Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

September 28, 2010

Hobi adalah Cita-Cita anda

Dunia ini penuh dengan warna-warni.

Setiap manusia dari kecil sudah dididik untuk mengenal warna.
Dari situ manusia diajari mengenali minat. Mereka semua suka akan minat kerana minat yang ada membuatkan mereka seronok.

Cita-cita aku yang bermula dengan menulis memang mula-mulanya amat kekok dan sukar bagi aku untuk menulis tanpa idea yang boleh menghasilkan karya. Tapi kerana minat yang mendalam aku bertatih menulis. Bagi aku menulis adalah suatu ketenangan yang diluahkan oleh hati aku. Dengan menulis aku mengenali hidup aku. Menulis banyak memberi erti dan kesedaran dalam hidup aku. Belajar dari satu kesilapan seperti muhasabah diri dapat membentuk aku menjadi manusia yang kuat untuk meredah kehidupan yang satu dugaan besar bagi setiap manusia. Sesiapa yang berani menyeberangnya akan terus kehadapan dan berjaya tetapi bagi orang selalu redha dan menyerah akan terus kekal di takuknya,mungkin realitinya akan berjaya tetapi bukan bagi kehidupannya.

Menulis bagi aku pun masih belum mencukupi kerana aku perlukan sesuatu yang baru untuk dijadikan ilham. Dari situ mula terbit minat aku terhadap gambar,kerana satu peristiwa itu adalah gambar-gambar yang indah. Setiap gambar mempunyai ceritanya yang cuba diluahkan satu persatu. tidak kisahlah sama ada ia satu kegembiraan atau satu kedukaan. Tapi itulah sebenarnya dunia. Kita kene fahami dan hayati kerana gaya kehidupan bagaikan satu alunan muzik yang tak akan pernah terputus.

Sebermula semua minat aku terhadap kedua-duanya,aku mula terfikir. Alangkah indahnya jika aku dalah seorang pengembara,kerana aku ingin sekali belajar cara hidup melalui ragam manusia. Kerana dari situ datang satu pengalaman yang sangat berharga. Dan kita sesekali tidak akan mudah melupakannya. kerana itu yang mengajar kita erti satu kehidupan dan menjadikan manusia itu berfikir dan menjadi lebih matang.

Tapi mungkin belum tiba masanya untuk semua itu,kerana kerja dan minat aku memerlukan hidup yang teguh dan ketabahan hati seorang penulis. Aku perlu ada cara yang tersendiri. Aku tidak akan membiarkan sesiapa yang cuba untuk menawan segala gerak geri dan hidupku. Apa yang aku perlu adalah diri sendiri.
Untuk sampai ke cita-citaku,aku perlu membahagiakan kesemua orang disekelilingku. Paling penting adalah ibubapa kita,merekalah orang pertama yang menerima kita dalam keadaan yang berdarah dan menangis seperti memerlukan pelukan hangat kasih seorang ibu.

Aku berjani yang aku tidak akan pernah sesekali melukakan orang sekelilingku demi cita-citaku.
Ketabahan dan kecekalan adalah kunci kepada hidupku.

Bagaimana pula dengan anda?
Fikirlah,jika anda hidup dengan gaya anda,adakah itu sememangnya diri anda?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...