Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 11, 2010

Titi kehidupan

6 celoteh di sini.
بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil




Tengah hari itu aku jalan kaki, panas matahari jangan cakaplah. Bahang sangat rasanya.
Aku main jalan sahaja. Tiada arah tuju. Fikiran aku buntu.
Ramai manusia disekeliling aku. Aku lihat mereka ada yang sibuk dengan kerja. Berlari sana-sini. 
Mungkin itu rasanya bila bekerja untuk mencari mata sepencarian. Mereka golongan yang berusaha. Ada diantara mereka yang ada dikalangan ibu bapa kita. Rajin kata hati aku. Aku respek manusia macam ini. Mereka punya pendirian. Tergenang detik dimana aku pernah melihat kedua ibu bapa aku berusaha demi membesarkan aku. Bersusah payah mereka mencari rezeki untuk aku. Paling aku ingat dia pernah kata pada aku, wang dan harta bukan segalanya tapi hati,budi,usaha dan ilmu itu yang utama.
Sebak rasa di jiwa bila teringat kisah lalu.
Tetapi apa yang aku lihat bukan semua manusia seperti itu,mereka kebanyakan datang dari golongan yang bapak aku sendiri pernah perihalkan mereka itu orang yang berakal. Mata aku kabur seketika. Aku lari mencari tandas awam untuk mencuci mata. Haish macam mana ada habuk boleh melekat dekat mata aku ni.
Sampai saja tandas awam itu aku temui manusia baru. Gelagat yang buat aku lebih kabur tentang manusia yang berbilang ragam ini. Selesai mata aku dicuci,pemandangan masih kabur dengan kelihatan remaja berusia belasan tahun malahan ada yang lebih kecil dari itu sedang seronok menghisap sebatang rokok. Satu rokok dikongsi sepuluh orang. Wah ini betul-betul jimat. Ini mesti sebab harga minyak naik dan tiada subsidi yang diberikan pada perokok. Ok cukup.  Aku agaklah tersentak sedikit. Sentap kata orang,memikirkan ibu bapa mereka yang berusaha sungguh-sungguh di medan perang keringat memerah rezeki untuk diberi kepada anak mereka. Suasana kabur seperti itu belum habis lagi sampai aku tiba di pusat membeli belah. Tak habis lagi haish. Rabun ke aku ni. Tup tap celik terus. Wah banyak sungguh manusia baru dan kecil. Remaja yang manusia gelarkan. Bersepah sana-sini berbilang jantina dan warna. Inikah anak-anak yang ibu bapa mereka bagai nak rak bekerja untuk mereka. Aku tidak kisah pandangan pada mereka yang sudah berumur puluhan. Yang ini belasan. Bangku sekolah pun masih belum mereka lepaskan. Aku lihat ada yang pegang ribu riban not kertas yang bernilai dari poket. Ada yang berpeleseran sambil berdua-duaan. Cinta monyet,tak kisahlah jangan sampai kau jemput syaitan jadi kadi kau sudah. Aku tunduk lalu melangkah keluar.

Perut aku berbunyi tanda lapar. Huih aku segera pergi warung yang berdekatan. Aku bukan manusia yang terlalu memilih melainkan kebersihan. Bukan tak ada warung yang bersih pun kan. Kalau tak ada dah lama dia orang bungkus sebab majlis tahan. Lain lah kalau macam manusia yang aku pernah kenal tentang yang mereka selalu jaga 'standard'. Sampai sahaja dekat warung aku pun makan lah. Duduk sahaja sampai dua orang budak yang aku anggarkan usia mereka 11 atau 12 tahun. Pakaian mereka sangat kusam. Tapi muka mereka aku lihat penuh bersih dan suci. Mereka tanya" abang nak minum apa?" Agak terkejut dengan pertanyaan itu. yelah dengan usia yang agak mentah aku lihat mereka belajar tentang erti kehidupan. Selesai makan aku pun nak blah dari situ. Sebelum aku beredar aku pergi kearah budak itu,ingin hulurkan sedikit not sebagai bantuan atau sedeqah. Tiba-tiba manusia kecil itu mengeluarkan kata"bukan abang dah bayar ke tadi. abang tak payah susahkan diri. Lagipun itu duit usaha abang. Mak ayah saya tidak pernah mengajar saya untuk memohon sesuap nasi tanpa usah. Begitulah yang dapat aku rungkaikan apa yang si kecil itu berkata. Aku tergamam bagaimana ajaran kedua ibu bapa mereka dapat mematangkan budak seusia kecil itu.

