Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 18, 2011

HE | MY ALTER EGO

0 celoteh di sini.

My alter ego is Chuck Bartowski but not in his reality life, Zachary Levi.


I adore to much to this US Series TV , Chuck. Until now I still follow the new season and for me the story is pretty much awesome. More action, challenging, romance, include the spy activity. I really enjoy watching this drama series. Try watch this story and you will really enjoy it. Nite peeps. 






lensapenaemil


December 17, 2011

FRAGMEN | YANG LAMA ITU PADAM

0 celoteh di sini.
Fragmen segala benda jenis cerita karut lama atau lebih simbolik 'mitos' itu aku telah padam. Bukan benci tapi biarkan sahaja semua hilang. Aku fikir apa yang sahabat aku kata anggap ia tidak pernah wujud. Sejak jadi warga JERMANtah ayat ini jadi tatapan mulut mereka dan adakala bahan gelak tawa.

Bukan apa cuma mereka lebih senangi aku dalam situasi sekarang. Bukan ibarat anjing menyondol kata mereka. Aku tergelak kecil bila ada juga prasangka sedemikian. Jangan kalian khuatir sebab kini orang yang hadir berbeza. Apa yang aku terima bila kalian mengenalinya, kau semua gembira menerima kedatangannya dalam hidup aku. 

"Terima kasih Fattah, Afizal, Hanif, Ather, Fiqry, Azfa, Shafie, Fahmi, Asyraf, Shahril, Afid, Azahari dan Din. Aku hargai kalian semua."






Lewat malam ni aku mengarut bukan bersaja tapi tanda ucapan ikhlas untuk kalian para sahabat semua. Nasihat kalian jangan khuatir sebab aku guna. Yang jadi bahan aku terima sebagai senda tawa. Gembira rasanya bila hidup kini kembali lebih teratur kemas. Bangga bersahabat dengan kalian. Aku doa juga kalian gembira pada masa akan datang.


" Yang lama itu lusuh
Padam biar hilang
Lusuh biar hancur
Berulang kembali jangan
Wujud pun tidak
Cuma angan mitos Mat Jenin belaka
Bahan senda gurau tawa.


Para kalian semua terima kasih untuk berjuta kali. Pada dia yang hadir, syukur aku panjatkan pada yang Maha Esa atas anugerah yang tidak terhingga. Aku senyum kini atas rezeki kurniaan kini buat hati ini lapang, selesa dan gembira. Berhenti kerna semua tulisan mitos lama aku telah padam, subuh mula dilaungkan. Bergegas pula untuk menunaikan seruan. 

Nokhtah. 




lensapenaemil

December 16, 2011

DUNIA | PENTAS PAPAN NYATA

0 celoteh di sini.

 Hidup di atas dunia ibarat pentas lakonan. Setiap manusia menjiwai watak masing masing yang tersedia Tuhan cipta. Adakala manusia cuba menciplak antara satu sama lain. Menyatakan keegoan dan kehebatan masing masing. Sampai ada yang alpa apa yang mereka lalui. Dunia bg mereka ibarat pentas cahaya tapi bagi aku yang lihat ianya kelam bagai senjakala.



Manusia punya suara untung bilang apa mereka suka. Menghukum sesuka rasa mengikut penyukat sesedap rasa. Bagi aku biarlah saja kerana bukan kehendak kita tapi hak manusia yang tersendiri. Aku tidak sekali akan berkata apa kerana khuatir bila aku bilang satu perkara nanti akhirnya di sana aku dipersoalkan.


Aku tidak mahu ditanya mengapa di dunia sewenangnya aku berkata tapi disana gagap seribu bahasa. Tubuh ini tidak mahu gugup barangkali. Biarlah senda mengata. Aku tak punya apa, pertahan bagaimana biarkan sabar saja mengukap semua. Yang penting kini tiada beban terasa. Bukan lagi ibarat anjing yang kelaparan menunggu tulang untuk disuap, terhegeh di atas bayang sendiri sedangkan tiada siapa mengingini. 

Biarkan sahaja kata menujah berjuta kali. Kata yang ibarat senjata tajam tiada siapa mampu halang. Atas pentas mereka lakonkan itu aku punya suka apa kau sibuk. Prinsip manusia semua tujah antara mereka tanpa musabab dan bicara. Dan kerana itu aku tidak hirau bila dalam kitab suci kata ada satu kaum ini tempatnya 2/3 neraka. Jumlahnya manusia yang byk dari kaum sebegini rupa dan sebab itu aku tidak hirau kalau kaum ini tujah apa sahaja.


Firasat yang entah beribu kali hadir kini aku tolak ketepi biarkan sinar baru hadir beri semangat pada jiwa. Tiupan mekanisme berbentuk rasa hati buatkan nafasku selesa dihela kembali. Biarkan aku gagah sendiri tanpa pertolongan sesiapa kerana khuatir menyusahkan insan lain nanti.


"Pada dunia, kau pentas teater hebat. Menjulang segala perasaan manusia. Tapi bagi aku kelam kerana pentas ini rapuh. Aku kata ini sebab dunia tidak sama setiap hari. Berguling kadang di atas kadang di bawah. Akhirnya bila masa kau dtg kau juga akan dijemput kembali ketempatNya. Atas pentas dengan ikhlas aku berkata wahai sekalian alam maafkan aku andai tersilap sejuta kata dan rasa"






lensapenaemil

JIWA | AKU LELAKI PADA RASA

0 celoteh di sini.






