بسم الله الرحمن الرحيم
Hati,
Berdarah lagikah engkau,
Barangkali tenat agaknya,
Berapa kali agaknya kau sesak begini,
Sedu sedan menghirup nafas,
Tersekat di halkum agaknya,
Sakitkah engkau untuk telan segalanya,
Pedihkah engkau untuk meratapi jiwa manusia.
Hati,
Jika ku tau kau cedera,
Aku pasti ia angkara jiwa dan prasangka,
Kalau dulu tuhan ciptakan aku,
Pasti aku tolak segala jiwa dan rasa,
Musababnya kerna aku tak ingin kau terluka,
Pasti meronta kau terseksa,
Kerana rasa datang tak kira masa,
kau juga yang menahan dan menerima.
Hati,
Semuanya angkara aku,
Mengguris kau tanpa ku sedari,
calar balar rasa tubuh kau,
Meratapi dalam diam sunyi gelap,
Kau redha tempuhi semuanya,
Semua gara setianya rasa.
Hati,
Tapi tanpa ada mata yang melihat,
Semua beranggapan kau korban hanya sia-sia,
Tanpa sedari kau makin melarat,
Tenat dan nazak kau rasa,
Kesorangan kau tatapi perjalanan kehidupan ini,
Kusam dan kelam jiwa makin jelas terhimpt,
Semuanya hampir berakhir saja,
Tapi kau halangi semuanya,
redah segala sakit,
Anggap semua dugaan yang Maha Esa
Hati,
Maafkan daku kerana membuat kau berjujuran airmata,
Menahan segala duka,
Kerapkali kau terluka,Tapi kau terima segalanya,
Dengan tabah kau meredahnya,
Barangkali kerana kau punya rasa,
Takkan pernah putus asa demi kata,
Rindu selalu kau lafaz menjadi bicara,
Walaupun selalu diremeh di mata manusia,
Kau tetap setia.
Hati,
Aku kagum dengan semangat dan jiwa,
Beban sakit yang kau pikul,
Tidak pernah hilang dan ringan,
Tapi kau tidak pernah merungut pada sapa,
Melainkan pada tuhan yang Esa,
Tidak mahu melibatkan sesiapa,
Takut menyusahkan manusia kelak harinya,
Semua kau redha menerima,
Sebagai ujian Maha Esa,
kau yakin akan semua,
pasti satu hari ada jawapnya.
InsyaAllah.
p/s: nukilan yg aku tulis bukan ku tuju pada siapa. Setiap manusia pasti punya jiwa dan rasa. Pasti pernah rasa luka dan seksa. Yang menanggung semua hati manusia. pedih rasa bagaikan ditikam pisau yang tajam ke dalam badan. Tidak tertahan rasa,ingin mati pun ada. Tapi kerana mengenangkan agama dan keluarga, hidup pasti diteruskan jua. Hargailah apa yang kau ada. Syukuri pemberian Tuhan Yang maha Esa. Jika kau tidak sedari,jangan sesali jika nikmat itu Tuhan tarik suatu hari nanti.
-emil-
Salam
ReplyDeleteLuka dan siksa juga satu nikmat rasa. Jika tidak cuba untuk menikmati, kamu tidak akan tahu bagaimana untuk mengubati.
Tabahlah dan kamu akan sembuh.
Redhalah dan kamu akan temui ketenangan.
Salam
ReplyDeleteterima kasih saudari.
saya menulis bukan kerana diri.
Tapi mengenali dunia yang punyamanusia berbilang ragamnya.
Masing-masing punya rasa dan firasat.
Kesabaran dan ketabahan itulah makanan hati. Mengawal diri dari sifat amarah.
InsyaAllah.