Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

Showing posts with label alam. Show all posts
Showing posts with label alam. Show all posts

December 05, 2010

FLORA

0 celoteh di sini.
بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil

New entry kali ni aku nak sambung dengan gambar yang lepas. Yang Santai tu kan. Kali ini aku continue dengan gambar flora pulak. But sorry i'm not mat bunga. Haha.
Just hati ini suka pada keindahan alam. Buat aku tenang dan aman rasanya hati aku.  Macam-macam idea dan ilham aku dapat bila dalam situasi dan keadaan sebegini. Seronok tak terhingga. Yelah bukan mudah nak dapat ilham yang datang bergolek. 
Kau orang boleh dapat ilham atau idea hari-hari dengan selamba dan sengaja. 
Ahh takde punyalah. Orang yang jenis sense humor pun kadang ada limit dia nak fikirkan jenaka untuk dibawanya. 
Eh, apa aku bebel pula ni. Jauh ,meleret gamaknya. Entahla mungkin semenjak beberapa hari ni Jb dilitupi hujan. Fuuhh. Stop it.! Jangan bertonyeh lagi.  Nanti orang yang baca cakap apa matlamat tajuk dengan celoteh aku yang panjang melarat ni. haha.

ok ini sebahagian gambar  yang aku ambil, maaflah sebab amatur macam aku baru belajar gamaknya. Segala salah silap kalau kau orang tegur amat aku alu-alukan.






kaktus dan bunga pelbagai warna





strawberry merah2 mari..







ladang teh. sejuk aman dan permai.



Sekian sja post aku kali ini. Kalau ada salah silap betulkan dan tegurlah aku. Aku sedia mendengar. Almaklumlah amatur,budak kecik mahu belajar. Haha





December 02, 2010

Santai kan?

1 celoteh di sini.
SANTAI..



Penah dengar ayat ini tak? Bila kau orang tension confirm rasa nak pergi cuti dekat tempat-tempat yang yang menenangkan. Yelah mana ada manusia yang nak sibuk menyendatkan diri dalam sesak manusia macam dekat kawasan bandar. Kalau kau manusia yang suka menyesatkan diri dalam golongan macam ini kau memang sesat. 

Bagi aku cara nak cari ilham tulis blog dan cara menenangkan diri yang terbaik adalah pergi cari kawasan tempat yang menenangkan. Banyak definisi untuk maksud yang aku selitkan ini. Bukan main hembus sedap bau mulut saja cakap. Tengok kamus dewan kalau nak lebih faham.
Tengoklah apa lagi. Tengok.!
Untuk aku tak payahlah. Sebab aku dah tahu untuk aku sendiri. Pergi bercuti cari kawasan menari. Macam tepi pantai atau tasik ke. Tengok air yang mengalir perlahan amat menenangkan. Macam-macam boleh dapat bila tengok suasana macam ini. Rasa tenang dan indahnya ciptaan Ilahi. Subhanallah.

Berserta ini aku selitkan sedikit photo ;


background belakang tu aku suka. terima kasih pada adik aku ya sebab jadi model comel aku. haha


wah semangat benar si kecil molek ni ambil gambar. 



Tapi dari jauh aku terlihat dekat satu perahu.




Dari belakang viewnya.. cantik molek.



Pandangan dari hadapan. Amat klasik bukan.


Seronok dan gembira sangat bila dapat pergi tempat macam ni. Gambar aku? haha. Biasalah aku bukan minat untuk difragmekan kaku dalam picisan kertas bernama gambar. AgaK jaranglah. Segan dan kurang pandai bergaya. Bukan seperti ala model dan artis. Ah jauh sekali rasanya aku nak disamakan begitu. Lebih seronok jadi sebegini. Orang biasa yang belajar untuk bertatih atas muka bumi. Untuk tidak menjadi hamba yang angkuh dan ego bagai firaun tapi bersyukur atas kurniaan Tuhan pada kita. Sentiasa bersyukur tanpa sedikit merungut, Alhamdulillah.

Baiklah sampai sini sahajalah entri aku kali ini. Ada idea dan ilham baru lain kali InsyaAllah aku kongsi bersama. Calobeteh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...