Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

March 02, 2012

Dia, Lelaki, Aku

0 celoteh di sini.

Berasap, berkepul di sudut ruang bilik itu. Satu jiwa berteman cahaya komputernya sahaja bersama alunan rintik hujan bagai seakan seiring nada yang berkocak di hati. Dia tulis setiap luahan katanya. Bukan untuk bermegah atau menunjuk. Dia tak paling jari pada siapa. Tiap katanya kias semua. Biar manusia tak faham apa dia rasa. Simpati bukanlah cara insan ini meneruskan hidup tapi sakit itu beri erti bagi dia untuk terus bernafas. 






Hiba tatkala memikir. Serabut otak fikirnya. Entah apa dia mahu luah asalkan tiada yang terasa. Kekok baginya beri luahan lagi pada manusia yang punya ributan jiwa cita kosta tersendiri. Takut dihukum terlalu bosan dan mungkin sekali jiwa dia terlalu naif.


Manusia kolot rupanya dia. Dia senyum sebab sakit yang datang buat hidup itu lebih bermakna. Terus menerus sakitnya datang bertalu talu. Namun dia terima seadanya. Jadi mayat hidup telan segamaknya. Paling kesemua arah tetap sama. Cakap apa sahaja tetap sama. Di matanya manusia itu sukar dilentur olehnya. Mungkin dia bukan yang sepatutnya untuk dikenali manusia.


Dia buka, imbas kembali satu persatu kata. Memang indahnya kata manusia itu lempar tapi ia ibarat serupa bila dia lihat gelagat pada mana insan tetap lebih kurang sama. Dia menjerit kuat tapi malang pada zahirnya. Perih kata 'tak bolehkah kalau hidup manusia ini cuma ada satu' tapi jerih kata 'biarla itu kemahuan manusia bukan tak cukup pada satu tapi mungkin barangkali sudah terbiasa bergaul dengan cara begini tanpa memikir ia bakal membunuh jiwa yang lain' namun hati kata'simpan dan diam. Jiwa sentap tatkala hati berkata begitu dan ia cuma mampu terkulai layu terdampar dan bunuh semua rasa walau ibarat menjerut ia ke tali gantungnya sendiri.



Semuanya terkatup. Tak dapat diubah lagi. Mulut tidak akan berkata lagi. Senyap seribu bahasa tanpa satu kata. Dia kata 'aku bukan pemimpin atau bangsawan punya harta bila kata semua dengar'. Ya dia akui itu semua ' sebab itu aku kata manusia tak mampu ikut walau dulu manusia mampu dengar tapi itu orang lain sebab orang itu punya harta dan apa kemahuan manusia sama ada yang secara terhad walau harganya tinggi manusia mampu dapatkannya tapi aku semuanya tak mampu. Secara tipikalnya dia buat isolasi manusia mampu bebas berkata dan buat apa sahaja.


Dia termenung, bertalu pilu perih itu ditelan hidup hidup. Sampai bila mampu begini? Terus menerus hingga mati? Manusia tetap melayan kerenah manusia yang dianggap begitu sahaja tanpa ada sedikit pun memikirkan keadaanya. Perlahan dia lukis bentuk selempar tali. Diikuti bulatan lengkap dan ditonjolkannya ikatan kemas. Di tengah itu cukup gambarkan nombor yang tak di duga menanti dirinya. 


Senyap. Asap kepulan itu padam. Sedikit calit di tangan membentuk palit luka. Kebas, sakit itu tak terasa lagi. Dia senyum, kebal agaknya. Sebelum kalam di tutup dia menulis ulasannya tersendiri. Aturan hidup yang tiada depannya seperti duduk di panggung mengimbas perih yang lama. Mata terpejam. Rembesan jantan jernih menitis.


Lelaki yang susah berkata lagi. Dia sudah penat untuk bersuara, menduga sikap manusia itu yang tidak menentu hala. Biarkan sahaja rela begini, sakit separa ini cukup akan berhenti bila tiba masa dan waktunya. Mungkin tatkala tiba masa itu, apa pernah aku sampaikan pada waktu sunyi malam itu diimbas kembali semula. Tapi jangan manusia pernah menyesal sebab aku bukan manusia sempurna. Tak perlu ingat jika aku sudah tiada. Cuma apa aku mahu, sekian lama sakit ini dipendam, berjuta kali diulang, pelbagai jwapan dilontar jadi hukuman kejam untuk hati dan jiwa,tanpa sedikit belas. Semua ini telah aku maafkan seikhlasnya.


Dalam harapan,lelaki itu duduk mendengus sakit ini tidak akan ditayang secara umum. Di sini cuma luahan batil yang tidak mampu dilihat segenap manusia. Kalau dilihat pun belum tentu difahami. Persona lelaki itu adaptasinya letak tempat pada diri aku sendiri. Diam tanpa kata, jangan gusar manusia. "Semua ini khayalan shj biar aku kumpul nanarnya tanpa sejuta kata, dalam harapan dan doa biar ada manusia lebih baik yang bisa merubahkan segalanya. Dan ia bukan aku"


Yang merubah segalanya bukan aku. Sebab dia adalah lelaki. Dan lelaki adalah aku. Manusia sama yang tiada nilai katanya pada manusia. Biarkan lama lama ia pudar dan menghilang. NOkhtah.








lensapenaemil

January 28, 2012

DIA | TERUKIR DI BINTANG

0 celoteh di sini.



Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu..

Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu..

Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba..

Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia..

Hati ini bukan milikku lagi..

Seribu tahun pun akan ku nantikan.. kamu..

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku..

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..
 
