Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 03, 2010

Sunyi. Sedih. Sepi.

0 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم






Aku mulakan dengan kalimah pembuka kalam untuk entri kali ini. 
 Cukup tenang dan indah dalam hati aku. 
Tak tahu bagaimana rasa untuk aku luah dan pekikkan di sini. 
Ianya sedikit sulit 
Agak terbungkam di hujung lidah yang ketemukan bibir aku. 
Mataku tidak berhenti menitiskan air mata.
Sedu perlahan-lahan keluar dari tekak aku.
Hati kecilku terguris bagai diiris.

Aku renung langit melihat awan yang mendung.
Hujan turun menutupi muka bumi.
Renyai lalu lebat jadinya.

Adakah dunia juga memahami apa yang aku rasa
Jiwa dan Hati aku,
Kelam dan Suram,
Ranap dalam harapan,
Hancur dalam impian.

Terbakar? Panas?
Kurangkan dengan air mata.
Sabar dan tabah hati aku menerima.
Mungkin takdir sudah ternokhtah untuk aku.

Aku diam dan terus berjalan,
Tunduk memandang bumi,
Perlahan-lahan nafas dihembus,
Jasad terkulai layu di atas tanah berdebu.
Lecak gamaknya dibanjiri hujan yang lebat.

Aku redha
Aku terima

DUGAAN.!





December 02, 2010

Santai kan?

1 celoteh di sini.
SANTAI..



Penah dengar ayat ini tak? Bila kau orang tension confirm rasa nak pergi cuti dekat tempat-tempat yang yang menenangkan. Yelah mana ada manusia yang nak sibuk menyendatkan diri dalam sesak manusia macam dekat kawasan bandar. Kalau kau manusia yang suka menyesatkan diri dalam golongan macam ini kau memang sesat. 

Bagi aku cara nak cari ilham tulis blog dan cara menenangkan diri yang terbaik adalah pergi cari kawasan tempat yang menenangkan. Banyak definisi untuk maksud yang aku selitkan ini. Bukan main hembus sedap bau mulut saja cakap. Tengok kamus dewan kalau nak lebih faham.
Tengoklah apa lagi. Tengok.!
Untuk aku tak payahlah. Sebab aku dah tahu untuk aku sendiri. Pergi bercuti cari kawasan menari. Macam tepi pantai atau tasik ke. Tengok air yang mengalir perlahan amat menenangkan. Macam-macam boleh dapat bila tengok suasana macam ini. Rasa tenang dan indahnya ciptaan Ilahi. Subhanallah.

Berserta ini aku selitkan sedikit photo ;


background belakang tu aku suka. terima kasih pada adik aku ya sebab jadi model comel aku. haha


wah semangat benar si kecil molek ni ambil gambar. 



Tapi dari jauh aku terlihat dekat satu perahu.




Dari belakang viewnya.. cantik molek.



Pandangan dari hadapan. Amat klasik bukan.


Seronok dan gembira sangat bila dapat pergi tempat macam ni. Gambar aku? haha. Biasalah aku bukan minat untuk difragmekan kaku dalam picisan kertas bernama gambar. AgaK jaranglah. Segan dan kurang pandai bergaya. Bukan seperti ala model dan artis. Ah jauh sekali rasanya aku nak disamakan begitu. Lebih seronok jadi sebegini. Orang biasa yang belajar untuk bertatih atas muka bumi. Untuk tidak menjadi hamba yang angkuh dan ego bagai firaun tapi bersyukur atas kurniaan Tuhan pada kita. Sentiasa bersyukur tanpa sedikit merungut, Alhamdulillah.

Baiklah sampai sini sahajalah entri aku kali ini. Ada idea dan ilham baru lain kali InsyaAllah aku kongsi bersama. Calobeteh.

November 30, 2010

Di Kala Sunyi Malam

1 celoteh di sini.


Greeting From Emil

..السلام عليكم..







