. Andai dia morale down beri dia semangat,yakinkan dia,beri dia kekuatan. Andai dia marah,tenangkanlah hati dia. Itulah cinta.
Saling memahami,tolak ansur dan berkasih sayang.

Ingat perhubungan lama memang akan memberi kebosanan tapi itu hanya sementara. Hanya satu permainan perasaan. Sebab cinta itu adalah dugaan. Kita kenelah tempuhi dengan penuh tabah dan sabar. Selalu banyak berdoa agar hubungan berkekalan.

September 28, 2010

Gambar dan latarnya..

0 celoteh di sini.


Setiap gambar mempunyai keunikan dan cerita yang tersendiri. Seronok dengan gambar jangan lupa pula untuk megorek isi dan apa yang gambar itu ingin katakan. Ia adalah sebuah cerita yang amat menarik. Percayalah,bagi sesiapa yang meminati gambar pasti memahaminya.

Aku sendiri berjaya menerapkan cerita yang aku cuba sampai dari sebuah vespa yang lama ini. Dan paling terharu ini gambarku yang pertama berjaya dinilai dan dihargai. Yelah aku adalah amateur lagi dalam bidang photographer ni dan penghargaan itu adalah satu batu loncatan untuk aku. Thanks untuk blog http://www.ceritaphoto.com/other/old-vespa/ kerana menerima gambar aku. 

Bagi sesiapa yang mempunyai minat ke arah menulis atau gambar boleh bersama aku berkongsi idea dan cerita. Boleh ikuti perkembangan aku di http://www.facebook.com/emnil1902 atau http://www.formspring.me/emanakmal.

So siapa yang ada minat atau bakat bolehlah berkongsi dengan aku,manalah tahu aku perlu belajar sesuatu dari korang. Bukan aku nak jadi terbaik tapi hasil yang aku bakal keluarkan adalah terbaik itu perhagaan kepada sahabat aku yang selalu memahami diriku dan support aku. Thankz dude.!


Hobi adalah Cita-Cita anda

0 celoteh di sini.
Dunia ini penuh dengan warna-warni.

Setiap manusia dari kecil sudah dididik untuk mengenal warna.
Dari situ manusia diajari mengenali minat. Mereka semua suka akan minat kerana minat yang ada membuatkan mereka seronok.

Cita-cita aku yang bermula dengan menulis memang mula-mulanya amat kekok dan sukar bagi aku untuk menulis tanpa idea yang boleh menghasilkan karya. Tapi kerana minat yang mendalam aku bertatih menulis. Bagi aku menulis adalah suatu ketenangan yang diluahkan oleh hati aku. Dengan menulis aku mengenali hidup aku. Menulis banyak memberi erti dan kesedaran dalam hidup aku. Belajar dari satu kesilapan seperti muhasabah diri dapat membentuk aku menjadi manusia yang kuat untuk meredah kehidupan yang satu dugaan besar bagi setiap manusia. Sesiapa yang berani menyeberangnya akan terus kehadapan dan berjaya tetapi bagi orang selalu redha dan menyerah akan terus kekal di takuknya,mungkin realitinya akan berjaya tetapi bukan bagi kehidupannya.

Menulis bagi aku pun masih belum mencukupi kerana aku perlukan sesuatu yang baru untuk dijadikan ilham. Dari situ mula terbit minat aku terhadap gambar,kerana satu peristiwa itu adalah gambar-gambar yang indah. Setiap gambar mempunyai ceritanya yang cuba diluahkan satu persatu. tidak kisahlah sama ada ia satu kegembiraan atau satu kedukaan. Tapi itulah sebenarnya dunia. Kita kene fahami dan hayati kerana gaya kehidupan bagaikan satu alunan muzik yang tak akan pernah terputus.

Sebermula semua minat aku terhadap kedua-duanya,aku mula terfikir. Alangkah indahnya jika aku dalah seorang pengembara,kerana aku ingin sekali belajar cara hidup melalui ragam manusia. Kerana dari situ datang satu pengalaman yang sangat berharga. Dan kita sesekali tidak akan mudah melupakannya. kerana itu yang mengajar kita erti satu kehidupan dan menjadikan manusia itu berfikir dan menjadi lebih matang.