 
 
 
 
Rangkap lagu ini bukan untuk aku tapi cukup menerang dirangkap pertama siapa aku. Bukan manusia yang mampu beri juta dan tak mampu memberi nilai untuk dihargai. Manusia macam aku rendah darjatnya. Dibalik tabir pentas kehidupan aku mengintai melalui bayang cari apa erti personafikasi tapi sukar mencari solasinya. Jawapan bertubi datang kata aku tak mampu. Aku tak reti memberi tapi kurangnya ia datang dengan usaha. Bagi aku ia jelas, dari hati ini betul menusuk dalam jiwa dan rapi ayat ini dipamerkan pada dia. Bukan berharap baca tapi berhara ertinya difaham. Ertinya dia sorang saja tahu apa erti memiliki. Entah, jangan tanya aku, tapi tanya manusia ada hati. Kalau aku ditanya, jawapannya hanyalah teka-teki. Mahu?



lensapenaemil


Manusia | Memori Itu Lukisan Bayang

0 celoteh di sini.
 Muncul tahun baru yang aku patut sulami sekali lagi dan ku panjatkan syukur pada yang maha Esa. Syukur tidak pernah lekang dan putus dari bibirku. Manusia macam aku cuku sederhana bukan menunjuk tapi aku sudah buang apa itu nama perasaan berlagak. Seimbas kembali sebelum celoteh meleret, sebelum jauh menulis aku terima ramai manusia sukar faham apa coretan di sini. Aku tidak memnita dibaca, cuma tulus menulis sekadar pandangan. Ayat aku tidak sebaik tatabahasa mungkin lebih baik diertikan bersimpang siur. Maaf atas tulisan aku yang tak begitu jitu.




Belum cukup setahun aku tampil dari susuk kehidupan baru, setiap manusia pasti menghadapi simpang. Aku bertemu satu saat yang cukup buat aku tergamam. Tapi itu mungkin takdir, acapkali aku fikir. Mungkin aku telang ditimbang atas setiap angkaraku. Biarlah hilang warna merah itu dari pandangan. Aku susun keringat akan ku dapat sekali lagi.


Biar ia cukup sederhana tapi itu yang aku mahukan. Bukan kerana nilai harganya tapi jasa yang ditaburkan pada aku. Aku akan pastikan jika sekali lagi tidak akan berbuah dua kali peristiwa itu. Saat ini aku syukur juga kerana seseorang hadir memberi aku kekuatan. Nasihat itu aku turuti dan ku hamparkan bagi kedua orang tua ku melihat. Jelas mereka lebih suka kejujuran itu tanpa dipaksa aku jua senyum.


Tahun baru, aku tak reti berazam tapi ada satu itu adalah misi. Aku cuba untuk memerah keringat bagi berjaya bersama kawan dan juga untuk dia. Bukan itu sahaja misi seterus adalah kembalikan jiwa merah itu balik padaku. Keringat usaha untuk berjaya dan juga hasil ganti rugi keringat orang tua ku. Insya Allah doa kan aku. 


lensapenaemil

December 18, 2011

HE | MY ALTER EGO

0 celoteh di sini.

My alter ego is Chuck Bartowski but not in his reality life, Zachary Levi.


I adore to much to this US Series TV , Chuck. Until now I still follow the new season and for me the story is pretty much awesome. More action, challenging, romance, include the spy activity. I really enjoy watching this drama series. Try watch this story and you will really enjoy it. Nite peeps. 






lensapenaemil


December 17, 2011

FRAGMEN | YANG LAMA ITU PADAM

0 celoteh di sini.
Fragmen segala benda jenis cerita karut lama atau lebih simbolik 'mitos' itu aku telah padam. Bukan benci tapi biarkan sahaja semua hilang. Aku fikir apa yang sahabat aku kata anggap ia tidak pernah wujud. Sejak jadi warga JERMANtah ayat ini jadi tatapan mulut mereka dan adakala bahan gelak tawa.

Bukan apa cuma mereka lebih senangi aku dalam situasi sekarang. Bukan ibarat anjing menyondol kata mereka. Aku tergelak kecil bila ada juga prasangka sedemikian. Jangan kalian khuatir sebab kini orang yang hadir berbeza. Apa yang aku terima bila kalian mengenalinya, kau semua gembira menerima kedatangannya dalam hidup aku. 

"Terima kasih Fattah, Afizal, Hanif, Ather, Fiqry, Azfa, Shafie, Fahmi, Asyraf, Shahril, Afid, Azahari dan Din. Aku hargai kalian semua."






Lewat malam ni aku mengarut bukan bersaja tapi tanda ucapan ikhlas untuk kalian para sahabat semua. Nasihat kalian jangan khuatir sebab aku guna. Yang jadi bahan aku terima sebagai senda tawa. Gembira rasanya bila hidup kini kembali lebih teratur kemas. Bangga bersahabat dengan kalian. Aku doa juga kalian gembira pada masa akan datang.


" Yang lama itu lusuh
Padam biar hilang
Lusuh biar hancur
Berulang kembali jangan
Wujud pun tidak
Cuma angan mitos Mat Jenin belaka
Bahan senda gurau tawa.


Para kalian semua terima kasih untuk berjuta kali. Pada dia yang hadir, syukur aku panjatkan pada yang Maha Esa atas anugerah yang tidak terhingga. Aku senyum kini atas rezeki kurniaan kini buat hati ini lapang, selesa dan gembira. Berhenti kerna semua tulisan mitos lama aku telah padam, subuh mula dilaungkan. Bergegas pula untuk menunaikan seruan. 

Nokhtah. 




lensapenaemil

December 16, 2011

DUNIA | PENTAS PAPAN NYATA

0 celoteh di sini.

 Hidup di atas dunia ibarat pentas lakonan. Setiap manusia menjiwai watak masing masing yang tersedia Tuhan cipta. Adakala manusia cuba menciplak antara satu sama lain. Menyatakan keegoan dan kehebatan masing masing. Sampai ada yang alpa apa yang mereka lalui. Dunia bg mereka ibarat pentas cahaya tapi bagi aku yang lihat ianya kelam bagai senjakala.



Manusia punya suara untung bilang apa mereka suka. Menghukum sesuka rasa mengikut penyukat sesedap rasa. Bagi aku biarlah saja kerana bukan kehendak kita tapi hak manusia yang tersendiri. Aku tidak sekali akan berkata apa kerana khuatir bila aku bilang satu perkara nanti akhirnya di sana aku dipersoalkan.


