Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

November 18, 2011

Hati Yang Kuat


Pada lewat malam begini aku mula menulis, timbul ayat ayat ilham dah lama aku tenggelamkan dari dunia realiti. Aku bagai jiran dan sahabat lain. Mati bernyawa sebenar. Mati jiwa kata mereka. Aku begitu juga rupanya terkelu jiwa bisu ayat utk berkelumit. 

Selepas belayar melabuh jiwa dengan minat, bergolak dalam hati mana jiwa yang dulu. Aku lupa tatkala aku gembira. Perkara yang sentiasa mengajar aku tentang erti apa itu sesuap nasi. Tatkala aku masing berbaring bingkas bangkit lalu membuka lelaman aku ini. Meluahkan segala jiwa rasa. Ada sedikit cerita tapi aku fikir biarlah berguna. Takut barangkali rosakkan jiwa manusia lain. Aku tak mahu.Biar sedikit ta merapu dan bermanfaat. Manusia ta baca pun tak mengapa, aku tak minta. Biar ikhlas baru mendalami dengar jujur. 


Sekelumit kehidupan aku kini bermula dengan agak baik, barang kali ramai juga manusia yang berasa sedemikian. Jikalau itu dirasa bersyukurlah padaNya. Bukan di sini aku cuba menjadi ustaz mengajar kelas agama tapi hanya sekadar mengingatkan diriku yang adakalanya terlupa. Adat manusia kurang ilmu dan sempurna macam aku ni sentiasa pelupa.Bertalu dalam hati beristigfar. Biar bukan pilihan yang aku akui bukanlah orang baik tapi biar aku cuba berusaha.


Seingat aku beberapa bulan lepas aku berduka bagaikan kehilangan jiwa tapi aku sedar Tuhan itu sentiasa ada kenapa akal aku tak begitu celik untuk memikirkannya. Aku tenggelam sebentar sehingga satu rasa menujah dalam jiwa berkata cukup setakat itu dan beralihla. Aku minta pendapat teman dan mereka berkata andai kita sudah berusaha untuk membuat manusia gembira sudah cukup, andai mereka tidak suka redha tapi jika mereka menghalau apakan daya pergilah dengan rela. Kata mereka kerana satu hari aku akan sedar tiada lagi sesal berbunyi di sana sini berkumat kumit mencerita segala cerca. Biarkan sakit menujah kerana ada yang memahami dan sentiasa melihat. Sabar jadikan pengangan.


Bagaimana kalau manusia dalam dunia merasakan sakit? Adakah kamu meraung atau kamu bersimpuh di sejadah memohon padaNya keampunan. Mungkin juga ada manusia yang hanya berkata di bibir. Ya aku jenis manusia ini dahulu, aku hanya berkata tapi jarang melakukannya. Aku manusia alpa kerna pelupa itu aku tenggelam. Aku bukan sengaja tapi kekurangan ini selalu jadi beban. Lanjutan itu Tuhan menghukum aku atas segalaNya.


Bila terduduk jatuh aku teringat tatkala itu aku duduk di anjung luar bilik keseorangan jam 3 pagi. Menitiskan segalanya,meluahkan perih sekuatnya. Membakar sekala yang ada memadam sakit itu segalanya biar terhapus semuanya. Aku keletihan dan waktu itu aku membasahkan tubuhku dengan air sambil memasang nawaitu. Berkumat kamit dalam gelap memohon jalan terbaik dan aku pejam mata rapat biarkan angin itu lalu pergi jauh. Aku hembus biar apa terjadi tidak kembali dan pasti tiada siapa sesali. 


Berbulan lamanya menyepi diri, aku menyibuk diri dengan teman. Tatkala itu bagi aku teman tak salah tapi entah mana rasa yg terluak. Suratan agaknya aku mula gembira dalam duka. Teman aku panggil tapi dia rapat, ceritakan tentang kehidupan. Mengajar aku berdikari dan sedari setiap kesilapan aku. Ya aku akui jika kita lakukan kesilapan pasti ada hukumannya. Masa tu aku anggarkan mungkin ramai yang mencerita cerca buruk aku. Aku terasa saat itu tapi biarlah manusia ingin berkata dan menghukum luarannya. Aku bersalah kerana dosa silam. Biarlah orang cakap kita diam sajalah. 


Berbalik pada teman itu yang aku panggil rapat, entah sampai satu masa aku dapat rasa jiwa itu punya persamaan sama. Kami ditinggalkan dan kerana itu jalan cerita manusia yang punya nasib sama macam kami mula berkawan. Bercerita kisah masing, keadaan sama cuma orang berbeza. Menasihati biasalah aku berkata agar dirinya juga kuat. Dalam masa itu aku mula mendapat diriku kembali agar kuat. Demi ibu bapa aku tak mahu kecewakan mereka. Aku bukanlah anak yang mewah punya harta. Adat untuk aku berbicara sederhana.


Setiap manusia punya pendapat dan cerita. Berjuta warna yang mecerminkan rasa yang layaknya akal manusia menentukannya. Yang pasti kini aku kembali punya deria rasa tak kekok rasanya berjalan di muka bumi. Jangan terlau gah berjalan dan berkata itu aku pegang saat kini. Setiap tutur kata dan langkah harus diperhatikan supaya tidak terjerat diri sendiri. Aku tak mahu mati bernyawa lagi mana rasanya hidup tak punya jiwa. 


Terima kasih dan syukur padaNYA kerana aku kembali mengukir senyuman. Hidup rasa dan jiwa itu sekali lagi bernafas untuk meneruskan kehidupan. Menulis tiap titipan kehidupan. Aku menulis bukan menarik mata mata manusia tapi aku cuma berkongsi jiwa sebagai manusia. Bila kau sedih apa kau lakukan. Jangan melakukan kesilpan dan jangan angkuh berkata ya jika jawapannya tidak. Akui kekurangan dan kelemahan. Cari kegembiraan yang ingin dirasai macam kebebasan hidup yang dicari. Melangkah perlahan kaki dan tangan mendepa seluas yang mungkin. Menghela nafas keluar tanda lega aku bukan bergelumang dalam kancah rencah duka lagi. Pada teman yang aku panggil rapat satu hari aku akan tunaikan yang terbaik. Belum tiba untuk mengurai sepenuhnya kerana kini aku tak punya apa. Apa guna hati cinta kasih jika tidak berilmu tinggi. Biar aku berjaya dahulu dan masa itu azam aku tunaikan menjadi sah hidup bergantung saling berkait jiwa tidak sepi hati merasa gembira. Itulah yang aku cari, kedamaian. 

Aku hidup kerana aku punya satu hati. Dan dia sangat kuat. Aku gembira,tersimpul sengih di hujung bibir ini. Percayalah..






lensapenaemil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...