Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 13, 2010

Hati Dan Perasaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil



Hati Dan Perasan satu persaudaraan yang pasti ada pada setiap manusia. Tapi setiapnya pasti ada persefahaman yang tersendiri.  Aku cerita ini pun bukan untuk jiwang karat meleleh dekat sini. Tapi sekadar bercerita tentang apa yang jiwa aku lalui. Saat sekarang yang sangat sukar untuk aku lalui. Hendak bercerita rasanya tak perlu aku libatkan manusia lain. Itu perkataan yang selalu mengingatkan aku. Tidak kira kau rasa apa. Tapi aku pelik manusia ini. Bila kau berjaya suka sahaja kau menghebohnya pada orang. But lain pula bila kau jatuh senyap sunyi sepi. Lain pula bila senang, ramai manusia lupa daratan. Tapi bila susah ada sahaja tempat manusia bertatih mencari teduh. Kadang ada yang member yang tak pernah tegur sangat pun kau sebat mintak tolong tapi bila kau senang orang minta pertolongan kau lupa. 

Manusia ni senang untuk mengeluarkan hukum. Ikut hati mereka berkata. Entahlah,apa yang aku rasa sndiri pun dah cukup pedih. Aku hanya mampu bersabar. Yelah aku tak nampak dan aku tidak boleh menuduh sebarangan. Fitnah namanya. Tapi dalam kesabaran ada hadnya. Sampai bila aku perlu rasa sakit. Hendak aku lepaskan dunia ini baru hilang semua rasa itu? Aku sendiri buntu dan dilema. Aku rasa diri aku terlalu lemah. Mudah untuk dunia memperkotak-katikan aku. Aku cuba melawan tapi aku tak mampu. Aku kawal perasaan aku. Cuba untuk tidak marah dan cuba untuk memahami.

Tapi adakah dunia memahami aku? Adakah aku selalu keseorangan. Aku pikul satu tanggungjawab yang sangat besar dan tidak sekali aku akan melepaskannya dengan dunia yang penuh dengan hebahan keseronokan duniawi. Aku perlu sedar,susah bagaimanapun tidak pernah aku anggap itu adalah beban dalam hidupku. Walaupun kadangkala aku menangis kesakitan tapi aku tidak menyuarakannya. Aku hanya memendam rasa kata pada hati sabarlah. Aku tidak ingin libatkan manusia lain. Biarkanlah aku begini. Bersabar hanya itu kekuatan yang aku ada. Menjerit sendiri dalam hati kecilku.

Hati,
Sabarlah dengan ragam dunia ini,
kadang kau rasa sakit,
tahanlah sedalamnya,
hingga pecah kedalamanya,
kawal jiwa dan minda kau,
agar kau kuat sentiasa,
jauhkan dari segala syak wasangka,
jangan sekali kau pernah libatkan manusia lain,
kerana dunia ini sukar untuk kau fahami,
dan sukar juga bagi dunia tuk fahami kau,
saling bercanggah,
kontra selisihnya di sini,
adatlah,
tidak semua punya rambut sama hitam,
tidak semua punya hati yang sama darah,
tidak semua punya kulit sama warna,
tidak semua punya lidah untuk bersuara yang sama,
masing-masing punya kerenah dan kehendak,
kepentingan yang tersendiri.
Sabarlah wahai diri.
Teguhkan jiwa dan imanmu.
InsyaAllah.


Sekian. Nokhtah.!




P/s: aku hanya mampu bercerita tanpa membawa watak. tapi dengan hanya aku kenal dunia,aku bawa satu sifat dan jiwa menemani aku untuk bertatih perlahan atas dunia ini. Kau tahu itu apa? Sabar dan syukur dengan apa yang aku terima. Aku tidak pernah untuk merungut. Kalau aku susah aku sabar,kalau aku senang aku pun sabar. Tidak perlu terburu dalam hidup ini tapi aku perlukan usaha. Itu jadi pegangan aku. InsyaAllah aku akan terus bersabar. Aku akan teruskan perjalanan dengan dunia yang penuh dengan liku-likunya. Sedari diri sendiri,tiada siapa yang memahami diri kau melainkan kau sendri. Rambut sama hitam tapi hati siapa tahu?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...