Aku tidak mahu ditanya mengapa di dunia sewenangnya aku berkata tapi disana gagap seribu bahasa. Tubuh ini tidak mahu gugup barangkali. Biarlah senda mengata. Aku tak punya apa, pertahan bagaimana biarkan sabar saja mengukap semua. Yang penting kini tiada beban terasa. Bukan lagi ibarat anjing yang kelaparan menunggu tulang untuk disuap, terhegeh di atas bayang sendiri sedangkan tiada siapa mengingini. 

Biarkan sahaja kata menujah berjuta kali. Kata yang ibarat senjata tajam tiada siapa mampu halang. Atas pentas mereka lakonkan itu aku punya suka apa kau sibuk. Prinsip manusia semua tujah antara mereka tanpa musabab dan bicara. Dan kerana itu aku tidak hirau bila dalam kitab suci kata ada satu kaum ini tempatnya 2/3 neraka. Jumlahnya manusia yang byk dari kaum sebegini rupa dan sebab itu aku tidak hirau kalau kaum ini tujah apa sahaja.


Firasat yang entah beribu kali hadir kini aku tolak ketepi biarkan sinar baru hadir beri semangat pada jiwa. Tiupan mekanisme berbentuk rasa hati buatkan nafasku selesa dihela kembali. Biarkan aku gagah sendiri tanpa pertolongan sesiapa kerana khuatir menyusahkan insan lain nanti.


"Pada dunia, kau pentas teater hebat. Menjulang segala perasaan manusia. Tapi bagi aku kelam kerana pentas ini rapuh. Aku kata ini sebab dunia tidak sama setiap hari. Berguling kadang di atas kadang di bawah. Akhirnya bila masa kau dtg kau juga akan dijemput kembali ketempatNya. Atas pentas dengan ikhlas aku berkata wahai sekalian alam maafkan aku andai tersilap sejuta kata dan rasa"






lensapenaemil

December 10, 2011

B U L A N | Bagi Aku Tanda

0 celoteh di sini.






Aku tulis hikayat ni tatkala malam ini mata ku jenuh untuk pejam. Penat borak dengan kawan, aku cuba keluar rumah mengambil angin. Maklum esok hari hujung minggu, cutila gamaknya. Hidup orang bujang mana penah padam sebab malam pun nampak terang. Semua cakap malam masih muda walau jam sudah tunjuk jam 0300 pagi. Entah bila malam dia orang nampak tua agaknya.

Dengan langkah perlahan aku berjalan, sampai depan rumah aku cangkungkan puggung. Termenung melihat langit, wah ada bulan. Terang cahayanya. Cantik ciptaan Tuhan. Biar ia jauh tapi ia tetap cantik. Ia tetap satu bila malam menjelma. Aku senyum kerana bagai ada rona makna di balik jarak dan rupanya. 

Aku simpan ayat itu "biar ia jauh tapi rupa dipandangan tetap cantik". Aku senyum tertawa bersendiri. Aku tahu bukan selalu begini, macam kehidupan. Bukan mudah jumpa yang terbaik itu hari-hari. Tabah,cekal dan sabar jadi pengangan diri. Jangan mudah goyah dan rapuh itu prinsip aku walau manusia ini bukan kuat mana bila digoda. Aku hanya mohon padaNya agar diberi perlindungan sentiasa.

Bulan, esok lusa bentuk kau lain. Nanti aku nak jumpa kau yang begini rupa, bulan penuh. Aku tunggu masanya. Entah bila, aku tetap di sini. Duduk dan lihat. Biar ia jauh tapi tetap cantik. Kerna itu aku juga kata bulan, kau bagi aku tanda. Terima kasih Allah atas pemberianMu.


lensapenaemil

November 18, 2011

D I A . A K U . L E L A K I

1 celoteh di sini.


Dia duduk di satu penjuru, ruang paling sempit,gelap dan sejuk berdepan cahaya malap. Dia lelaki yang sudah malas menulis. Dia lelaki yang sudah bukan mahu  di angkat sebagai seorang blogger terhebat menulis gosip dan merapu sana sini ibarat papan sosial, diari dan niaga . Dia lelaki yang  berteriak melalu penanya di malam hari sambil membacakan sajak sajak dari usman awang bahkan entah siapa dia ttp tekun membaca.

Dia lelaki yang bukan lagi tersekat di dalam masa silam. Dia juga seorang lelaki yang mengharapkan bahawa satu hari nanti bahawa ada seorang lagi lelaki seperti dia, yang sanggup buat apa yang dia pernah buat.




"pada pena, kertas dan buku. maafkan aku jika aku sering memencil diri dalam keramaian diskusi, kerana kurang darjatnya ilmu harus aku kongsi serba sikit aku curah, yang buruk aku padam dengan pendam jangan bagi cerca tapi hormat bukan minta dijulang tinggi,"

lensapenaemil

Hati Yang Kuat

0 celoteh di sini.

Pada lewat malam begini aku mula menulis, timbul ayat ayat ilham dah lama aku tenggelamkan dari dunia realiti. Aku bagai jiran dan sahabat lain. Mati bernyawa sebenar. Mati jiwa kata mereka. Aku begitu juga rupanya terkelu jiwa bisu ayat utk berkelumit. 

Selepas belayar melabuh jiwa dengan minat, bergolak dalam hati mana jiwa yang dulu. Aku lupa tatkala aku gembira. Perkara yang sentiasa mengajar aku tentang erti apa itu sesuap nasi. Tatkala aku masing berbaring bingkas bangkit lalu membuka lelaman aku ini. Meluahkan segala jiwa rasa. Ada sedikit cerita tapi aku fikir biarlah berguna. Takut barangkali rosakkan jiwa manusia lain. Aku tak mahu.Biar sedikit ta merapu dan bermanfaat. Manusia ta baca pun tak mengapa, aku tak minta. Biar ikhlas baru mendalami dengar jujur. 


