Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

February 01, 2011

BANJIR


بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil

Perihal di mana tempat aku belajar. UiTM Segamat mulanya kecoh dengan percik air mulut manusia busuk yang bilang kecoh pilihan raya sana sini. Entah apa mereka laku agaknya ni palit Tuhan beri kat manusia bila asyik sama dunia. Aku hanya mampu melihat dari jauh dengan mata sekadar menjeling. Biarlah.

Entah sejak laku panasnya pilihan raya dekat kawasan Labis tu makin meriah aku tengok hujan merintih rancak. Biarpun sikit kata orang lama-lama akan membukit. Dan akhirnya kini telah pun banjir. Wah. 



Setahu aku air mula naik paras masa hari Jumaat yang mana hujan tak berhenti, aku yang tinggal di hostel asrama UiTM pun masih tak berganjak tunggu keesokan harinya Sabtu. Tiba hari Sabtu, aku nak gerak balik rumah dekat JB sebelum pulan tu Tuhan gerakkan hati aku pergi tanya member yang balik semalaamnya. Dorang kata banjir. Aduh. Aku apa lagi terus amik keputusan gerak ke Tangkak, naik highway sana. Pehh makin jauh and lambat lah sampai. 



Dalam perjalanan tu punya la hujan semeriahnya. Memang tak lebat tapi dia tak reti nak habis agaknya. Menitik-nitik bunyinya. Bayangkanlah kalau dua tiga hari tak dapt tengok matahari langsung. Gila kalau kata tak rindu. Haha. Nasib baiklah aku tak tersekat dengan banjir. Idea bernas before mulakan perjalanan tahu tentang cuaca dan keadaan jalan. InsyaAllah selamat.




  • Aku berharaplah selang berapa hari ni hujan dah mula serik nak turun. Kejap ada kejap ilek. Macam chipsmore. ok lah tu. dah boleh aku basuh baju. Cepatlah kering ya. And air dekat segamat tu cepatlah susut. Kesian aku tengok orang dekat sana. Dan bagi manusia yang ada tanda pelajar UiTM Segamat macam aku pun harap dapat balik sana habiskan study on time. Kami tak mahu extend2. Sebab tak mahu lagi banjir. hehe.



8 comments:

  1. MOga cepatlah banjir tu surut hendaknyer... amin.

    cuti lah yer??

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah cikgu Nizam.
    haah. cuti raya namanya.
    Selamat raya juga ya cikgu.

    ReplyDelete
  3. banjir rupanya kt segamat...skrg hujan jer emil...=(

    btw,pic ke3 tu awak snap sndri ker?
    so wonderful lorh..

    ReplyDelete
  4. yup. tempat study saya banjir.
    eh pic tu bukan lah. tak sempat pun nak snap.
    time tu fikir nak balik aje.
    ni dari blog kwn2 kampus saya.

    ReplyDelete
  5. oo..ingat snap sndri..cantik la pic tu..

    skrg ade kt mane ni??

    ReplyDelete
  6. hehe.
    sy punya gmbar mana ada cntik mcm itu.
    skrg berada di jb sudah. sini pun hujan lagi.
    kamu di mana?

    ReplyDelete
  7. Laaa...boleh jer klu emil nak snap pic macam tu..hehe..
    sy kt shah alam jer...
    anyway..keep it up friend..=)

    ReplyDelete
  8. haha. insyaAllah. one day who knows.
    ok thx my dear friend. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...