Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

November 30, 2010

Di Kala Sunyi Malam

1 celoteh di sini.


Greeting From Emil

..السلام عليكم..







Tajuk post kali ni berkait dengan photo yang aku ambil bersama kawan-kawan aku time dua minggu before final. Memang dah lamakan.? Haha. Saja aku selitkan dalam post kali ini. Rasa seronok nak berhujah dekat blog ni. Aku putarkan melodi zaman aku yang lepas2. Huhu.

Waktu malam-malam lah katakan. Aku jalanlah dengan member aku dekat kawasan kedai-kedai lama. Cantik bangunan lama tu. Sebab reka bentuk dia cun sangatlah. Rekaan ala-ala english sikit pun ada. Tapi bukan bangunan ini yang aku nak bawakan pada post kali ini. 
Tapi aku nak beritahu bagaimana aku lepaskan tension bile study dengan member aku.

Semua orang confirm tension bila study kan. Almaklumlah assignment melambak. Payah dan leceh lagi bila korang kene pula dapat pensyarah yang berhati besi. Nak layan kerenah dan jaga perasaan mereka ala putri atau raja gamaknya. Tapi nak buat macam mana. Selagi kita belajar selagi tu kita kena hormat dengan diaorg. Biarlah susah sekarang jangan pula susah nanti. 

Bagi aku bila ada ruang sebentar untuk rehat,aku lepak dengan member aku dekat kawasan segamat bandar atas ini. Lucu bila aku perhatikan kawan aku dengan gelagat mereka ditengah malam buta dekat bandar yang sunyi ini. 


Inilah mereka beraksi ala wira pujannga. Haha. Thanks Sham, Ather dan Afizal sebab jadi model. huhu


camera malam-malam memang macam ni. harap maaf yang ini bukan DSLR ye. haha


I'm Free by Ather. konon berangan dah abes final.


Budak Sabahan Yang Bajet Cute, HAHA



Encik Afizal kalau ngantok cakap. Aku bawak kau balik. Haish.



Hah yang ni paling cool. Duduk sorang2 muhasabah diri melayan diri.


Mereka bertiga buat aku gelak malam tu, Hepy sangat ada member macam korang, thx dude.

Sekian itu sahaja untuk kali ini. Gelagat rakan baik aku dikala malam menjelma. Haha



November 24, 2010

Hidup Dan Renungannya..

0 celoteh di sini.
Aku berjalan..
Apa yang aku cari di dunia ini sebenarnya..
Aku buntu..

Hari-hari benda sama..
Bangun,makan,kerja,belajar,tidur.
Muak. Bosan.

Entahlah kadang-kadang aku terfikir mengapa dunia ini wujud.
Kenapa manusia Tuhan ciptakan untuk dijadikan Khalifah di muka bumi.
Bagi yang bagus tu eloklah.
Tapi yang hangus tu bagaimana?
Adakah ia takdir perjalanan?

Aku lihat manusia..
Ada yang rajin.
Mereka berusaha.
Mereka kata aku perlukan sesuatu untuk ubah hidup aku.

TAPI;

Ada yang malas.
Mereka tak pernah berusaha.
Biasanya last minute.
Mereka kata 'ALAH' atau 'LECEHLAH'

Aku sedar kekhilafan setiap manusia.
Salah silap.
Semua datang dari manusia.

Subuh pagi..
Aku bangkit dari alam mayaku.
Aku basuh mukaku.
Selimuti tubuhku dengan wuduk.
Bentangnya sejadah.
Aku sujud pada Yang Maha Pencipta Ya Rabbi.

Aku terduduk berfikir sejenak.
Manusia.
Kebaikan sementara.
Ada maknanya.
Kejahatan pula.
Sewenang-wenangnya.

Entahlah..

Dilema..
Aku manusia..
Punye silap..
Aku tak sempurna..
Orang menghukumku..
Aku terima tanpa balasan..
Mulut mereka berkata..
Aku diam..
Tubuh mereka bersoal..
Tubuhku kaku.

Aku manusia lemah..
Aku hanya mampu diam..
Tutup mata perlahan-lahan..
Harap bila mata ku dibuka.
Semuanya berakhir dengan baik.