Sekelumit kehidupan aku kini bermula dengan agak baik, barang kali ramai juga manusia yang berasa sedemikian. Jikalau itu dirasa bersyukurlah padaNya. Bukan di sini aku cuba menjadi ustaz mengajar kelas agama tapi hanya sekadar mengingatkan diriku yang adakalanya terlupa. Adat manusia kurang ilmu dan sempurna macam aku ni sentiasa pelupa.Bertalu dalam hati beristigfar. Biar bukan pilihan yang aku akui bukanlah orang baik tapi biar aku cuba berusaha.


Seingat aku beberapa bulan lepas aku berduka bagaikan kehilangan jiwa tapi aku sedar Tuhan itu sentiasa ada kenapa akal aku tak begitu celik untuk memikirkannya. Aku tenggelam sebentar sehingga satu rasa menujah dalam jiwa berkata cukup setakat itu dan beralihla. Aku minta pendapat teman dan mereka berkata andai kita sudah berusaha untuk membuat manusia gembira sudah cukup, andai mereka tidak suka redha tapi jika mereka menghalau apakan daya pergilah dengan rela. Kata mereka kerana satu hari aku akan sedar tiada lagi sesal berbunyi di sana sini berkumat kumit mencerita segala cerca. Biarkan sakit menujah kerana ada yang memahami dan sentiasa melihat. Sabar jadikan pengangan.


Bagaimana kalau manusia dalam dunia merasakan sakit? Adakah kamu meraung atau kamu bersimpuh di sejadah memohon padaNya keampunan. Mungkin juga ada manusia yang hanya berkata di bibir. Ya aku jenis manusia ini dahulu, aku hanya berkata tapi jarang melakukannya. Aku manusia alpa kerna pelupa itu aku tenggelam. Aku bukan sengaja tapi kekurangan ini selalu jadi beban. Lanjutan itu Tuhan menghukum aku atas segalaNya.


Bila terduduk jatuh aku teringat tatkala itu aku duduk di anjung luar bilik keseorangan jam 3 pagi. Menitiskan segalanya,meluahkan perih sekuatnya. Membakar sekala yang ada memadam sakit itu segalanya biar terhapus semuanya. Aku keletihan dan waktu itu aku membasahkan tubuhku dengan air sambil memasang nawaitu. Berkumat kamit dalam gelap memohon jalan terbaik dan aku pejam mata rapat biarkan angin itu lalu pergi jauh. Aku hembus biar apa terjadi tidak kembali dan pasti tiada siapa sesali. 


Berbulan lamanya menyepi diri, aku menyibuk diri dengan teman. Tatkala itu bagi aku teman tak salah tapi entah mana rasa yg terluak. Suratan agaknya aku mula gembira dalam duka. Teman aku panggil tapi dia rapat, ceritakan tentang kehidupan. Mengajar aku berdikari dan sedari setiap kesilapan aku. Ya aku akui jika kita lakukan kesilapan pasti ada hukumannya. Masa tu aku anggarkan mungkin ramai yang mencerita cerca buruk aku. Aku terasa saat itu tapi biarlah manusia ingin berkata dan menghukum luarannya. Aku bersalah kerana dosa silam. Biarlah orang cakap kita diam sajalah. 


Berbalik pada teman itu yang aku panggil rapat, entah sampai satu masa aku dapat rasa jiwa itu punya persamaan sama. Kami ditinggalkan dan kerana itu jalan cerita manusia yang punya nasib sama macam kami mula berkawan. Bercerita kisah masing, keadaan sama cuma orang berbeza. Menasihati biasalah aku berkata agar dirinya juga kuat. Dalam masa itu aku mula mendapat diriku kembali agar kuat. Demi ibu bapa aku tak mahu kecewakan mereka. Aku bukanlah anak yang mewah punya harta. Adat untuk aku berbicara sederhana.


Setiap manusia punya pendapat dan cerita. Berjuta warna yang mecerminkan rasa yang layaknya akal manusia menentukannya. Yang pasti kini aku kembali punya deria rasa tak kekok rasanya berjalan di muka bumi. Jangan terlau gah berjalan dan berkata itu aku pegang saat kini. Setiap tutur kata dan langkah harus diperhatikan supaya tidak terjerat diri sendiri. Aku tak mahu mati bernyawa lagi mana rasanya hidup tak punya jiwa. 


Terima kasih dan syukur padaNYA kerana aku kembali mengukir senyuman. Hidup rasa dan jiwa itu sekali lagi bernafas untuk meneruskan kehidupan. Menulis tiap titipan kehidupan. Aku menulis bukan menarik mata mata manusia tapi aku cuma berkongsi jiwa sebagai manusia. Bila kau sedih apa kau lakukan. Jangan melakukan kesilpan dan jangan angkuh berkata ya jika jawapannya tidak. Akui kekurangan dan kelemahan. Cari kegembiraan yang ingin dirasai macam kebebasan hidup yang dicari. Melangkah perlahan kaki dan tangan mendepa seluas yang mungkin. Menghela nafas keluar tanda lega aku bukan bergelumang dalam kancah rencah duka lagi. Pada teman yang aku panggil rapat satu hari aku akan tunaikan yang terbaik. Belum tiba untuk mengurai sepenuhnya kerana kini aku tak punya apa. Apa guna hati cinta kasih jika tidak berilmu tinggi. Biar aku berjaya dahulu dan masa itu azam aku tunaikan menjadi sah hidup bergantung saling berkait jiwa tidak sepi hati merasa gembira. Itulah yang aku cari, kedamaian. 

Aku hidup kerana aku punya satu hati. Dan dia sangat kuat. Aku gembira,tersimpul sengih di hujung bibir ini. Percayalah..






lensapenaemil

October 28, 2011

M O M E N T . F R A M E | I Need You

0 celoteh di sini.


Someone write down this but it still got it end, "I'm sorry I won't disturb you again".



lensapenaemil

October 19, 2011

E M I L | CAHAYA

0 celoteh di sini.