Aku berjalan sambil memikirkan tiga situasi tadi. Bukan di tangan tapi di kepala. Waduh,manusia bermacam-macam ragam ya. Dulu masa zaman sekolah aku teringat pada seorang sahabat aku yang susah,pernah terdetik niat ingin menghulurkan wang tetapi dia menolak sambil berkata itu duit mak kau bagi suruh kau makan,tak payahlah kau fikirkan aku sangat. Tahulah aku hidup. Dan sekarang dia sudah pun berjaya melanjutkan pelajaran dekat Mesir. Bidang perubatan. Aku bangga dengan kau lah kawan. Sahabat sampai mati. InsyaAllah.

Aku terduduk termenungkan sesuatu yang bernama kehidupan. Bukan tepi jalan tapi singgah sebentar dekat kedai mamak ini sambil menunggu rakan aku. Otak dan minda aku sedang bergelumangkan sesuatu. Hurm.
Kesusahan hidup mengajar mereka erti kehidupan. Tapi bagaimana pula mereka yang senang. 
Memang tak semua seperti itu. Aku kadang-kadang pun melakukan kesilapan. 
Alah manusia semua punya salah sendiri yang tak pernah mereka pelajari melainkan bila sudah jatuh tersungkur. 

Manusia memang lemah,
Kuat luaran bagi mereka,
Harta menjadi pertaruhan,
Kuasa menjadi amalan,
Yang lemah akan terus ketinggalan,
Ditindas dan dihina,
Tapi jangan hairan sebesar kuasa dan sebanyak harta.
Suatu hari pasti jatuh terlungkup,
Berdarahkah kau ketika itu,
Menangis tidak berlagu,
kerena mereka alpa,
Tapi jangan kau pelik melihat yang susah dan rendah,
Suatu hari pasti diangkat tinggi,
Tersenyum lebar di pipi,
kerana usaha,
Jangan tanya mereka mengapa.
Tapi perhati dan jawab dalam hati.
Sehingga nadi kau tak begerak lagi.




Emil : bukan semua manusia yang aku maksudkan dan tiada kaitan antara hidup mahupun yang mati. hanya cerita berdasarkan pemerhatian untuk dijadikan tauladan. Aku senang dengan hidup sekarang kerana harta. dan aku tidak mahu kehilangannya maka aku tidak pernah sama sekali lupa pada tuhan dan tidak sama sekali cinta akan dunia sahaja. Aku belajar erti hidup tanpa aku pernah bandingkan manusia di dunia ini. susah senang sama sahaja, Yang membezakan ilmu dan usaha. Jika kau kaya harta hari ini kau bukan kaya selamanya, tapi jika kau kaya budi bicara dan ilmu di dada pasti kekal hingga kau berjaya selamanya.

December 09, 2010

Budak Zaman Sekarang

5 celoteh di sini.
بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil

Kali ini aku nak cerita pasal suatu kejadian petang tadi. Terkejut beruk aku bila lihat adik aku yang berusia 9 tahun sedang berfacebooking. Haha. Siap ada group kelas dia lagi. Wow,dashat budak sekarang ya. Cuba tanya siapa yang ada adik tu, ada tak facebook and try tengok kalau ada. Jangan terkejut jika adik kau orang lagi genius teknologi dari kau orang. Haha. Jangan jeles pula tau.

Macam biasalah remaja sekarang. Alah kadang aku tengok budak usia 5 tahun pun dah ada facebook. Maju sangat zaman sekarang ya. Yelah teknologi semua dihujung jari.  Teringat zaman dulu, budak seusia macam tu keluar petang main bola sepak kat padang,main gulilah, ting-ting. semua dia orang main. Tak kira kampung ke bandar sama sahaja.

Biasalah  zaman tu tak moden lagi macam sekarang. Komputer pun besar gedabak kan. Haha.. Zaman sekarang kau orang semua dah ada laptop sendiri kan..kan..kan..  Kau orang asyik mengadap laptop hari-hari,tapi kau orang tak perasan adik kau sibuk ngendeng sebelah tengok abang atau akak dia buat apa. Tu sebab dia orang pun rasa macam nak try. Cam best je, tu lah nada hati dia bersuara. 


