Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

June 17, 2011

Hidup Ini Pelangi

Dunia ibarat pentas teater,
Manusia menerusi watak yang berbeza,
Lakonan itu disulami cahaya,
Ada terang dan kelamnya,
Semuanya rancangan manusia,
Mengarah dan mendalami watak,
Tapi yang menentukan jalan cerita,
Sudah terikat pada takdirNya,
Pelakon hanya berusaha,
Tawakal iringan yang terakhir,
Bagi menempuhi episod yang mendatang.




Guwa cuba beralih angin. Menulis sesuatu yang lain. Cuba meluahkan idea yang puncanya dari ilham bukan nama orang. Hehe. Dari sudut bilamana guwa perhatikan. Manusia mudah menghukum sesuatu dan berkata sesuatu. Adakalanya ada di antara manusia terpaksa menerima, redha dengan segala cabaran dan dugaan. ada yang berakhir dengan penuh senyuman di bibir dan ada juga yang pucat lesi bagaikan mayat bila kecewa bak telur yang di hujung tanduk. Entri kali ini guwa sisipkan kesilapan guwa agar mampu jadi iktibar manusia lain. Jika ada yang mahu mengutuk, guwa silakan. Kerana guwa pernah jumpa manusia yang berkata itu hak masing-masing. Guwa akur dengan jawapan dan tidak sekali menghalang. Terima kasih bagi sesiapa yang pernah mengajar erti tersebut agar mata ini tidak pernah menyangkal kebenaran di atas dunia ini.

Adakalanya tindakan itu lebih mudah dari jiwa, adakalanya dengan mulut juga manusia itu mampu binasa. Acapkali guwa fikirkan, sememangnya mudah manusia itu terjebak ke arah sesuatu. Bahkan rakan guwa sendiri pernah menyangkal dengan gah jika kau hunus pisau ke leher aku, aku tidak sekali akan menyentuh rokok walau macam mana pun. Tapi manusia. Semuanya tidak pernah lekat pada kata, percayalah. Agak janggal dan jarang sekali manusia berperilakunya begitu. Seperti puisi di atas, semuanya lakonan yg sementara dan kita harus tunggu di penghujungnya. Nantikan jalannya. Tak semua pelakon bertopeng putih berjiwa suci. Semuanya bagaikan patung wayang kulit. Diarah dia berlakon.

Hukuman yang mana guwa labelkan sebagai satu perkara yang berat menimpa manusia bagaikan bala itu hadirnya tidak pernah kita minta. Pergi tanpa dihalau. Pelik tapi itu yang selalunya terjadi. Adakalanya bila jatuh hukuman itu tidak pernah jadinya zalim bila kena pada tempatnya tetapi berlainan pula yang tidak bertempat. Mengundang satu rasa menjadikan jiwa itu sengsara. Kerna guwa tahu tiada manusia atas dunia ini yang mudah untuk saling memahami. Sedangkan lidah yang rapat dgn gigi pun mampu tergigit, inikan pula manusia. Mustahil bukan. 

Sesalan itu memang timbul pada setiap manusia bila yang sudah ditimpa tangga atau duduk terjatuh. Di saat itu manusia akan baru mula sedar untuk berfikir. Untung bagi mereka kerana diberi petunjuk. Berbeza dengan manusia yang hatinya penuh dengan keegoaan. Ada yang lupa siapa mereka bahkan ada yang gah dengan sahutan seolah Ilahi sentiasa bersama mereka. Mereka lupa silap dan usul di mana manusia dicipta dan mencipta sesuatu luar dari batasan. Mudah berkata tanpa sedikit sesalan dan perasaan. Konon disimpan biar berupa bentuk kaca khalayak yang tidak semua sedari pantulan bayang itu. Ingatlah memang Tuhan selau bersama tetapi tidak pada kita sahaja. Saat kita mula menganiaya dan menyiksa manusia tunggu saja pembalasanNya. Tidak hari ini, mungkin esok atau lusa. Kita manusia kecil perlu sedar kekecilan kita dan seharusnya perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dan relevan. Bukan sekadar ayat adik guwa yang berumur 11 tahun.  Lalu lari menuju hala yang tidak ketahui. Malu. Bahasa tidak melambangkan usia.

Tapi namanya pun manusia. Hidupnya mahu kebebasan masing-masing tanpa perlu dikawal. Bukan zaman atok guwa dahulu yang dijajah. Tanpa sedari banyak kesilapan telah kita ukir. Dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Adakalanya cuba bertahan dan berusaha. Tidak kenal penat dan lesu. Berusahalah sebaik yang boleh. Diiringi tawakal dan nawaitu yang bersih. Permudahkanlah. InsyaAllah.

Hidup ini memang seronok. Tapi awas. Kerana tak semuanya pelangi di langit itu. Kerana ia semuanya yang berlambang cantik itu bersifat sementara. Guwa mendongak langit. Lihat bulan dan bintang ciptaan Maha Esa.  Guwa kagumi kehebatanNya. Lalu tunduk ke tanah, malu pada sang Pencipta. Diri penuh kekurangan. Guwa berhenti di situ. Tidak mengharap sesuatu yang manis lagi. Kerana tanpa sedar pahit kelat juga yang terasa di penghujungnnya.

lensapena.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...