E M I L | CAHAYA



 
Cahaya
Tidak kira masa kau menjelma,
suka duka,
kau tetap ada tak kemana,
biar siang atau malam,
bila terang atau gelita,
temanya tiada kata lelah entah apa apa,
buat aku terasa ceria seketika.
Cahaya,
ada kalanya kau terang dan malap,
saat terang kau suluh gelitaku,
saat malap kau bersusah payah berusaha juga,
tidak kira perih yag kau peroleh,
tidak kira berapa keringat sakit kau luahkan,
kau tetap setia hingga akhir hayat.

Cahaya,
Setiap manusia atas dunia ini dambakan kau,
Adakala aku terfikir kau milik semua,
kerana setiap manusia punya rasa,
dan mereka memilih sesuatu itu kerna indahnya kermilauanmu,
dan aku hanya melihat,
dari pelbagai sudut,
aku terfikir adakalanya mungkin bukan tempatku di situ.

Cahaya,
aku pernah terfikir saat bila kau tiada,
kau tahu apa yang terlintas dalam benakku,
bagaimana dengan duniaku,
buta tanpamu,
sesat panduan jalan,
aku tersadung sana sini,
sakit lalu merana jiwa,
tapi pernah kau tahu.

Cahaya,
aku tahu tanggapanmu mudah,
beribu riban kaum kau di dunia,
melimpah ruah berganda dia atas dunia,
perit bila kau uarkan padaku,
cahaya lain mampu menerangiku,
kau kata pergila,
perih jiwaku.

Cahaya,
kau tahu kenapa aku tutur setiap kata ini,
kerana hanya disini fragmen bg aku melepaskan rasa,
kerana tutur denganmu membuatku bisu seribu jiwa.


Cahaya,
kalau kau nak tahu mengapa,
cerita manusia mcm aku begini rupanya,
hadir kau biar pahit getir harganya,
aku terima sediakala,
kerana pentas dunia tuhan tulis cerekanya,
aku tiada daya dan dalih menolak suratan yang Esa,
kurangnya kau,
tiada sedikit sesal,
kerana aku yakin kaulah pilihan terbaikku.

Cahaya,
aku berusaha melengkapi kurangnya aku
bagiku kaulah penerang jiwaku,
penenang hatiku,
buatku senyum ketika duka,
 dan aku perlukan kau lebih dari teman yang sebegitu rupa denganmu,
tidak kira sebagaimana jenama kalian,
tiada darjat di mataku,
semua sama,
yang membeza cuma amalan sahaja.

Cahaya,
Kau tahu mengapa aku tabur janji,
Kau tahu apa itu janji,
Cuma satu aku pegang sepanjang usia,
Aku jnji setia,
Walau tak kira masa,
Walau kau tiada rupa,
Walau jauh entah di mana,
Selagi nyawaku bersisa,
Di pentas dunia,
akan aku calit deria bahagia tatkala engkau terjaga dari lena.


lensapenaemil









June 17, 2011

Hidup Ini Pelangi

0 celoteh di sini.
Dunia ibarat pentas teater,
Manusia menerusi watak yang berbeza,
Lakonan itu disulami cahaya,
Ada terang dan kelamnya,
Semuanya rancangan manusia,
Mengarah dan mendalami watak,
Tapi yang menentukan jalan cerita,
Sudah terikat pada takdirNya,
Pelakon hanya berusaha,
Tawakal iringan yang terakhir,
Bagi menempuhi episod yang mendatang.




Guwa cuba beralih angin. Menulis sesuatu yang lain. Cuba meluahkan idea yang puncanya dari ilham bukan nama orang. Hehe. Dari sudut bilamana guwa perhatikan. Manusia mudah menghukum sesuatu dan berkata sesuatu. Adakalanya ada di antara manusia terpaksa menerima, redha dengan segala cabaran dan dugaan. ada yang berakhir dengan penuh senyuman di bibir dan ada juga yang pucat lesi bagaikan mayat bila kecewa bak telur yang di hujung tanduk. Entri kali ini guwa sisipkan kesilapan guwa agar mampu jadi iktibar manusia lain. Jika ada yang mahu mengutuk, guwa silakan. Kerana guwa pernah jumpa manusia yang berkata itu hak masing-masing. Guwa akur dengan jawapan dan tidak sekali menghalang. Terima kasih bagi sesiapa yang pernah mengajar erti tersebut agar mata ini tidak pernah menyangkal kebenaran di atas dunia ini.

Adakalanya tindakan itu lebih mudah dari jiwa, adakalanya dengan mulut juga manusia itu mampu binasa. Acapkali guwa fikirkan, sememangnya mudah manusia itu terjebak ke arah sesuatu. Bahkan rakan guwa sendiri pernah menyangkal dengan gah jika kau hunus pisau ke leher aku, aku tidak sekali akan menyentuh rokok walau macam mana pun. Tapi manusia. Semuanya tidak pernah lekat pada kata, percayalah. Agak janggal dan jarang sekali manusia berperilakunya begitu. Seperti puisi di atas, semuanya lakonan yg sementara dan kita harus tunggu di penghujungnya. Nantikan jalannya. Tak semua pelakon bertopeng putih berjiwa suci. Semuanya bagaikan patung wayang kulit. Diarah dia berlakon.

Hukuman yang mana guwa labelkan sebagai satu perkara yang berat menimpa manusia bagaikan bala itu hadirnya tidak pernah kita minta. Pergi tanpa dihalau. Pelik tapi itu yang selalunya terjadi. Adakalanya bila jatuh hukuman itu tidak pernah jadinya zalim bila kena pada tempatnya tetapi berlainan pula yang tidak bertempat. Mengundang satu rasa menjadikan jiwa itu sengsara. Kerna guwa tahu tiada manusia atas dunia ini yang mudah untuk saling memahami. Sedangkan lidah yang rapat dgn gigi pun mampu tergigit, inikan pula manusia. Mustahil bukan. 