Tapi satu peringatan penting bila kau orang dah ada facebook ni. Nak tulis apa memang hak kau orang. But ingat bangsa kau orang masing-masing. Jaga adab dan bahasa. Itu penting. Nak maki hamun boleh but bahasa tu guna otak dan akal. Sebab kau orang bukan binatang yang main tanduk saja bila hati panas. Semua orang baca, jika yang ada sebaya dan sealiran dengan budaya kau boleh la dia faham but bagi orang yang punya maruah dia akan berfikir sebelum menulis atau berbicara apapun. Sebab dengan gaya anda bercakap semua orang menilai siapakah diri anda. Mungkin kau akan cakap pedulilah orang nak kata apa dan kau akan cakap aku punya suka, aku punya hak, kau kenapa sibuk. Ok fine. Aku jawab. Bila orang cakap kau ada maruah kau kata ada. Ok kau jawab macam tu but dengan cara macam mana kau buktikan yang diri kau tu bermaruah. Ingat tu? 

Aku bukan nak menyibuk dekat sini bersyarah panjang lebar macam nenek kebayan. But aku sedih sebab budak zaman sekarang bubuh dekat facebook dia orang macam-macam. Ok, fine bagi dia orang ada style and cool. But bagi aku dah macam kebaratan sangatlah kau ni. Stop it.!

Lagi-lagi orang melayu. Agama Islam. Tapi semua tu aku tengok just nama. Attitude semua hilang entah kemana. Cakap main hembus tanpa adab dan tutur yang sopan. Tongong aku cakap. Kali ni biar aku cakap peduli aku nak sebut apa. Nak cakap aku apa, cakaplah. 
Jagalah nama melayu, nama Islam. Nak buat apa fikir guna AKAL kau. Jangan NAFSU.

Penat dah bersyarah, cukuplah sampai sini. Aku bukan suka sangat membebel. Ada kerja lagi yang perlu aku laksanakan. Maaflah kalau aku terlalu berkasar di sini. tak terdetik jiwa dan raga nak makin hamun di sini. Sebagai seorang Islam yang juga serba kekurangan aku pun sayang saudara Islam aku tahu.! Tak kisah kalau kau nak lakukan apa sebab kau kata hak kau. Ok. Aku tak kata terima tau. But aku nak mintak tolong suka hati kau lah, but pls jangan sekali kau bangga dan tayang apa yang kau lakukan. cukup. 

Sekian.





DUNIA KINI HEBAT,
MAJU,MODEN DAN SERBA BOLEH,
HIBURAN JADI RAJA,
POPULARITI JADI REBUTAN,
GAYA JADI IKUTAN,
ALA BARAT KATA MEREKA,
JIKA TERCICIR ALAMAT KAU TERGELINCIR,
KE BELAKANG MUNDUR,
TAPI SEDARKAH KAU,
SEMUA SUDAH SESAT,
JAUH DARI JALAN,
MULUT KATA TUHAN,
HATI KATA DUNIA,
MUNAFIK KE JALAN YANG KAU PILIH?




December 07, 2010

MENULIS

4 celoteh di sini.

بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil




Menulis adalah ragam setiap umat manusia. Mereka menulis ikut minat dan pekikan hati masing-masing. Aku pula kejap bila ada idea dengan gambar yang aku ada, aku tulis. Bila tak ada aku macam ni lah menulis cerita ala konon macam hebat. Tak pasti vocab and grammar aku macam mana. But itu semua hak masing-masing setiap insan kan.? 

So terpulang kepada kau orang lah nak tulis apa. Janji janganlah melibatkan fitnah atau sesuatu yang berbau hasad dengki untuk burukan orang lain. (Tapi bagi aku kalau kau anggap ni blog macam kau punya diari, kau nak tulis boleh but tak payah beritahu nama. aib tu.) Dan satu lagi tolonglah jangan guna perkataan singkatan yang agak gedik atau pelik. Macam taip mesej. Bukan nak menghalang. Memang hak masing2 tapi fikirkanlah. Luahan minda dan pekikan hati dan ludahan jiwa kau,semua manusia membacanya. Mereka menilai. Kau suka diri kau diperbudakkan.  Matang dan fikirkan.