Perasaan itu datang entah tiba-tiba ia menjelang. Aku sedikit kabut memikirkannya kerana takut dari khayalan menjadi nyata. Manusia macam aku tak punya apa-apa. Hanya seorang insan biasa yang cuba melakar warna pada dinding putih. Persoalannya adakah aku mampu jika hanya berbekalkan kata sahaja. Rasa datang lalu aku menulis. Biar luah sebagai tulisan pena sendiri, biar aku sendiri cuba mengolah dengan mentera di minda berputar mencari jawapan.

Adakalanya aku hanya fikir mungkin hadir sebagai gurau senda. Bila sudah datang beribu kali, ia menusuk ke dalam firasat aku. Cuba berkata barang kalinya ia mungkin datang sebagai senda tapi jangan hairan bila ia jadi nyata. Mitos atau nyata itu belum aku mampu rungkaikan. Bila perhatikan sejarah aku akui ia mungkin ada betulnya menjadi nyata kerana apa yang mampu dulu semua diterima. Tapi aku ada apa?


Bila fikir apa aku ada, cuma sehelai kata. Entah berguna atau tidak. Kadang aku cuba berkata baik biar hati ini sedap kembali bagi tenang pada jantung untuk bernyawa. Tenang seketika. Syukur aku tak lupa pada yang Esa kerana anugerah dariNya buat aku selesa. Bahagia tak terkira.


Di balik semua aku harus berjaga kerana bukan apa takut di balik senyum datangnya bala menimpa. Semua yang pernah berlaku buat aku berjaga-jaga. Bukan tak percaya tapi takut bila jadi nyata aku tergagap seribu bahasa. Lemah betul bila fikir semua ini. Dugaan barangkali Tuhan nak beri. Yang pasti aku teramat menjiwa rasa itu pada dia. Jiwa yang aku peroleh darinya terlalu besar dan penghargaan berjuta kata tak terkata aku berikan. Ikhlas dari lubuk benak hati ini menyampaikan.


Awak, ikhlas itu tak kira apa sahaja tetap diterima tanpa kata. Tidak kira besar atau kecik bentuk rupanya. Mana mampu insyaAllah saya tunaikan. Maafkanlah jika pemberian sekecil itu tidak mampu menandingi apa yang pernah dikirimkan kepada awak terlebih dahulu dari saya. Saya bukan empunya badan yang punya segalanya seperti mereka. Saya manusia biasa. Apa mampu saya berikan. Saya berusaha yang sebaik mungkin jika saya mahu dan mampu. 

Mungkin tatkala waktu ini jiwa dan rasa itu mampu saya luangkan pada awak. Itupun bergantung waktu dan jarak. Adakalanya senyap seribu bahasa itu membuatkan saya terfikir adakah mampu saya untuk mencoretkan renda kata yang indah dalam hidup awak. dan sebaiknya ia bukan hadir sekadar kata tapi biar ia jadi catitan penting bagai ukiran yang terpahat kemas.


" Biar hadir bukan sekadar sementara. 
Dan hadir itu jangan datang pada kata. 
Biarkan ia diberikan sesuatu yang nyata. 
Bermakna ada tanda pada cerita ia bukan bohong atau palsu. 
Barangkali punya makna sebagai tanda ikhlas dan erat sepanjang masa. 
Tak mahu renggang walau tak kira masa dan dimana kerana  tidak  menjadi ukuran penentu segalanya.

Apa yang dimahukan biar cerita yang baru tiba.
Dia juga mahukan cerita baru itu juga.
Cerita baginya adalah penamat nyata hidup baginya.
Bukan sekadar atas dunia tapi ukhrawi yang selamanya.
Biar jadi teman setia bukan kerna materialistik pada mata tapi pada hati dan jiwa.
Buat teman di sini dan sana kelak kau di sisi aku selamanya. "


Ini soal jiwa bagi aku sebagai lelaki dan curahan segalanya tentang rasa. 



lensapenaemil

December 10, 2011

B U L A N | Bagi Aku Tanda

0 celoteh di sini.






Aku tulis hikayat ni tatkala malam ini mata ku jenuh untuk pejam. Penat borak dengan kawan, aku cuba keluar rumah mengambil angin. Maklum esok hari hujung minggu, cutila gamaknya. Hidup orang bujang mana penah padam sebab malam pun nampak terang. Semua cakap malam masih muda walau jam sudah tunjuk jam 0300 pagi. Entah bila malam dia orang nampak tua agaknya.

Dengan langkah perlahan aku berjalan, sampai depan rumah aku cangkungkan puggung. Termenung melihat langit, wah ada bulan. Terang cahayanya. Cantik ciptaan Tuhan. Biar ia jauh tapi ia tetap cantik. Ia tetap satu bila malam menjelma. Aku senyum kerana bagai ada rona makna di balik jarak dan rupanya. 

Aku simpan ayat itu "biar ia jauh tapi rupa dipandangan tetap cantik". Aku senyum tertawa bersendiri. Aku tahu bukan selalu begini, macam kehidupan. Bukan mudah jumpa yang terbaik itu hari-hari. Tabah,cekal dan sabar jadi pengangan diri. Jangan mudah goyah dan rapuh itu prinsip aku walau manusia ini bukan kuat mana bila digoda. Aku hanya mohon padaNya agar diberi perlindungan sentiasa.

Bulan, esok lusa bentuk kau lain. Nanti aku nak jumpa kau yang begini rupa, bulan penuh. Aku tunggu masanya. Entah bila, aku tetap di sini. Duduk dan lihat. Biar ia jauh tapi tetap cantik. Kerna itu aku juga kata bulan, kau bagi aku tanda. Terima kasih Allah atas pemberianMu.


lensapenaemil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...