Sesalan itu memang timbul pada setiap manusia bila yang sudah ditimpa tangga atau duduk terjatuh. Di saat itu manusia akan baru mula sedar untuk berfikir. Untung bagi mereka kerana diberi petunjuk. Berbeza dengan manusia yang hatinya penuh dengan keegoaan. Ada yang lupa siapa mereka bahkan ada yang gah dengan sahutan seolah Ilahi sentiasa bersama mereka. Mereka lupa silap dan usul di mana manusia dicipta dan mencipta sesuatu luar dari batasan. Mudah berkata tanpa sedikit sesalan dan perasaan. Konon disimpan biar berupa bentuk kaca khalayak yang tidak semua sedari pantulan bayang itu. Ingatlah memang Tuhan selau bersama tetapi tidak pada kita sahaja. Saat kita mula menganiaya dan menyiksa manusia tunggu saja pembalasanNya. Tidak hari ini, mungkin esok atau lusa. Kita manusia kecil perlu sedar kekecilan kita dan seharusnya perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dan relevan. Bukan sekadar ayat adik guwa yang berumur 11 tahun.  Lalu lari menuju hala yang tidak ketahui. Malu. Bahasa tidak melambangkan usia.

Tapi namanya pun manusia. Hidupnya mahu kebebasan masing-masing tanpa perlu dikawal. Bukan zaman atok guwa dahulu yang dijajah. Tanpa sedari banyak kesilapan telah kita ukir. Dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Adakalanya cuba bertahan dan berusaha. Tidak kenal penat dan lesu. Berusahalah sebaik yang boleh. Diiringi tawakal dan nawaitu yang bersih. Permudahkanlah. InsyaAllah.

Hidup ini memang seronok. Tapi awas. Kerana tak semuanya pelangi di langit itu. Kerana ia semuanya yang berlambang cantik itu bersifat sementara. Guwa mendongak langit. Lihat bulan dan bintang ciptaan Maha Esa.  Guwa kagumi kehebatanNya. Lalu tunduk ke tanah, malu pada sang Pencipta. Diri penuh kekurangan. Guwa berhenti di situ. Tidak mengharap sesuatu yang manis lagi. Kerana tanpa sedar pahit kelat juga yang terasa di penghujungnnya.

lensapena.com.

June 10, 2011

The Light.

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil


Sebermula hidup guwa yang baru, mencari ilham dalam dunia penulisan ini bukan mudah bagai kita minum air. Kadang apa yang kita suara tak semua akan dengar. Biasalah kehidupan tak semudah yang kita sangka. Guwa juga manusia biasa yang bukan biasa mencari populariti. Mengenali manusia adalah satu kebiasan bagi manusia. Kadang yang terbaik itu datang tanpa kita sedari, ia sebenarnya adalah anugerah yang besar dari Ilahi. Guwa terkesima adakalanya kerana semua yang hadir dan menjadi tak semua kita pinta. Tapi apa yang pasti guwa selalu mengharap agar ada titik-titik cahaya hadir memberi harapan. Biarpun nipis guwa akan berusaha terbaik. Menulis bagi guwa biasanya hadir dari luahan jiwa dan juga cerita manusia sekeliling.

Guwa jeles bila melihat teman-teman yang hebat mengarang. Jiwa bahasa mereka amat tinggi. Guwa cuba memahami cara dan gaya mereka. Bukan meniru contoh bulat-bulat tapi guwa memahami cara yang disampaikan. Mungkin punya tauladan yang baik. Guwa suka bila cerita itu punya makna menarik yang diambil dari titian kehidupan dunia yang penuh dengan lautan manusia. 

Cerita yang ringkas tapi penuh isinya memang amat guwa senangi. Bagaikan punya kuasa menarik manusia untuk membaca dan adakalanya membuat manusia itu gelak tersenyum mesra. Cantik rangka cerita itu sebenarnya. Guwa mengagumi mereka yang sehebat gah tugu pahlwan negara itu tapi dalam hidup mereka tanamkan nadi rendah diri itu agar mereka tidak tersepit dek jutaan gosip publisti murahan dunia. Biasalah manusia. Adakalanya cerita jiran rumah hilang kain dalam pun nak dia beritahu sepupu sepapat mereka. Yang paling aku awal pelajari masa kecil-kecil dahulu adalah makcik-makcik yang duduk borak bagai warung kopi tepi longkang depan rumah gosip pasal jiran mereka. Banyak cerita melayu dulu tunjuk macam tu. Dah macam budaya. Tapi benda tu sikit pun guwa tak minat. Kain sendiri dah rabak depan mata pun tak nampak tapi kalau orang lain besar lubang jarum pun dia orang boleh mengata. Hebat kan manusia ni.

Dunia ni memang banyak khazanahnya kalau kita hayati. Banyak cerita kita boleh perolehi. Tanpa guwa sedari berjuta-juta penglipur lara yang pernah dicipta. Ada suka dan dukanya. Hebat pada pengkarya. Guwa kagum. Bila guwa baca, guwa faham. Semua punya cerita balik tabir. Setiap hikayat yang dicipta tak seindah impian dan harapan yang diidamkan. Bagi guwa setiap perkara yang hadir itu mengajar tentang hidup agar guwa reti nak bertatih atas dunia. Memang perlu cari cara yang betul. Kalau silap gamaknya guwa hanyut bagai arus yang deras. So guwa kena berhati-hati. fikir sebelum bertindak. Itu nasihat guwa. Harapan itu simpan dalam-dalam. Cari cara dan sampingkan dengan usaha. InsyaAllah berjaya.

Biarpun harapan guwa tipis. Guwa tetap akan berusaha. Selagi hidup buatlah apa yang mampu. Jangan yang buruk. Dengan segala kudrat akan guwa kerah. Mencari kehidupan bukan mudah yang disangka kalau ingin berjaya. Banyak cara, biarpun kerlipan cahaya bintang itu kecil. Tapi guwa percaya satu hari ia mungkin berhasil. Guwa tanam azam berbakul-bakul. Dalam-dalam guwa simpan. Sampai satu masa bila muntah guwa janji orang keliling guwa lah akan guwa cari. Guwa takkan pernah lupa. Sebab guwa manusia, mencari kehidupan bukan pada dunia. Sebab guwa sendiri pijak tanah yang dasarnya Adam diciptakan. Guwa tak lupa usul. Itu paling penting. 





lensapena.com.