Aku tulis apa yang aku rasa ok lah. Not kontroversi. Aku tak suka kusut.
Simple but berisi or bermanfaat. Aku suka cara itu.
Tak perlu nak bermadah sangat kalau tak reti kene pada tempatnya.
Takut basi dek ditelan ketawa manusia.
Tapi kalau kau tak segan hembus sudah.
(jangan kau hembus jampi serapah sudah cam tok bomoh..puih2.. )

Aku nak cakap rajin baca belog orang, boleh tahanlah. Aku suka baca idea orang dan cara mereka luahkan minda yang bergumpal di kepala mereka. Terfikir jugak dia orang ini tulis perah otak ke atau suka-suka. Macam mana boleh datang idea yang bergolek. Takkan lah jatuh dari langit, tiba-tiba terus dapat idea. Wow hebat gila. Otak apa ya, aku pun teringin juga rasanya nak jadi sehebat mereka yang dah tak perlu merangkak untuk menulis macam aku. 

Menulis tentang kehidupan yang mereka lalui. Ada yang luah ikut cerita dan ada yang luahkan dalam bentuk puisi. Lenggok bahasa mereka hebat. Metaphora dan segalanya mereka sumbat bagi sedap rasa. Pehh,seronok jiwa mereka menari mengikut gaya minda yang mencurah bagai air hujan yang lebat. 

Haha,mungkin ada makhluk yang akan cakap aku ni follower pun tak ke mana,tulis pun apa benda,cakap orang tapi kau tulis tu apa. Haha. Aku tulis sini pun sebab apa yang aku dapat dari blog kawan-kawan aku dan juga orang yang sudah jadi pro-blogger. Aku dapat tengok cara mereka menulis. Suatu yang aku rasa agak jelas dan manfaat. Ada yang tentang kehidupan dan luahan jiwa mereka dan ada juga tentang isu semasa. Pendek cerita macam-macam ada. Heh. So tulis satu perkara yang manfaat. Sebab apa yang kau tulis semua orang baca. Kira amalan kau kat dunia jugak tau. By the way aku respek juga sesetengah orang dengan cara mereka menulis dan kau orang yang menulis. Sebab kau orang berani bersuara dalam blog ni dengan gaya lenggok anak tekak kau orang.

Lastly sorry kalau aku ada tersinggung hati kau orang. (weh sorry tau. aku serius ni)
Terpukul hati,terbantai jiwa,tersepak rasa. Maaf ya kawan.

Sempena Maal Hijarah yang belum terlambat.
Aku nak ucap Salam maal Hijrah dan Menyambut tahun baru @ Awal Muharam bagi seluruh umat Islam.

Sekian.


December 05, 2010

FLORA

0 celoteh di sini.
بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil

New entry kali ni aku nak sambung dengan gambar yang lepas. Yang Santai tu kan. Kali ini aku continue dengan gambar flora pulak. But sorry i'm not mat bunga. Haha.
Just hati ini suka pada keindahan alam. Buat aku tenang dan aman rasanya hati aku.  Macam-macam idea dan ilham aku dapat bila dalam situasi dan keadaan sebegini. Seronok tak terhingga. Yelah bukan mudah nak dapat ilham yang datang bergolek. 
Kau orang boleh dapat ilham atau idea hari-hari dengan selamba dan sengaja. 
Ahh takde punyalah. Orang yang jenis sense humor pun kadang ada limit dia nak fikirkan jenaka untuk dibawanya. 
Eh, apa aku bebel pula ni. Jauh ,meleret gamaknya. Entahla mungkin semenjak beberapa hari ni Jb dilitupi hujan. Fuuhh. Stop it.! Jangan bertonyeh lagi.  Nanti orang yang baca cakap apa matlamat tajuk dengan celoteh aku yang panjang melarat ni. haha.

ok ini sebahagian gambar  yang aku ambil, maaflah sebab amatur macam aku baru belajar gamaknya. Segala salah silap kalau kau orang tegur amat aku alu-alukan.






kaktus dan bunga pelbagai warna





strawberry merah2 mari..







ladang teh. sejuk aman dan permai.



Sekian sja post aku kali ini. Kalau ada salah silap betulkan dan tegurlah aku. Aku sedia mendengar. Almaklumlah amatur,budak kecik mahu belajar. Haha





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...