TAPI
BENARKAH IA BAIK.?

November 19, 2010

HATI hati-hati ye

4 celoteh di sini.

Story Dari Sebuah Hati....


DULU




hati ni slalu hepi sgt...
pergi mane2 mesti ketawa sana sini cam dunia ni x ade org lain...
sebab hati ni slalu dekat ngn hati tu...

tak kira susah atau senang..
hati tu ttp ada same dgn hati ni...
hati ni rase algkah bahagianya if dpt rase selamanye....

hati ni and hati tu slalu bsame..
pergi mane2 semua hati kenal...
senang kata bile dekat...
dua hati sejoli ni slalu lah dating same...
ish2...

hati ni suke tgok hati tu gembira...
and hati ni pernah janji..
hati ni akan melindunginnya..
hati ni akan wat hati tu bhagia...
hati ni akan wat hati tu slalu senyum...





KINI...





hati ni sorg2 jek sekarang..
hati ni pikir..
hati ni slalu wat salah...
hati ni rase hati ni jahat...
hati ni dah wat hati tu sedih and hilang...

hati ni cuba cari hari2..
hati ni xpernah penat tuk cari kebahagian yang hanya satu dia pernah kenal..
hati ni jalan dari pagi sampai malam..
hati ni tgu dari malam sampai pagi...
hati ni xpernah putus asa...

hati tetap tekun menghadapi cabaran...
hati ni yakin hati tu msih ada...
hati ni tetap akan cari sampai jumpa...






SATU SAAT...

hati ni sudah terlalu penat...
hati ni xdaya nak berjalan lagi..
hati ni cuba merangkak mencari hati tu...
tapi hati ni xjumpa langsung...
hati ni mula jadi gila...
hati lain langsung tak hirau kan hati ni...
malah ade yang mengejek...menghina....dan pijak hati ni....

hati ni sedih...
hati ni sunyi...
hati ni sepi...
hati ni sakit...

hati ni mula kabur...
hati ni lemah sangat...
hati ni cuba bangun....
tapi...
hati ni dah tak berdaya lagi...
hati ni menyesal dgn perbuatan hingga menyebabkan hati tu ilang...

hati ni berkata sejenak.....

kenapa ape yang terjadi selama ini hanya mimpi..
hati ni buntu...
hati ni rase hati tu mungkin skrg sudah bahagia n senyum disamping hati lain yang lebih baik..
hati ni tiba2 sedih...
air mata hati ni mengalir...
hati ni senyum...
kalau hati tu bahagia...
kalau hati tu senyum...
hati ni kate bgus sangt...
hati ni harap hati tu dlm jagaan yang baik..


TIBA-TIBA

hati ni pedih sangat...
hati ni sakit...
hati ni meraung kuat...
hati ni menangis...
hati ni takut...

nafas hati ni sekat2....
hati ni tau hati ni akan pergi...
sudah tiba masa hati ni nak pergi...


hati ni sedih sebab hati sorang2...
hati ni lemah sangat...
hati ni xmampu nak berkate apa lagi..

tapi hati ni tetap berkeras nak berkata...
tiba2 tersembul ayat...
hati ni berkata...

"ble hati ni dah tak ade lagi...and if one day hati tu cari hati ni....hati ni hope sangat dia tau hati ni dah pergi....
 tapi....hati ni pergi bukan dengan hati yg kosong....hati ni pergi dengan CINTA hati tu....
 and hati nak sangat hati tu tau...hati ni hanye milik hati tu selamanye..."

"HATI  hati-hati ye"

angin bertiup kencang....
hati ni mula hilang dari pandangan....
kecil dan mengecil...
PUPUS...





November 18, 2010

Hari Ini Cepat Sangat.! HAHA

0 celoteh di sini.

Semalam baru shj berlalu. Kejap je. Lepas pukul 12 pagi dah masuk hari baru. kejap je kan. Tak rase macam dah satu hari pon. Hurm. Tapi beselah tu.

