Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 09, 2010

Budak Zaman Sekarang

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil

Kali ini aku nak cerita pasal suatu kejadian petang tadi. Terkejut beruk aku bila lihat adik aku yang berusia 9 tahun sedang berfacebooking. Haha. Siap ada group kelas dia lagi. Wow,dashat budak sekarang ya. Cuba tanya siapa yang ada adik tu, ada tak facebook and try tengok kalau ada. Jangan terkejut jika adik kau orang lagi genius teknologi dari kau orang. Haha. Jangan jeles pula tau.

Macam biasalah remaja sekarang. Alah kadang aku tengok budak usia 5 tahun pun dah ada facebook. Maju sangat zaman sekarang ya. Yelah teknologi semua dihujung jari.  Teringat zaman dulu, budak seusia macam tu keluar petang main bola sepak kat padang,main gulilah, ting-ting. semua dia orang main. Tak kira kampung ke bandar sama sahaja.

Biasalah  zaman tu tak moden lagi macam sekarang. Komputer pun besar gedabak kan. Haha.. Zaman sekarang kau orang semua dah ada laptop sendiri kan..kan..kan..  Kau orang asyik mengadap laptop hari-hari,tapi kau orang tak perasan adik kau sibuk ngendeng sebelah tengok abang atau akak dia buat apa. Tu sebab dia orang pun rasa macam nak try. Cam best je, tu lah nada hati dia bersuara. 


Tapi satu peringatan penting bila kau orang dah ada facebook ni. Nak tulis apa memang hak kau orang. But ingat bangsa kau orang masing-masing. Jaga adab dan bahasa. Itu penting. Nak maki hamun boleh but bahasa tu guna otak dan akal. Sebab kau orang bukan binatang yang main tanduk saja bila hati panas. Semua orang baca, jika yang ada sebaya dan sealiran dengan budaya kau boleh la dia faham but bagi orang yang punya maruah dia akan berfikir sebelum menulis atau berbicara apapun. Sebab dengan gaya anda bercakap semua orang menilai siapakah diri anda. Mungkin kau akan cakap pedulilah orang nak kata apa dan kau akan cakap aku punya suka, aku punya hak, kau kenapa sibuk. Ok fine. Aku jawab. Bila orang cakap kau ada maruah kau kata ada. Ok kau jawab macam tu but dengan cara macam mana kau buktikan yang diri kau tu bermaruah. Ingat tu? 

Aku bukan nak menyibuk dekat sini bersyarah panjang lebar macam nenek kebayan. But aku sedih sebab budak zaman sekarang bubuh dekat facebook dia orang macam-macam. Ok, fine bagi dia orang ada style and cool. But bagi aku dah macam kebaratan sangatlah kau ni. Stop it.!

Lagi-lagi orang melayu. Agama Islam. Tapi semua tu aku tengok just nama. Attitude semua hilang entah kemana. Cakap main hembus tanpa adab dan tutur yang sopan. Tongong aku cakap. Kali ni biar aku cakap peduli aku nak sebut apa. Nak cakap aku apa, cakaplah. 
Jagalah nama melayu, nama Islam. Nak buat apa fikir guna AKAL kau. Jangan NAFSU.

Penat dah bersyarah, cukuplah sampai sini. Aku bukan suka sangat membebel. Ada kerja lagi yang perlu aku laksanakan. Maaflah kalau aku terlalu berkasar di sini. tak terdetik jiwa dan raga nak makin hamun di sini. Sebagai seorang Islam yang juga serba kekurangan aku pun sayang saudara Islam aku tahu.! Tak kisah kalau kau nak lakukan apa sebab kau kata hak kau. Ok. Aku tak kata terima tau. But aku nak mintak tolong suka hati kau lah, but pls jangan sekali kau bangga dan tayang apa yang kau lakukan. cukup. 

Sekian.





DUNIA KINI HEBAT,
MAJU,MODEN DAN SERBA BOLEH,
HIBURAN JADI RAJA,
POPULARITI JADI REBUTAN,
GAYA JADI IKUTAN,
ALA BARAT KATA MEREKA,
JIKA TERCICIR ALAMAT KAU TERGELINCIR,
KE BELAKANG MUNDUR,
TAPI SEDARKAH KAU,
SEMUA SUDAH SESAT,
JAUH DARI JALAN,
MULUT KATA TUHAN,
HATI KATA DUNIA,
MUNAFIK KE JALAN YANG KAU PILIH?




6 comments:

  1. yes setuju.
    haha adik ain ,
    tahun dpn form 1 pon ade fb dh.
    yg 5 thn pon ade. but dye x rety laa nak lebih2. cuma dye rety buat emoticon jee haaha yg thn dpn form 1 tu , hebat dahh. cuma x la serancak kita. haha comel je dorang.

    nak marah boleh. seeloknya , berlapik.
    well , bahasa mencerminkan peribadi kan? "D

    ReplyDelete
  2. mare sggh emil kte nih ea..tp bese ler org melayu bggo dgn po yg mereka wat haa..xpduli bgsa n agame..ishhh

    ReplyDelete
  3. wooo...so adcanced ur brother emil..haha..
    btw,nice pic..i like the photo...

    ReplyDelete
  4. ain: haha. btol tu. budak2 skg cggih. mrh? aku mrh bukn apa. bgsa aku sndri bgga sgt apa yg dorg dpt buat n tayang.kalau bnda btul xpe.but yg ala mat saleh tu.

    sarah:den bukannya apo.kwn den tgur pmpn dlm fb gne bhse baik2 nak marah.jgn gne kte kesat. pmpn tu leh ckp kwn den ni laki kmpg lah. suke htla. panas.

    yan: haha,xdelah sgt. bese2 je.


    maaflah semua kalau rse aku mcm mengamuk. bukan apa aku nak cakap dpn2 aku rse kerdil.xlyak. sini saja tmpt aku hmbus semua.

    ReplyDelete
  5. sme la dgn adek sye, umo 9taon.
    sgt cool sbb die post wall and video tanpe diajar?

    ReplyDelete
  6. haha. 9 thun dah pndai ye. hebat.!
    akak dia apa lagi.lg pndai.huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...