Lensa Dan Pena

Sini bukan tempat untuk mengira, bereksperimen dan berfantasi tapi sini hanyalah sekadar gelanggang aku untuk meluahkan hasil pemerhatian aku tentang kehidupan dunia yang penuh liku-likunya. Cerita warna warni dan comotnya kehidupan ini semua hanyalah berdasarkan lensaku dan ku tiripkan ia dalam bentuk tulisan sebagai penaku.

Yang Menulis

My photo
Johor Bahru Town, Johor, Malaysia
Pengalaman dan cerita pentas dunia yang menjadikan aku watak dalam kehidupan tatkala aku cuba bertatih mencari pelangi indah dalam harapan warna warni di ufuk merah langit jingga. Agar bisa aku melakar sesuatu yang pasti mengukir manis disenyuman itu. (1 September 2010)

Ada orang ikut

Sedang melihat..

Mengendap Sini

December 21, 2010

Wahai Wanita


بسم الله الرحمن الرحيم

Greeting From Emil





Entri kali ini mudah saja. Mungkin tak banyak idea yang berbuah. Maklumlah belum musim buah agaknya. Just kat sini ada lah sikit yang aku nak kongsi yang mana aku tuju khas buat wanita. Bukan untuk aku di sini untuk berlagak baik tapi aku hanya memikirkan Islam tu kan bersaudara. Aku nak sentuh pasal aurat ni. Sebab ramai sangat menentang,oopps salah. Bukan menentang tapi yang menjawab dengan pelbagai alasan. Yelah bagi mereka kalau tak pakai tudung hati baik takpelah. Bak kata Rosnah Mat Aris lah kan tak payah hipokrit bila dah balik haji nak pakai tudung semua tu. Jadilah diri sendiri. Dan tak semua perempuan yang bertudung tu baik. Ok sangatlah tu jawapan. Depan tuhan boleh kau fasih berpetah kata macam tu. 

Macam nilah aurat ni bukan bila dah dapat hidayat baru nak tutup. Bukan bila mak ayah kau suruh. Bukan kerana fesyen. Bukan kerana kau diajar dari kecil. Tapi satu saja kerana pegangan dan suruhan agama kau. Ingatlah kerana ia adalh satu kewajipan. Menutup aurat bagi perempuan bagaikan menjaga perhiasan yang mahal dari emas dan hanya layak dipersempahkan pada isterinya. Tak kiralah kau jahat ke baik. Menutup aurat itu adalah kewajipan. Ingat setiap aurat yang kau dedahkan itu menjadi tatapan manusia ramai. Dan setiap tatapan itu kau mendapat dosa. Tidak kira dalam realiti atau dalam gambar yang kau post dalam facebook dan lain-lain.

Aku kat sini bukan hendak bersyarah. Tapi kerana aku sayangkan orang yang seagama dengan aku. Tapi aku lihat orang seagama aku ni banyak yang tak sayangkan diri. Kau lihat sahaja orang agama lain berebut jaga agama mereka dan ramai muallaf yang ingin belajar Islam. Mereka yang baru mengenal agama Islam lebih sayangkan agama dari orang yang lahir dengan pegangan agamanya. Inilah jangkaan para sahabat nabi dahulu. Subhanallah, betul rupanya.

Permintaan aku satu sahaja,apa yang kau buat ingatlah pegangan agama kau. Kerana ia mencerminkan diri dan agama kita. Nak berfesyen itu boleh. Tiada halangan tapi jangan lah sampai aurat kau dedah kan bagai bersedia nak dibakar api neraka kelak. Tak perlu kau berfesyen sendat bagai sarung kulit nangka dan terlalu moden ala kebaratan. Memang akan ada kata selesa. Tapi depan Tuhan boleh ke berkata begitu. Jagalah akhlakmu saudari. 

Terakhir sekali aku harap siapa yang baca entri ni janganlah marah. Aku bukan nak bajet baik tau. Ingat. Aku hanya berpesan sebelum aku mati. Sebab mati ini tak kira masa. Macam kawan aku pernah meninggal time dalam kelas sebelah aku. Dia batuk-batuk dan lastly terbaring. Aku ingat dia tidur mengantuk. Last2 dia pergi untuk selamanya. So aku hanya berpesan. Aurat bukan satu permainan tapi ia adalah kewajipan agama Islam. Kalau kau langgar maksudnya kau sanggup lawan Tuhan dan Nabi kau sendiri. Nak dilaknat dan tidak dingaku umat? Renungkanlah.

Mari renungkan video ini. Inilah jawapan kenapa manusia perlu menutup aurat dan bukan cakap angin tau. Dari quran, kalam Allah. Berani tak tutup berani lawanlah tu. Hebat kan manusia.



4 comments:

  1. Salam

    Emil (maaf jika kurang enak saya memanggil terus dengan nama), saya tidak marah Emil membuat teguran begini. Saya juga wanita, berasa malu dan segan apabila melihat ada saudara wanita seagama kita yang memperlekeh tuntutan agama. Jika ada yang berhijab, masih juga kurang sempurna. Seringkali juga berfikir, apakah sukarnya menyempurnakan hijab mereka.

    Terima kasih meletakkan link saya pada paparan utama blog Emil. Saya hargainya.

    =)

    ReplyDelete
  2. salam.

    cik sephi. tak kiralah hati jahat atau tidak tapi kewajipan syariat jangan sekali kita lalai.

    link.owh hnya pandangn yg menarik utk dibaca tiada masalah kawan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...