May 24, 2011

Secawan Kopi.

2 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil


Tajuk guwa nak cerita hari ini memang pelik tapi cukup guwa sayang dengan orang yang bernama kawan. 
Punya kerja kat studio melambak nak siapkan gambar yang guwa amek hari tu untuk food production member guwa. Then punyala tengah bertungkus-lumus. Dah lah waktu time tu memang layan kalau guwa dapat katil je.Waktu petang mata memang layu, kalau dapat katil 'confirm' guwa cakap nikmatnya hidup ni. pastu alamat kerja guwa lebur.

Aiz atau nama sebenar Aizul ni memang hensem orangnya. Apa guwa buat memang dia nak follow. Tapi sampai kerja yang memang guwa kena handle dengan dia, pejam celik terus tinggal guwa sorang-sorang. Takpe guwa tak geram. Lu kan member guwa sayang. Haha. Lu je tak tahu. Guwa tengok hang kemain rileks lah kan. Takpe guwa tak kesah. Guwa ingatlah dengan tolong lu ni, guwa dapat pahala. Kurang dosa guwa. Haha. 

Ok cukup melalut dari usul cerita guwa yang sebenar yang berkait dengan tajuk dan gambar yang guwa mampirkan. Punya penat campur ngantuk dengan rajinnya, guwa berdiri sambil pergi dapur ala-ala comel memang cukup-cukup ada sink. Simple. Ala-ala macam gambar kat bawah tapi takdelah simple bebenar macam tu. Gila punya simple. Haha.

ni dah terlalu simple sgt..hahaa.


Ok sambung balik cerita asal. Guwa pergilah buat air kopi. Rasa-rasa guwa lah, kalau beli kat starbuck yg takat cmpur dengan segala perisa tu dah berbelas ringgit. Tapi guwa punya simple, smooth foam. Murah je. Haha. Lepas dah siap kopi tu, habis semerbak bau dia tersebar meluas dalam studio tu. Macam ada orang bakar ayam golek kat dapur. Ceh, asal brother studio ni pandang guwa lain macam. Tapi guwa ni memang kuat berfirasat mengatakan kejap lagi memang guwa feymes. Lastly memang betol, sorang demi sorang cakap guwa memang hamba Allah paling baik. Bayangkanlah dalam studio tu ada 4 orang campur guwa 5 orang. Sampai orang ke 4 datang kat guwa cakap, " Man, kau memang terbaik". Guwa gelak sinis. Memang aku baik sangat kan. 

Sepuluh minit kemudian, guwa nak teguk air kopi tadi balik. Memang best, guwa terus cakap dalam hati, guwa memang sayang member guwa. Air guwa buat memang tuk member2. Lain kali guwa buatkn sebalang ya kawan-kawan. Haha. Guwa sempat hirup sekali je. Terima kasihlah kawan. Memang muka korang selamba badak je senyum dekat aku. Takpe guwa sedekah. Dapat pahala hari  ini. Hahaha. Btw guwa tak kesah pun sebenarnya. Tapi tulah kali pertama korang buat guwa tersentap. Hahaha.




lensapena.com.




May 23, 2011

Hidup Adalah Anugerah

2 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil



Tajuk entri kali ni guwa ( maaflah aku tukar bahasa perantaraan yg mewakili diri sendiri) nak cerita serba sedikit tentang kehidupan. Maybe ada yang baca tajuk  dah perlekeh guwa kn? " ceh mamat ni macam bajet pro je " heh. Lantaklah orang nak pikir guwa ni apa. Guwa menulis je. Bukan guwa membebel. Nak baca boleh dan guwa ucap jutaan terima kasih, tapi yang tak nak baca tapi saja nak kutuk, lantaklah. Mulut korang. hehe. Jangan risau guwa tak suka emosi2 ni.

Sebenarnya cerita guwa kali ni panjang. Tapi ia banyak mengajar guwa serba sedikit tentang kehidupan. Bagi guwa setiap orang tu ada pendapat. Sama ada salah atau betul itu terpulang pada korang tuk pilih jalan tersebut. Nak cerita panjang. Pendekkan macam nilah, hidup ni tak seperti yang kita rancang macam nak buat lebuhraya tol karak. Haha. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. After bebelas kali guwa fikir apa yang guwa terima, guwa redha. Memang sudah suratan hidup guwa. Bila segala berubah member guwa perli memang kaw2 punya, " weh man kau pesal berubah, tiba-tiba kuat and slumber badak je hidup kau" eh wan kira untung guwa berubah kalau tak baju lu, gua pnjam buat kesat hingus guwa. Takpe tu citer masa guwa kecik. Seganlah besar nak nanges. Pe jadahnya. Guwa laki lah beb. Sedangkan perempuan ada yang kuat macam badang. Ni pula laki, dapat setepek takkan nak mampus. Hahaha

Bila semua cerita indah guwa berakhir, dulu-dulu lah. Guwa memang tak boleh terima. Macam kanak-kanak main layang2 then putus layang tu confirm lepas tu dia melalak. Ceh, guwa tidak begitu lagi. Haha. Guwa kena kuat. Guwa faham akhirnya. Tapi bagi guwa, guwa tak salahkan sape2 atau menyesal atas segalanya. Nak tahu kenapa guwa fikir macam ni? Guwa bukan malaikat or nabi. Guwa bukan org yg baik-baik yang tak pernah buat salah atau dosa. Tipu dan Pembohong.! kalau ada yang tak pernah. Haha. Tapi guwa bersyukur apa yang guwa dapat. Guwa tak tamak. Gua dapat satu, satu tulah guwa jaga. Tapi sekarang mungkin Tuhan tunjuk guwa segalanya. Guwa kena jalan hidup ini dengan penuh sabar dan penuh berdikari. Guwa kenalah sabar dan jangan putus asa. Ada rezeki guwa terima baik-baik.

