Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

January 12, 2011

PERIH

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil


Perih,
Siapa yang tidak pernah mengenalinya,
Semua manusia pasti pernah didampinginya,
Tidak pernah sedikit pun pernah melepasi halangan kewujudan ia,
Hanya redha dan terima dengan ketentuan Maha Esa.

Setiap manusia pasti punya definisi hidup yang tersendiri,
Perih dan sengsara,
Mungkin lain perkataan,
Tapi sama maksudnya,
Cuba untuk hilangkan ia,
Nyah kau aku padam,
Tapi tetap tidak berkesan,
Palitnya tercarit kasar,
Calar lekuk dalamnya berbentuk.


Aduh pasti sakit bila ada luka,
Mungkin titis darah tiada pada zahirnya,
Tapi pasti lahir tanpa diminta,
Membuak-buak buih perih itu datang,
Merempah meruah,
Tiada siapa pasti lari darinya,
Hanya duduk tunduk bersujud,
Mendekati yang Ilahi,
Bersabar dan memohon ihsan dari Ilahi.


p/s: Aku tulis atas dasar liku-liku kehidupan. Aku tahu dunia pasti memandangnya remeh. Tapi bila kau alami ia,aku hanya redha dengan segala ketentuannya. Bagiku mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan aku juga selalu berharap perih itu akan berakhir dengan baiknya. InsyaAllah.




 

January 04, 2011

Kalut..

2 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil
Kalut..
Fikiran setiap manusia..
Tidak dapat ditafsir melalui luaran..
Aku titiskan segala pendam rasa itu..
Agar merempah meruah di ruang ini..
....................................

Kalut,
Setiap jiwa lalu punya rasa itu,
Jangan menipu jika bicara tidak kenal pada bahasa itu,
Manusia leka dan lalai dengan masa,
Hanya meniti keindahan semasa,
Mengukir silap dalam bayang separa,
Tidak sedar agaknya mereka.

Manusia,
Sibuk dengan urusan dunia,
Mereka lupa perihal mereka,
Siapa mereka dahulu,
Yang salah semua terbongkang depan mata menadah hukuman yang berjela panjang,
Yang betul kebumi segalanya dalam-dalam,
Hilangkan ia dengan segala kesan bayang-bayang,
Biar satu jejak tiada kesan.

Manusia,
Yang mengajar semua cerita,
Dari tolol jadi cerdik cergas belaka,
Dari bangang yang kebingungan,
Lahir jiwa bijak pandai,
Tapi semua itu sementara sehingga tanah yang dipijak jelas tidak terasa,
Tinggikah langit itu atas sana,
Entah mengapa bagaikan rasa matahari tidak pernah terbenam jatuh ke bawah.

Manusia,
Bila angin bertiup dihalaunya kata sejuk,
Bila panas di halaunya kata bahang,
Tidak dihiraukan rumput sekelilingnya,
Dipijak mereka satu persatu tanpa sedar bayang mereka,
Semalu pula mula mengucup,
Mengundur diri tanda mengalah,
Membiarkan manusia perihal cerita mereka yang selalu tegak,
Tiada bengkok bak tiang besi utuh di pacak.

Manusia,
Bukan ada makhluk ingin menghalang,
Tetapi sekelilingnya sibuk perihal,
Kau tidak pernah bahagia dengan itu,
Takut manusia kenal bahasa nama alpa,
Bila mula leka teman rakib datang menjelma,
Mengendah sahaja apa yang terbentang luas depan mata,
Dikatakan haram hina bila jiwa melihat dan hati terasa.

p/s: kalut cerita jiwa. picisan cebisan hati bila berkata, manusia kah bila dunia ini tidak pandai menilik. Mengukir pernahkan tanpa usul,diterjah tanpa disergah. Suasana berubah tatkala angin terbang meniup daun kering di halaman. Segalanya berubah,tetapi tidak pernah kelihatan. Remeh tanggapan pertama yang disangka, daun kering lama. Apa gunalah. Bila darjat diangkat elakkan tempat kau jauh dari Rabbi. Jangan diharap diangkat dagunya tinggi. Manusia menasihat bukan untuk menghalang tapi hanya sekadar kata-kata peneman. Tapi semua psti kembali dengan cercaan. Entah dunia hembuskan asap karbon dan tenaga negatif agaknya. Hurm. Busuk. 

