بسم الله الرحمن الرحيم
LENSA DAN PENA
Lensa Dan Pena
Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.
Yang Menulis
- Emir Emira
- Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
- Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)
Ada orang ikut
Sedang melihat..
Mengendap Sini
May 10, 2011
May 09, 2011
Hitam Dan Putihnya
بسم الله الرحمن الرحيم
Greeting From Emil
Hitam Putih,
warna yang aku lakar atas kertas,
Putih kertas itu suci,
Aku cuba palitkan warna merah,hijau,jingga,
Tidak lupa biru, indigo dan kuning kalau tidak silapnya,
Tapi setiap lakar itu punya suratannya,
Yang pasti setiap permulaan ada pengakhirannya.
Hitam Putih,
Aku contengkan segala pelangi indah atas pentas norma manusia,
Agar ia sentiasa ceria di mata,
Gembira dan riang cerita di sebalik tadbirnya,
Tapi kadang palitan itu sentiasa tidak kena,
Putus serta merta tiada rungkaian selanjutnya,
Timbul persoalan ribu riban jutanya.
Hitam Putih,
Aku titiskan warna biru dingin,
Aku salutkan dengan warna merah hijau suam,
Menyentuh jiwa raga,
Perasaan manusia pelik dan bagai warnanya,
Aku titipkan setiap satu persatu warna persis kehidupan,
Tetapi segalanya kembali hilang pudar hidupnya.
Hitam Putih,
Walau berjuta aku cuba warnakannya,
Yang baliknya tetap hitam juga,
Ditadbirkan dengan putih jiwa manusia,
Hitam juga kekal selamanya,
Hilang segala warni warna itu di langit jigga,
Aku dilema,
Rungkaianya sukar ku celoretkan,
Kerna setiap warna ku lakar,
Pasti hitam dan putih jawapannya.

April 21, 2011
Penantian
بسم الله الرحمن الرحيم
Greeting From Emil
Bulan dengarkan lantunku
Bintang temanilah aku
Terangi gelap malamku
Aku ingin engkau tahu
Ku kan selalu menunggu
Hilangkan rasa letihku
Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku
Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu
Rindukan tawamu dalam hatiku
Hanya dirimu
Beri malamku yang menghiasi jiwa
Yang rapuh
Terlalu merindumu
Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku
Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu
Rindukan tawamu dalam hatiku
Ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
Hingga hati itu
Kan jadi milikku
Bintang temanilah aku
Terangi gelap malamku
Aku ingin engkau tahu
Ku kan selalu menunggu
Hilangkan rasa letihku
Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku
Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu
Rindukan tawamu dalam hatiku
Hanya dirimu
Beri malamku yang menghiasi jiwa
Yang rapuh
Terlalu merindumu
Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku
Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu
Rindukan tawamu dalam hatiku
Ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
Hingga hati itu
Kan jadi milikku
March 31, 2011
Outdoor Photography Workshop
بسم الله الرحمن الرحيم
Greeting From Emil
Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya dapatlah aku untuk meneruskan penulisan di blog aku ini. Sudah lama agaknya aku tak update blog ni nampaknya. Maklumlah kena handle project outdoor workshop untuk kelab photography uitm Segamat yang berlangsung di Golden Straits Villa Beach Resort pada 26 - 27 Mac 2011.
Di mana di dalam program aku dipilih sebagai ketua projek, so banyak lah kena buat. Sebab event yang dekat luar ni bajetnya agak besar jugak. Nak deal dengan hotel lagi. Apa-apa pun so far semuanya berjalan lancar and berakhir dengan agak baik walaupun sebelum program ini banyak aralnya sebelum ini kerana ada masalah tarikh dan lain-lain. Dalam program ini, banyak perkara tentang DSLR ni dapat ahli kelab ini kongsi dan pelbagai kenangan yang dapat diraih bersama.
Sedikit sebanyak di sini ingin aku kongsi sedikit picisan gambaran..Thanks kepada mereka semua kerana telah memberi sokongan kepada aku sepanjang program ini dijalankan.. I appreciated it dude..!
Timbalan Ketua Project - En. Amarul
My Wingman - En. Fattah Razif
My Wingman 2 - En. Azfar Aziz
My Wingman 3 - Athersius Waky
My Wingman 4 - Izma Hariz
For the precious moment..
And the last one.. Aku nak ucap tq kepada semua member photographer yang hadir pada hari itu terutamanya semua wingman aku di atas dan tidak lupa kepada yang mengambil gambar ini even shutter yang dia pakai tinggi sebab tu lambu tu nampak bintik-bintik,. btw it's really nice dude. Thanks again.
Selepas selesai semua workshop ini, masa untuk kembali menelaah semula. InsyaAllah jika diberi peluang untuk menghadle projek untuk kelab fotografi UiTM Segamat lagi, aku bercadang buat di Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam dengan harga yang berpatutan kepada student tapi hanya khas kepada pelajar UiTM Segamat sahajalah. Yang diluar harap maaf ya. InsyaAllah kalau ada rezeki workshop photography yang murah pula kami akan buat untuk orang luar pula kalau diberi kesempatan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
