Tajuk post kali ni berkait dengan photo yang aku ambil bersama kawan-kawan aku time dua minggu before final. Memang dah lamakan.? Haha. Saja aku selitkan dalam post kali ini. Rasa seronok nak berhujah dekat blog ni. Aku putarkan melodi zaman aku yang lepas2. Huhu.

Waktu malam-malam lah katakan. Aku jalanlah dengan member aku dekat kawasan kedai-kedai lama. Cantik bangunan lama tu. Sebab reka bentuk dia cun sangatlah. Rekaan ala-ala english sikit pun ada. Tapi bukan bangunan ini yang aku nak bawakan pada post kali ini. 
Tapi aku nak beritahu bagaimana aku lepaskan tension bile study dengan member aku.

Semua orang confirm tension bila study kan. Almaklumlah assignment melambak. Payah dan leceh lagi bila korang kene pula dapat pensyarah yang berhati besi. Nak layan kerenah dan jaga perasaan mereka ala putri atau raja gamaknya. Tapi nak buat macam mana. Selagi kita belajar selagi tu kita kena hormat dengan diaorg. Biarlah susah sekarang jangan pula susah nanti. 

Bagi aku bila ada ruang sebentar untuk rehat,aku lepak dengan member aku dekat kawasan segamat bandar atas ini. Lucu bila aku perhatikan kawan aku dengan gelagat mereka ditengah malam buta dekat bandar yang sunyi ini. 


Inilah mereka beraksi ala wira pujannga. Haha. Thanks Sham, Ather dan Afizal sebab jadi model. huhu


camera malam-malam memang macam ni. harap maaf yang ini bukan DSLR ye. haha


I'm Free by Ather. konon berangan dah abes final.


Budak Sabahan Yang Bajet Cute, HAHA



Encik Afizal kalau ngantok cakap. Aku bawak kau balik. Haish.



Hah yang ni paling cool. Duduk sorang2 muhasabah diri melayan diri.


Mereka bertiga buat aku gelak malam tu, Hepy sangat ada member macam korang, thx dude.

Sekian itu sahaja untuk kali ini. Gelagat rakan baik aku dikala malam menjelma. Haha



November 24, 2010

Hidup Dan Renungannya..

0 celoteh di sini.
Aku berjalan..
Apa yang aku cari di dunia ini sebenarnya..
Aku buntu..

Hari-hari benda sama..
Bangun,makan,kerja,belajar,tidur.
Muak. Bosan.

Entahlah kadang-kadang aku terfikir mengapa dunia ini wujud.
Kenapa manusia Tuhan ciptakan untuk dijadikan Khalifah di muka bumi.
Bagi yang bagus tu eloklah.
Tapi yang hangus tu bagaimana?
Adakah ia takdir perjalanan?

Aku lihat manusia..
Ada yang rajin.
Mereka berusaha.
Mereka kata aku perlukan sesuatu untuk ubah hidup aku.

TAPI;

Ada yang malas.
Mereka tak pernah berusaha.
Biasanya last minute.
Mereka kata 'ALAH' atau 'LECEHLAH'

Aku sedar kekhilafan setiap manusia.
Salah silap.
Semua datang dari manusia.

Subuh pagi..
Aku bangkit dari alam mayaku.
Aku basuh mukaku.
Selimuti tubuhku dengan wuduk.
Bentangnya sejadah.
Aku sujud pada Yang Maha Pencipta Ya Rabbi.

Aku terduduk berfikir sejenak.
Manusia.
Kebaikan sementara.
Ada maknanya.
Kejahatan pula.
Sewenang-wenangnya.

Entahlah..

Dilema..
Aku manusia..
Punye silap..
Aku tak sempurna..
Orang menghukumku..
Aku terima tanpa balasan..
Mulut mereka berkata..
Aku diam..
Tubuh mereka bersoal..
Tubuhku kaku.

Aku manusia lemah..
Aku hanya mampu diam..
Tutup mata perlahan-lahan..
Harap bila mata ku dibuka.
Semuanya berakhir dengan baik.

TAPI
BENARKAH IA BAIK.?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...