Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 16, 2011

JIWA | AKU LELAKI PADA RASA







Perasaan itu datang entah tiba-tiba ia menjelang. Aku sedikit kabut memikirkannya kerana takut dari khayalan menjadi nyata. Manusia macam aku tak punya apa-apa. Hanya seorang insan biasa yang cuba melakar warna pada dinding putih. Persoalannya adakah aku mampu jika hanya berbekalkan kata sahaja. Rasa datang lalu aku menulis. Biar luah sebagai tulisan pena sendiri, biar aku sendiri cuba mengolah dengan mentera di minda berputar mencari jawapan.

Adakalanya aku hanya fikir mungkin hadir sebagai gurau senda. Bila sudah datang beribu kali, ia menusuk ke dalam firasat aku. Cuba berkata barang kalinya ia mungkin datang sebagai senda tapi jangan hairan bila ia jadi nyata. Mitos atau nyata itu belum aku mampu rungkaikan. Bila perhatikan sejarah aku akui ia mungkin ada betulnya menjadi nyata kerana apa yang mampu dulu semua diterima. Tapi aku ada apa?


Bila fikir apa aku ada, cuma sehelai kata. Entah berguna atau tidak. Kadang aku cuba berkata baik biar hati ini sedap kembali bagi tenang pada jantung untuk bernyawa. Tenang seketika. Syukur aku tak lupa pada yang Esa kerana anugerah dariNya buat aku selesa. Bahagia tak terkira.


Di balik semua aku harus berjaga kerana bukan apa takut di balik senyum datangnya bala menimpa. Semua yang pernah berlaku buat aku berjaga-jaga. Bukan tak percaya tapi takut bila jadi nyata aku tergagap seribu bahasa. Lemah betul bila fikir semua ini. Dugaan barangkali Tuhan nak beri. Yang pasti aku teramat menjiwa rasa itu pada dia. Jiwa yang aku peroleh darinya terlalu besar dan penghargaan berjuta kata tak terkata aku berikan. Ikhlas dari lubuk benak hati ini menyampaikan.


Awak, ikhlas itu tak kira apa sahaja tetap diterima tanpa kata. Tidak kira besar atau kecik bentuk rupanya. Mana mampu insyaAllah saya tunaikan. Maafkanlah jika pemberian sekecil itu tidak mampu menandingi apa yang pernah dikirimkan kepada awak terlebih dahulu dari saya. Saya bukan empunya badan yang punya segalanya seperti mereka. Saya manusia biasa. Apa mampu saya berikan. Saya berusaha yang sebaik mungkin jika saya mahu dan mampu. 

Mungkin tatkala waktu ini jiwa dan rasa itu mampu saya luangkan pada awak. Itupun bergantung waktu dan jarak. Adakalanya senyap seribu bahasa itu membuatkan saya terfikir adakah mampu saya untuk mencoretkan renda kata yang indah dalam hidup awak. dan sebaiknya ia bukan hadir sekadar kata tapi biar ia jadi catitan penting bagai ukiran yang terpahat kemas.


" Biar hadir bukan sekadar sementara. 
Dan hadir itu jangan datang pada kata. 
Biarkan ia diberikan sesuatu yang nyata. 
Bermakna ada tanda pada cerita ia bukan bohong atau palsu. 
Barangkali punya makna sebagai tanda ikhlas dan erat sepanjang masa. 
Tak mahu renggang walau tak kira masa dan dimana kerana  tidak  menjadi ukuran penentu segalanya.

Apa yang dimahukan biar cerita yang baru tiba.
Dia juga mahukan cerita baru itu juga.
Cerita baginya adalah penamat nyata hidup baginya.
Bukan sekadar atas dunia tapi ukhrawi yang selamanya.
Biar jadi teman setia bukan kerna materialistik pada mata tapi pada hati dan jiwa.
Buat teman di sini dan sana kelak kau di sisi aku selamanya. "


Ini soal jiwa bagi aku sebagai lelaki dan curahan segalanya tentang rasa. 



lensapenaemil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...