Pagi-pagi tadi pun aku bangun agak awal sebab nak semayang raya. Dekat saja depan rumah. Sampai jek kat sana. Wah jumpa member lama yang rapat ngan aku since kecil lagi, Zamir.Sekarang sambung MMU. Haha. Kau makin gemuk seyh sekarang. Haha. Sumpah kau pon makin hensem tapi aku sedih gak dengan cerita kereta kesayangan kau swift putih tu. Nak buat camne ketuk ajak bumper dia tu. Kemik teruk aku tengok. Kesian kau mir. Tu lah nakal sangat. Yelah dah dewasa kan. haha.

Pastu jumpa lagi sorang si shafiq,lama juga tak jumpa sekarang belajar kat dungun. Yang ni tengok mantain je. Cool. huhu. Tengok cara dia still tak berubah. He was a good man.! dia suka merendah diri and cakap pun memang sgt releks. Ilnu agama jgn ckplah.Fuhh.! penuh di dada.

Pas abes korban aku balik rumah pergi tengok motor aku yang dah terbengkalai tu. Tengok-tengok dah tak boleh start. Aduh.! Gawat.! takleh merempit la macam ni. Haha. Lalu aku mintak tolong bapak aku pergi isi minyak dalam bontol kat Petronas Taman U tu depan Jusco isi lah RM2..tu pun lepas dah isi mak aih boleh bawak gaduh nak start..
Last2 boleh gak start.! HUH.! TENSION.!

Pas moto dah betol,aku pergi sambung tengok orang korban lembu. Macam-macam gaya. ada yang tergeliat sana-sini. Haha. Tapi bila bab yang tu aku tukang tengok jela. Ala ramai kot dah tolong. hehe. Tapi bab makan pehh. Aku no satu. Supp Tulang.! wah silang panggung kaki aku melahap dengan penuh seleranya. Huhu.

Tapi semua tu berakhir juga lepas Asar. aku pulang ngadap laptop. Yang aku tertunggu arini bini aku tu. hurm busy semacam. Yelah family dia kumpul ramai-ramai. kenelah paham. Barulah boleh jadi suami mithali. Pastu tup-tap aku tau dia tak sehat. Mak aih aku terus tak makan malam tadi. Risaulah kat dia. Tidur pun tak boleh. Hm aku cuma boleh doa dia cpat sembuh. "syg pliz ye jaga diri,b xsuke syg sakit." .

Last-last aku lapar gak tapi selera takde. Nak tak nak,aku goreng roti telur inti cheese campur air milo. Fuhh. Kenyang bebb. Abes je makan aku pergilah basuh and mengadap laptop sekarang and menulis sampai aku rasa nak tidur. Haha.

Hurm hari ini orang lain raya tak tahulah apa yang diorang rasa ye. nape aku rase macam hari biasa je. pastu cepat je berlalu. Dah lah sambung esoklah. Mata aku dah terkebil-kebil. Tapi ni tangan pulak tak reti penat membebel. Hahaha. Dah pukul satu. Tak caya? Tengok jam atas tu. HAHA

November 17, 2010

Gambar Baru.Tak Puas.Tamak.!

0 celoteh di sini.




Gambar baru yang aku rasa ala bolehla tahan cantik dia. Journey aku dari Cameroon hinggalah Langkawi. Amacam jauh tak.? Tak kot. Haha. Tapi aku rasa ada benda still kene perbetulkan. Entahlah sebab aku rasa cantik tu ada tapi rasa puas kt dalam hati damn.! aku xpuas lgsung. Bapak tamak gila aku kan. Haha.

Lau nak tahu mendalam korang search lah kat http://www.ceritaphoto.com/ ramai lagi photo yang cun. Its all about our country Malaysia tau. Ramai freelancer photographer Malaysia ni berbakat. Aku suka dengan gaya dorang mencari gambar. Nampak macam senang tapi nak hasilkan buah fikiran dengan buahnya aduh mak ai, macam-macam tempat and macam-macam gaya aku penah jumpa. By the way cogrates untuk diaorg. Bagi sesape yang ada bakat yang sama share lah dekat laman tu. kalau diterima tu anggplah satu penghargaan kepada korang.

Aku confirm sekali korang amik gambar pastu hasilnya cntik, hati korang mesti cakap nak lagi cantik. Haha. TAMAK!