Sepanjang 2 tahun guwa tak pernah rasa macam ni, entah datang dari mana rasa ni. Guwa senyap. Guwa fikir. Jawapan pun tetap tiada. Tapi rasa itu datang bilamana guwa betul-betul tersentap dengan tindakan itu. Itu kali pertama guwa pergi tanpa menoleh belakang lagi.Guwa keluar sambil guwa diam. Mata guwa tengok lantai. Apa kejadahnya guwa macam ni. Guwa fikir tak ada rezeki. Dan bagi guwa 2 tahun lebih tu memang besar maknanya. Tapi guwa lepaskan untuk kebaikan. Guwa bukan nak berlagak baik tahu! Guwa cuba buat terbaik. Guwa tak nak benda sama berulang. Guwa kesian. So jalan terbaik guwa pergi dengan cara baik. 

Kalau ada yang tertanya guwa cerita apa, lebih baik tak payah tanya. Haha. Sebab? guwa takkan jawab. Guwa bukan nak berlagak. Macam korang. Korang ada cerita korang jugakan? Dan ingat setiap cerita yang korang ada itulah yang mengajar hidup korang. Percayalah cakap guwa. Jangan lu buat bodoh je. Setiap titik masa kehidupan yang berlaku, ameklah pengajarannya. Supaya esok,lusa dan tulat lu akan jadi orang yang baik. Perbaiki kesilapan yang lepas. Guwa tak pandai berpesan tapi pengalaman yang ada, guwa cedok kuahnya dan kongsi bersama korang.

Buat masa sekarang, memang guwa senyum. Guwa tahu hidup ini perlu diteruskan tak kira apa yang berlaku. Setiap apa yang kita mahu tak semestinya milik kita. Guwa percaya ayat tu. Tapi kita perlu ada usaha. Supaya sekurang-kuranya kita tahu, kita dah buat yang terbaik dan tak pernah kenal ayat 'putus asa'. Even korang main lumba lari. Guwa berserah segalanya pada Tuhan. Guwa bukan orang baik. Guwa terima balasanNya. Sekurangnya guwa tahu diri guwa penuh kekurangan. Dan guwa takkan pernah lagi mendongak kepala ke langit. Guwa sentiasa memaafkan kesilapan semua manusia yang pernah berkawan atau kenal guwa. Guwa tak berdendam pun ngan korang. Cayalah cakap guwa. Hahaha.


Oklah. Guwa dah lapar. Baik guwa pergi dulu dan abeskan taip segala hembusan kata-kata guwa. Kalau guwa ada tersilap. Guwa mintak maaf banyak-banyak kat orang yang baca or diluar sana. Mana ada silap, lu tegurlah guwa. Guwa terima dengan baik. Ok. Jumpa lagi dalam entri lain guwa. Panjang umur, guwa tulis lagi.




lensapena.com.



May 22, 2011

Above And Below

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil









Above And Below

Sometimes I feel
Like I wanna leave this place for good
Under the ground
I'll live down there without a sound
And never hear
These hissing voices all the same
I'll disappear
Cause living makes me feel ashamed


I must believe
There's more above us and below
I must believe
Stranded with someone called hope
It keeps me here
When all I wanna do is go
It keeps me here
When all I wanna do is disappear

If this is it
When all we have and ever will
If this is it
Time is running out and standing still
I'll leave today
Cause there's nothing left to keep me here
I'll fade away
I'll turn my back and disappear

The city moves
Lunges up right from the ground
The seething Earth
It opens up and spits us out
This vicious child
Nature never wanted us
This vicious child
A cancer burning black into its heart

If this is it
When all we have and ever will
If this is it
Time is running out and standing still
I'll leave today
Cause there's nothing left to keep me here
I'll fade away
I'll turn my back and disappear


Cause there's nothing left to keep me here
I'll fade away
I'll turn my back and disappear
I'll turn my back and disappear  



lensapena.com.

May 15, 2011

Titi Kehidupan

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil


Titi Kehidupan.

1. Tidak semua yang kita mahukan pasti akan berhasil. Kerana setiap perancangan itu ada suratannya yg tersendiri.

2. Segala yg kita impikan semuanya akan terungkai. Bila ia berjaya, bersyukurlah. Bila ia jatuh jgn mudah putus asa.

3. Sentiasa berdoa pd yg Maha Esa, kerana DIA adalah pendengar yg paling setia. Dekatkan diri padaNya. Tidak kira masa janganlah kita lupa padanya.

4. Bila dalam keadaan yg sukar, bersabarlah jiwa kau. Jangan mudah ia mempengaruhi diri dengan keburukan.

5. Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Berdoalah untuk kebaikannya.

6. Menunggu yg demi kebaikan adalah terbaik dan iringinya dengan usaha, tawakal dan doa. 

7. Hormatilah semua manusia, tidak kira siapa jua. Bagi aku, hidup tanpa musuh macam aku adalah aman.

8. Janganlah memusuhi saudara seagama mu sendiri dan rakan atau org yg terdekat walau dia pernah melukaimu. Maafkan dia sebelum terlambat.

9. Setiap perkara yg berlaku pasti ada pengakhiran. Dan jika ia baik,bahagialah. Jika sebaliknya bersabarlah, biarkn kebahagian itu mengiringi kesedihan itu.

10. Perkara terakhir dan penting, setiap yg berlaku itu harus ditauladani. Dipelajari setiap babnya. Agar menjadikan manusia berjiwa lebih matang dan berhati-hati di masa depan.

Aku hanya sekadar menulis,meluahkan sedikit pandangan kepada manusia yg sentiasa putus asa. Kerana aku pernah merasainya. Berada di dalam golongan ini memang menyakitkan. Luka palit hitam itu membungkam dan menyesakkan nafas. Tapi saudaraku sekalian, bersabarlah. Buatlah sesuatu yg engkau mampu mengukirkn senyuman di wajahnya. Bukan itu sahaja tapi di ufuk merah, petala langit jingga agar sentiasa cerah dan ceria. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...