Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

March 02, 2012

Dia, Lelaki, Aku


Berasap, berkepul di sudut ruang bilik itu. Satu jiwa berteman cahaya komputernya sahaja bersama alunan rintik hujan bagai seakan seiring nada yang berkocak di hati. Dia tulis setiap luahan katanya. Bukan untuk bermegah atau menunjuk. Dia tak paling jari pada siapa. Tiap katanya kias semua. Biar manusia tak faham apa dia rasa. Simpati bukanlah cara insan ini meneruskan hidup tapi sakit itu beri erti bagi dia untuk terus bernafas. 






Hiba tatkala memikir. Serabut otak fikirnya. Entah apa dia mahu luah asalkan tiada yang terasa. Kekok baginya beri luahan lagi pada manusia yang punya ributan jiwa cita kosta tersendiri. Takut dihukum terlalu bosan dan mungkin sekali jiwa dia terlalu naif.


Manusia kolot rupanya dia. Dia senyum sebab sakit yang datang buat hidup itu lebih bermakna. Terus menerus sakitnya datang bertalu talu. Namun dia terima seadanya. Jadi mayat hidup telan segamaknya. Paling kesemua arah tetap sama. Cakap apa sahaja tetap sama. Di matanya manusia itu sukar dilentur olehnya. Mungkin dia bukan yang sepatutnya untuk dikenali manusia.


Dia buka, imbas kembali satu persatu kata. Memang indahnya kata manusia itu lempar tapi ia ibarat serupa bila dia lihat gelagat pada mana insan tetap lebih kurang sama. Dia menjerit kuat tapi malang pada zahirnya. Perih kata 'tak bolehkah kalau hidup manusia ini cuma ada satu' tapi jerih kata 'biarla itu kemahuan manusia bukan tak cukup pada satu tapi mungkin barangkali sudah terbiasa bergaul dengan cara begini tanpa memikir ia bakal membunuh jiwa yang lain' namun hati kata'simpan dan diam. Jiwa sentap tatkala hati berkata begitu dan ia cuma mampu terkulai layu terdampar dan bunuh semua rasa walau ibarat menjerut ia ke tali gantungnya sendiri.



Semuanya terkatup. Tak dapat diubah lagi. Mulut tidak akan berkata lagi. Senyap seribu bahasa tanpa satu kata. Dia kata 'aku bukan pemimpin atau bangsawan punya harta bila kata semua dengar'. Ya dia akui itu semua ' sebab itu aku kata manusia tak mampu ikut walau dulu manusia mampu dengar tapi itu orang lain sebab orang itu punya harta dan apa kemahuan manusia sama ada yang secara terhad walau harganya tinggi manusia mampu dapatkannya tapi aku semuanya tak mampu. Secara tipikalnya dia buat isolasi manusia mampu bebas berkata dan buat apa sahaja.


Dia termenung, bertalu pilu perih itu ditelan hidup hidup. Sampai bila mampu begini? Terus menerus hingga mati? Manusia tetap melayan kerenah manusia yang dianggap begitu sahaja tanpa ada sedikit pun memikirkan keadaanya. Perlahan dia lukis bentuk selempar tali. Diikuti bulatan lengkap dan ditonjolkannya ikatan kemas. Di tengah itu cukup gambarkan nombor yang tak di duga menanti dirinya. 


Senyap. Asap kepulan itu padam. Sedikit calit di tangan membentuk palit luka. Kebas, sakit itu tak terasa lagi. Dia senyum, kebal agaknya. Sebelum kalam di tutup dia menulis ulasannya tersendiri. Aturan hidup yang tiada depannya seperti duduk di panggung mengimbas perih yang lama. Mata terpejam. Rembesan jantan jernih menitis.


Lelaki yang susah berkata lagi. Dia sudah penat untuk bersuara, menduga sikap manusia itu yang tidak menentu hala. Biarkan sahaja rela begini, sakit separa ini cukup akan berhenti bila tiba masa dan waktunya. Mungkin tatkala tiba masa itu, apa pernah aku sampaikan pada waktu sunyi malam itu diimbas kembali semula. Tapi jangan manusia pernah menyesal sebab aku bukan manusia sempurna. Tak perlu ingat jika aku sudah tiada. Cuma apa aku mahu, sekian lama sakit ini dipendam, berjuta kali diulang, pelbagai jwapan dilontar jadi hukuman kejam untuk hati dan jiwa,tanpa sedikit belas. Semua ini telah aku maafkan seikhlasnya.


Dalam harapan,lelaki itu duduk mendengus sakit ini tidak akan ditayang secara umum. Di sini cuma luahan batil yang tidak mampu dilihat segenap manusia. Kalau dilihat pun belum tentu difahami. Persona lelaki itu adaptasinya letak tempat pada diri aku sendiri. Diam tanpa kata, jangan gusar manusia. "Semua ini khayalan shj biar aku kumpul nanarnya tanpa sejuta kata, dalam harapan dan doa biar ada manusia lebih baik yang bisa merubahkan segalanya. Dan ia bukan aku"


Yang merubah segalanya bukan aku. Sebab dia adalah lelaki. Dan lelaki adalah aku. Manusia sama yang tiada nilai katanya pada manusia. Biarkan lama lama ia pudar dan menghilang. NOkhtah.








lensapenaemil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...