Manusia!

0 celoteh di sini.




Semua orang pernah lalui kisah suka dan duka korang. Masing-masing punya cerita yang tersendiri. Dan tidak semestinya semua manusia akan merasakan bahagia,gembira atau sedih selamanya. Tetapi setiap perasaan itu berselang-seli datangnya. Manusia tidak pernah menjangka akan kehadirannya tapi jika kita sedar kadangkala ia datang dari sikap atau kelakuan kita sendiri sama ada baik atau buruk masing-masing ada balasannya.

Macam aku kadang-kadang aku hepi bile dekat dengan member,family and bini. HAHA. Entahlah bagi aku dunia ni senang je kalau nak hidup. Korang buat baik korang hepi. Tu je biasa yang aku simpulkan. Aku paling tak suke amik tahu pasal orang lain. Buat apa nak kisahkan orang lain,tak pasal nanti kau pulak di katakan suka menjaga tepi kain orang. 

Tapi dalam gembira aku,ada juga kisah sedih yang aku sendiri tak mampu ungkapkan dan beri jawapan penyelesain. kenapa ye aku tak mampu? Aku rasa kalau manusia lain yang jadi aku tak ada sorang pun yang mampu menerima apa yang aku terima. Atau pun itu cuma andaian aku sendiri. Aku sendiri pun tak faham macam mana untuk jaga hati orang lain sedangkan hati yang kita punya sendiri tiak pernah terjaga. Sakit luka kita juga yang sembuhkan sendiri. Tapi takpelah,kehendak aku juga. Aku kenelah tabah dan sabar even kadang-kadang aku sendiri yang menitiskan air mata. Aku pun tahu aku tak sempurna dan mampu buat orang yang aku syg sedih kalau aku buat kesilapan. Manusia.! Tak Sempurna.! Tipu kalau kau kata diri manusia ada yang sempurna.! Kalau kau kata begitu,layaknya tempat kau bersama Qarun,Haman dan Firaun sana.

Hari ni aku bangun dari tidur sambil tersenyum aku berkata"aku berserah segalanya pada Allah, aku dah berusaha tuk buat yang terbaik". Yelah final lagi and nak jaga hati manusia,semua dalam dunia tiada ada yang mudah. Aku sedar kesilapan aku. Banyak aku telah lakukan kesalahan aku. Dah lama aku pkirkan hal ini sejak seminggu yang lepas. Aku dapat mimpi yang macam-macam. Memang kata orang mimpi itu hanya mainan tidur. Kata orang tua lagilah tidur tak basuh kaki. Haha. Before tidor tu aku dah siap solat isyak kire dalam wudukla.Entah la. Atau tuhan sendiri nak aku sedar,buka mata aku supaya nampak realiti kehidupan. Sedarkan aku dari alam maya supaya berpijak di alam nyata.

InsyaAllah, semua ini kehidupan. Aku suka termenung. Menulis,mendengar lagu,dan amek gambar. Huhu. Hati aku sedikit tenang. Aku suka berfikir tentang hidup, sebab itu yang mengajar aku erti kematangan.

 Bagi aku tiada yang senang atas dunia. Bukan dengan lidah kau dan tangan secara kekerasan kau mampu lembutkan hati manusia untuk patuh pada kau. Tanpa ilmu kau berkata dengan andaian kau ni manusia yang dah sedar,maaflah kau cerminkan diri kau dahulu baru reti kau cerminkan manusia lain. Jangn kau ungkap kata yang manis di bibir tapi tidak pada lakunya. Kebodohan kau jelas terpancar kerana kau mengejar perkara lain dari kejayaan ilmu. Itu sebab kebodohan kau. Dan bagi manusia yang cuba meniru ala kata seorang manusia dia ingin jadi mat salleh,eh sedar lah keturunan kau makan sambal belacan tak payah nak eksen konon kau laki maskulin. Bukan aku jeles atau apa,depan mata aku kau perkatakan agama menasihati kawan tetapi kau sendiri tidak melakukannya. setakat sedar sehari dua. Memang lawakkan manusia.

Itu pun kehidupan jugak. Biasalah manusia indah bahasa dari lakunya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...