Tapi mungkin belum tiba masanya untuk semua itu,kerana kerja dan minat aku memerlukan hidup yang teguh dan ketabahan hati seorang penulis. Aku perlu ada cara yang tersendiri. Aku tidak akan membiarkan sesiapa yang cuba untuk menawan segala gerak geri dan hidupku. Apa yang aku perlu adalah diri sendiri.
Untuk sampai ke cita-citaku,aku perlu membahagiakan kesemua orang disekelilingku. Paling penting adalah ibubapa kita,merekalah orang pertama yang menerima kita dalam keadaan yang berdarah dan menangis seperti memerlukan pelukan hangat kasih seorang ibu.

Aku berjani yang aku tidak akan pernah sesekali melukakan orang sekelilingku demi cita-citaku.
Ketabahan dan kecekalan adalah kunci kepada hidupku.

Bagaimana pula dengan anda?
Fikirlah,jika anda hidup dengan gaya anda,adakah itu sememangnya diri anda?

sebermulanya satu kehidupan

0 celoteh di sini.
Hidup ini mungkin adalah diari kehidupan.

Kadang-kadang kita berada di satu tempat yang mempunyai gambar yang indah. Kita lalai dengan lagu yang merdu. Menjadikan kita seseorang manusia yang paling bahagia. Kita ada kwan-kawan dan segalannya. Tapi kadang-kadang kita sebagai manusia juga selalu melakukan kesilapan. Tidak semua manusia itu sempurna. Semuanya pernah melalui suka duka hidup. Pernah melakukan kesilapan sehingga kadang-kadang kita sendiri tidak perasan yang kita telah melukai hati orang yang berada di sekeliling kita.

Semua itu berlaku tanpa kita sedari. Kita tak akan pernah sedar kerana kita sebagai manusia punyai ego. Kita akan selalu menegakkan diri kita sebagai penegak kebenaran. Kita akan akui apa sahaja kita lakukan semuanya sempurna dan semuanya benar.

Tapi sedarlah wahai manusia. Hidup ini tidak selamanya. Selagi belum jatuh terduduk hayatilah diri anda fahamilah nurani dan jiwa anda sebenarnya. Tanyakan pada diri anda. Adakah ini yang perlu saya lakukan? Adakah ini jalan yang benar? Sedar dan bangun dari tidur kerana mimpi anda bukan selamanya. Anda hidup di suatu dunia yang realiti. Fikir setiap perkara sebelum anda lakukan. Fikir akibat tindakan anda. Jangan sekali melakukan perkara yang buruk yang bakal balik kepada anda.

Setiap perkara ada hikmahnya dan ada pulangannya.

Jangan sekali kita sangka yang kita sudah melakukan yang terbaik dan menganggap tiada seorang pun yang tahu. Tetapi hanya tuhan. Jika itu yang anda fikir,anda silap. Setiap perkara yang anda lakukan selalu menjadi tv yang mnjdai tatapan umum yang akan menilai anda.

Jangan sekali melakukan kesilapan yang kedua atau ketiga. Bangun dari tidur dan sedari apa yang anda lakukan. Akuilah kesilapan anda dan sedar. Kemaafan itulah yang sebaik-baiknya. Kerana setiap agama mengajar umatnya untuk saling bermaafan tanpa sedikit pun menyimpan dendam.

Fikirlah..
Renungkanlah..

Pilih jalan yang bercabang..
Sama ada anda mahu pulang kembali membetulkan kesilapan anda tanpa menunggu balasan atau anda ingin pergi ke jalan baru dan terima apa sahaja dugaan baru.?

Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak sedar yang diri kita selalu melakukan kesilapan. Jangan tunggu sehingga sampainya satu ketika kita akan duduk menyesali dan menangis. Lupakan ego dan semuanya, berlaku baik dan jalani hidup yang biasa. Manusia ini semuanya setaraf dan sama. Tiada lebih atau kurang. Pangkat dan harta tidak membezakan seseorang,tetapi hati adalah segalanya.

Hargailah diri anda,kehidupan anda dan berjanjilah kepada diri untuk selalu berlaku baik dan tidak akan sekali melukakan sesiapa. Kerana setiap orang disekeliling anda amat menyayangi anda. Mereka akan melihat kita seperti tv dan akan menilai sama ada rancangan ini bagus,seronok,membosankan atau bakal dibenci.

so?sedarlah..bangun dari tidur anda.

Dan fikirkanlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...