Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

September 28, 2010

sebermulanya satu kehidupan

Hidup ini mungkin adalah diari kehidupan.

Kadang-kadang kita berada di satu tempat yang mempunyai gambar yang indah. Kita lalai dengan lagu yang merdu. Menjadikan kita seseorang manusia yang paling bahagia. Kita ada kwan-kawan dan segalannya. Tapi kadang-kadang kita sebagai manusia juga selalu melakukan kesilapan. Tidak semua manusia itu sempurna. Semuanya pernah melalui suka duka hidup. Pernah melakukan kesilapan sehingga kadang-kadang kita sendiri tidak perasan yang kita telah melukai hati orang yang berada di sekeliling kita.

Semua itu berlaku tanpa kita sedari. Kita tak akan pernah sedar kerana kita sebagai manusia punyai ego. Kita akan selalu menegakkan diri kita sebagai penegak kebenaran. Kita akan akui apa sahaja kita lakukan semuanya sempurna dan semuanya benar.

Tapi sedarlah wahai manusia. Hidup ini tidak selamanya. Selagi belum jatuh terduduk hayatilah diri anda fahamilah nurani dan jiwa anda sebenarnya. Tanyakan pada diri anda. Adakah ini yang perlu saya lakukan? Adakah ini jalan yang benar? Sedar dan bangun dari tidur kerana mimpi anda bukan selamanya. Anda hidup di suatu dunia yang realiti. Fikir setiap perkara sebelum anda lakukan. Fikir akibat tindakan anda. Jangan sekali melakukan perkara yang buruk yang bakal balik kepada anda.

Setiap perkara ada hikmahnya dan ada pulangannya.

Jangan sekali kita sangka yang kita sudah melakukan yang terbaik dan menganggap tiada seorang pun yang tahu. Tetapi hanya tuhan. Jika itu yang anda fikir,anda silap. Setiap perkara yang anda lakukan selalu menjadi tv yang mnjdai tatapan umum yang akan menilai anda.

Jangan sekali melakukan kesilapan yang kedua atau ketiga. Bangun dari tidur dan sedari apa yang anda lakukan. Akuilah kesilapan anda dan sedar. Kemaafan itulah yang sebaik-baiknya. Kerana setiap agama mengajar umatnya untuk saling bermaafan tanpa sedikit pun menyimpan dendam.

Fikirlah..
Renungkanlah..

Pilih jalan yang bercabang..
Sama ada anda mahu pulang kembali membetulkan kesilapan anda tanpa menunggu balasan atau anda ingin pergi ke jalan baru dan terima apa sahaja dugaan baru.?

Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak sedar yang diri kita selalu melakukan kesilapan. Jangan tunggu sehingga sampainya satu ketika kita akan duduk menyesali dan menangis. Lupakan ego dan semuanya, berlaku baik dan jalani hidup yang biasa. Manusia ini semuanya setaraf dan sama. Tiada lebih atau kurang. Pangkat dan harta tidak membezakan seseorang,tetapi hati adalah segalanya.

Hargailah diri anda,kehidupan anda dan berjanjilah kepada diri untuk selalu berlaku baik dan tidak akan sekali melukakan sesiapa. Kerana setiap orang disekeliling anda amat menyayangi anda. Mereka akan melihat kita seperti tv dan akan menilai sama ada rancangan ini bagus,seronok,membosankan atau bakal dibenci.

so?sedarlah..bangun dari tidur anda.

Dan fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...