-emiL-



November 17, 2010

Manusia!

0 celoteh di sini.




Semua orang pernah lalui kisah suka dan duka korang. Masing-masing punya cerita yang tersendiri. Dan tidak semestinya semua manusia akan merasakan bahagia,gembira atau sedih selamanya. Tetapi setiap perasaan itu berselang-seli datangnya. Manusia tidak pernah menjangka akan kehadirannya tapi jika kita sedar kadangkala ia datang dari sikap atau kelakuan kita sendiri sama ada baik atau buruk masing-masing ada balasannya.

Macam aku kadang-kadang aku hepi bile dekat dengan member,family and bini. HAHA. Entahlah bagi aku dunia ni senang je kalau nak hidup. Korang buat baik korang hepi. Tu je biasa yang aku simpulkan. Aku paling tak suke amik tahu pasal orang lain. Buat apa nak kisahkan orang lain,tak pasal nanti kau pulak di katakan suka menjaga tepi kain orang. 

Tapi dalam gembira aku,ada juga kisah sedih yang aku sendiri tak mampu ungkapkan dan beri jawapan penyelesain. kenapa ye aku tak mampu? Aku rasa kalau manusia lain yang jadi aku tak ada sorang pun yang mampu menerima apa yang aku terima. Atau pun itu cuma andaian aku sendiri. Aku sendiri pun tak faham macam mana untuk jaga hati orang lain sedangkan hati yang kita punya sendiri tiak pernah terjaga. Sakit luka kita juga yang sembuhkan sendiri. Tapi takpelah,kehendak aku juga. Aku kenelah tabah dan sabar even kadang-kadang aku sendiri yang menitiskan air mata. Aku pun tahu aku tak sempurna dan mampu buat orang yang aku syg sedih kalau aku buat kesilapan. Manusia.! Tak Sempurna.! Tipu kalau kau kata diri manusia ada yang sempurna.! Kalau kau kata begitu,layaknya tempat kau bersama Qarun,Haman dan Firaun sana.

Hari ni aku bangun dari tidur sambil tersenyum aku berkata"aku berserah segalanya pada Allah, aku dah berusaha tuk buat yang terbaik". Yelah final lagi and nak jaga hati manusia,semua dalam dunia tiada ada yang mudah. Aku sedar kesilapan aku. Banyak aku telah lakukan kesalahan aku. Dah lama aku pkirkan hal ini sejak seminggu yang lepas. Aku dapat mimpi yang macam-macam. Memang kata orang mimpi itu hanya mainan tidur. Kata orang tua lagilah tidur tak basuh kaki. Haha. Before tidor tu aku dah siap solat isyak kire dalam wudukla.Entah la. Atau tuhan sendiri nak aku sedar,buka mata aku supaya nampak realiti kehidupan. Sedarkan aku dari alam maya supaya berpijak di alam nyata.

InsyaAllah, semua ini kehidupan. Aku suka termenung. Menulis,mendengar lagu,dan amek gambar. Huhu. Hati aku sedikit tenang. Aku suka berfikir tentang hidup, sebab itu yang mengajar aku erti kematangan.

 Bagi aku tiada yang senang atas dunia. Bukan dengan lidah kau dan tangan secara kekerasan kau mampu lembutkan hati manusia untuk patuh pada kau. Tanpa ilmu kau berkata dengan andaian kau ni manusia yang dah sedar,maaflah kau cerminkan diri kau dahulu baru reti kau cerminkan manusia lain. Jangn kau ungkap kata yang manis di bibir tapi tidak pada lakunya. Kebodohan kau jelas terpancar kerana kau mengejar perkara lain dari kejayaan ilmu. Itu sebab kebodohan kau. Dan bagi manusia yang cuba meniru ala kata seorang manusia dia ingin jadi mat salleh,eh sedar lah keturunan kau makan sambal belacan tak payah nak eksen konon kau laki maskulin. Bukan aku jeles atau apa,depan mata aku kau perkatakan agama menasihati kawan tetapi kau sendiri tidak melakukannya. setakat sedar sehari dua. Memang lawakkan manusia.

Itu pun kehidupan jugak. Biasalah manusia indah bahasa dari lakunya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...