Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

May 15, 2011

Titi Kehidupan

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil


Titi Kehidupan.

1. Tidak semua yang kita mahukan pasti akan berhasil. Kerana setiap perancangan itu ada suratannya yg tersendiri.

2. Segala yg kita impikan semuanya akan terungkai. Bila ia berjaya, bersyukurlah. Bila ia jatuh jgn mudah putus asa.

3. Sentiasa berdoa pd yg Maha Esa, kerana DIA adalah pendengar yg paling setia. Dekatkan diri padaNya. Tidak kira masa janganlah kita lupa padanya.

4. Bila dalam keadaan yg sukar, bersabarlah jiwa kau. Jangan mudah ia mempengaruhi diri dengan keburukan.

5. Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Berdoalah untuk kebaikannya.

6. Menunggu yg demi kebaikan adalah terbaik dan iringinya dengan usaha, tawakal dan doa. 

7. Hormatilah semua manusia, tidak kira siapa jua. Bagi aku, hidup tanpa musuh macam aku adalah aman.

8. Janganlah memusuhi saudara seagama mu sendiri dan rakan atau org yg terdekat walau dia pernah melukaimu. Maafkan dia sebelum terlambat.

9. Setiap perkara yg berlaku pasti ada pengakhiran. Dan jika ia baik,bahagialah. Jika sebaliknya bersabarlah, biarkn kebahagian itu mengiringi kesedihan itu.

10. Perkara terakhir dan penting, setiap yg berlaku itu harus ditauladani. Dipelajari setiap babnya. Agar menjadikan manusia berjiwa lebih matang dan berhati-hati di masa depan.

Aku hanya sekadar menulis,meluahkan sedikit pandangan kepada manusia yg sentiasa putus asa. Kerana aku pernah merasainya. Berada di dalam golongan ini memang menyakitkan. Luka palit hitam itu membungkam dan menyesakkan nafas. Tapi saudaraku sekalian, bersabarlah. Buatlah sesuatu yg engkau mampu mengukirkn senyuman di wajahnya. Bukan itu sahaja tapi di ufuk merah, petala langit jingga agar sentiasa cerah dan ceria. 









May 11, 2011

Bisik..

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil




Bisik,
Tuju ia pada Bulan,
Ada satu hati,
Dia menunggu dan menanti,
Sesuatu yg bukan pasti.

Bisik,
Menceritakan sesuatu,
Menyiksa hati jiwa perihnya sendiri,
Tapi dia tetap tabah.

Bisik,
Ia berharap sesuatu lagi,
Berharap temannya agar dikembalikan,
Kekasihnya Syurganya,
Impiannya Cita-citanya,
Mimpinya dalam tidur.

Bisik,
Ayatnya timbul satu persatu,
Tersembul dari mulutnya,
Bersama titisan perih yg menusuk jiwa,
Barangkali duka parah membuak rasa pedihnya.


Bisik,
Ia pun bermula,
Dengan penuh pedih,
Longlai perlahan,
Sembul seribu bahasa,
Punya makna setiap kata,
Bulan..
Jangan biar ia siang,
Kekallah kau begini,
Agar hari sentiasa malam,
Sunyi sepi,
Sama dengan siempunya diri.





May 10, 2011

Art Work.

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil

Photo + Editting + Lightning












maaflah kalau ada sedikit kesilapan or anything probs sebab gambar ini semua telah di resize kn ke saiz yg lebih kecil untuk mudah di upload. Tq.



May 09, 2011

Hitam Dan Putihnya

2 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil



Hitam Putih,
warna yang aku lakar atas kertas,
Putih kertas itu suci,
Aku cuba palitkan warna merah,hijau,jingga,
Tidak lupa biru, indigo dan kuning kalau tidak silapnya,
Tapi setiap lakar itu punya suratannya,
Yang pasti setiap permulaan ada pengakhirannya.

Hitam Putih,
Aku contengkan segala pelangi indah atas pentas norma manusia,
Agar ia sentiasa ceria di mata,
Gembira dan riang cerita di sebalik tadbirnya,
Tapi kadang palitan itu sentiasa tidak kena,
Putus serta merta tiada rungkaian selanjutnya,
Timbul persoalan ribu riban jutanya.

Hitam Putih,
Aku titiskan warna biru dingin,
Aku salutkan dengan warna merah hijau suam,
Menyentuh jiwa raga,
Perasaan manusia pelik dan bagai warnanya,
Aku titipkan setiap satu persatu warna persis kehidupan,
Tetapi segalanya kembali hilang pudar hidupnya.

Hitam Putih,
Walau berjuta aku cuba warnakannya,
Yang baliknya tetap hitam juga,
Ditadbirkan dengan putih jiwa manusia,
Hitam juga kekal selamanya,
Hilang segala warni warna itu di langit jigga,
Aku dilema,
Rungkaianya sukar ku celoretkan,
Kerna setiap warna ku lakar, 
Pasti hitam dan putih jawapannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...